Friday, February 18, 2011

Hanya Cerita

Pada hari ni aku berasa sedih kerana mungkin seseorang telah menyebabkan hatiku menjadi begini. Aku tidak mempersalahkan dia kerana aku yakin bahawa aku hanyalah kawan yang biasabuat dirinya...bukanlah seorang yang boleh diharap. Jika aku tiba-tiba aku 'bad mood' sebenarnya adalah disebabkan oleh kawan. Aku tidak pernah terfikir untuk melebihkan seseorang yang aku suka dengan kawan2 aku. Tapi perkara yang terjadi kepada aku adalah berbalik. Aku tidak tahu apa yang kawan aku fikir tentang aku selama ini. Aku akan sedih apabila kawan aku tidak pedulikan aku dan aku akan sedih apabila kawan aku hanya akan dekat dengan aku apabila dia memerlukan aku untuk menjadi jentera tidak rasminya. Aku tahu bahawa kawan aku tidak akan tahu bila aku menulis tentang hal ini di dalam blog. Aku percaya bahawa kawan aku terlalu sibuk sehingga melupakan kawannya yang seorang ini. Aku tidak mengharapkan mereka merasa apa yang aku rasa tetapi ketahuilah bahawa apa yang kita buat pasti akan kena pada diri kte semula. Aku menulis ini hanyalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Perkara tersebut tiada yang kaitan kepada sesiapa yang masih hidup atau pun sudah mati. Aku tak dapat nak luahkan kepada sesiapa. Bimbang perkara ini tidak dipersetujui oleh pendengarnya. Walau apapun yang terjadi kte tetap kawan dan berkawan kerana Allah. Aku doakan smoga kau berjaya d dunia dan d akhirat kawan ku. Yang lain aku serahkan kepada-Nya yang Maha Esa. Ukhuwah fillah abadan abada......

No comments:

Post a Comment