Tuesday, June 28, 2011

Assalammualaikum


Hari ini saya ingin menyambung cerita tentang budak perempuan pada hari Selasa minggu lepas......Besok saya kerja tetapi saya mengadap ladtop sementara masa masih ada....

Budak perempuan tersebut terus membuat rutinnya setiap hari. Membuat perkara yang diingininya. Si kecil itu terus membesadan sifatnya sangat degil dan susah mendengar kata. Pada suatu hari neneknya menyuruh dia berhenti menangis tetapi dia tidak mahu dengar dan pada ketika itu adalah di bulan ramadhan. Anak tersebut dilatih untuk berpuasa supaya perkara tersebut mudah untuk dilakukan pada masa akan datang. Akhirnya neneknya tidak dapat bertahan lalu berkata, "Ju menangis macam nak wan mati je....ju dah tak sayang kat wan lagi ke???". Itulah yang diungkapkan oleh neneknya. Tidak lama selepas itu, neneknya meninggal kerana menderita penyakit barah paru-paru berair. Atuknya tinggal keseorangan. Semua anaknya telah berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Dia melihat arwah neneknya selepas dikapankan tetapi dia tidak menangis atau sedih kerana dia masih tidak memahami apa-apa tetapi yang dapat dia lihat ialah neneknya seakan-akan senyum dalam kaku itu. Seolah-olah sudah bersedia menyahut seruan Ilahi. Anak tersebut meningkat dewasa ke umur 8 tahun. Selepas arwah neneknya meninggal dunia, keluarganya telah berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang agak besar dan berekar-ekar. Dia telah didaftarkan ke sekolah yang berdekatan bersama-sama kakaknya. Pada ketika itu, dia memakai baju kurung tiap-tiap hari ke sekolah dan bertudung atas permintaannya kepada ibu tercinta untuk memakai tudung ke sekolah...

Maaf lain kali saya akan menyambung cerita ini semula..hari ini saya tak tahulah kenapa kakak saya yang nombor dua itu melayan saya dengan dingin sekali. Saya puntak tahu kenapa....apa yang saya tahu sekarang 1/10 dari luahan hati saya telah pun ditulis didalam blog ini...Trimas kerana mengikuti blog ini.

No comments:

Post a Comment