Friday, January 7, 2011

Dugaan dan Cobaan

Hari ini banyak betul dugaan yang mendatang.Pertama sekali mesin printer wat hal. Tiap2 hari setiap kali aku print mesti mesin print tu mintak aku isikan dakwatnya. Hari ini aku pun belilah dakwat nak kasi dia baik. Tiba-tiba bila dah siap isi dia lak x nak gerak. Last2 aku nye assiment kene print kat kedai lak. Wat penat je aku isi. Dan perkara yang paling tak tahan dakwat dia tumpah lak kat tangan aku. Dahlah petang ni aku ada kelas n kene wat presentation lak tu....dakwat lak tak mahu hilang.Apa lagi dengan tangan2 aku yang bercop tu wat presentation. Masa nak g kelas lak bas lambat sampai atau dalam kata lain aku yang lambat turun.Memang sangat penat hari ni...Dugaan yang kedua....aku agak marah dengan dak kuliah aku yang tak cukup....lalu menyebabkan kelas akan ditunda dan beralih hari.Dan hari yang dicadangkan oleh mereka lak adalah hari sabtu minggu ni. Dahlah jumaat ni aku nak balik umah. Confirm lah aku balik hari ahad atau isnin. Memang agak membara lah ketika itu. kalau tak penting tak pe. Ni tak abang aku punye majlis bersanding.Mana boleh tak balik.Wajib balik...hehehehehe.Kalau nak ikutkan tak adalah banyak sangat dugaan aku kan hari ni????Dua je....orang lain mesti lagi banyak dugaan yang diorang tempuh setiap hari dalam hidup diorang. Alhamdulillah...aku punya tak de lah banyak sangat....Mata dah ngantuk sangat ni. Tp nak wat cam na...assignment yang kene antar esok perlu disiapkan....kalau tak siap camne cikgu nak kasi markah...final exam pun tinggal lagi brape minggu je....sabar je lah.

No comments:

Post a Comment