Tuesday, June 21, 2011

Kata Hatiku




Setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita semuanya benda yang tidak diduga. Seperti dunia yang aku hadapi pada hari ini banyak memberi pengajaran kepada aku. Ingin aku ceritakan tentang pengalaman ku pada hari ini dan saat ini. Aku telah bekerja di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumahku. Di sana aku dapat rasakan satu pengalaman baru yang telah aku tempuhi dan mungkin aku akan bakal menemui pengalaman ini lagi apabila bergelar sebagai seorang pendidik. Aku menemui pelbagai bangsa dan mula berkawan dengan mereka. Aku pernah berkawan dengan seorang pelajar cina semasa berada di matrikulasi dahulu. Dan aku sangat rapat dengan dia. Cuma apabila habisnya matrikulasi, kami terpisah mengikut haluan masing-masing dan kadangkala jika aku membuka laman facebook aku dapat menyapa dia sekiranya dia sedang online. Di pasaraya aku berkawan dengan india dan bos kat tempat kerja aku pula adalah seorang Cina. Aku memerhati setiap gerak-geri yang berlaku di sekeliling aku. Perangai mereka yang agak kebudak-budakan, pelbagai masalah yang mereka hadapi dalam hidup mereka. Ada antara mereka yang janda. menghadapi rumah tangga ketika usia mereka masih muda, susah untuk menyambung pelajaran kerana menanggung keluarga ketika usia muda. Apabila aku mengetahui akan semua ini aku bersyukur kerana aku dapat menyambung pelajaran dan kerana ibu bapaku yeng telah menyokong aku dan tidak lupa juga adik-beradikku. Walaupun mereka hanya bertudung ketika bekerja tetapi tidak ketika berjalan, aku yakin suatu hari nanti pasti pintu hati mereka terbuka. Insya-Allah. Dulu aku bersekolah agama semasa di peringkat sekolah menengah dan oleh kerana itu aku memang tidak berhadapan dengan pelbagai kaum tetapi aku belajar tentang sahsiah agama dan perkara tentang agama. Tetapi aku tidak mengamalkannya. Kata pepatah arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah. Bagaimana apabila aku bergelar seorang guru nanti sekiranya diriku sendiri tidak melakukannya tetapi menyuruh orang melakukannya. Seseorang tidak perlu dipaksa apabila melakukan sesuatu. Mari aku ceritakan sesuatu. 

    Dahulu ada seorang budak perempuan. Ibunya tidak pernah memaksanya untuk memakai tudung atau berbaju labuh. Semasa dia berumur lima tahun dia menghantar anak perempuannya ini untuk mengaji muqaddam. Dahulu memang tiada iqraq tetapi sekarang mereka yang masih kecil mudah untuk belajar dengan hadirnya iqraq. Ketika mengaji memang dia memakai tudung kerana apabila membaca ayat-ayat suciNya perlu ada adab iaitu menutup aurat. Si ibu tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi anaknya mempelajari ilmu fardu ain di samping fardu kifayah. Si anak di sekolahkan di tadika Cina kerana itu sahajalah tadika yang berdekatan dengan rumah dan mempunyai pengangkutan. Si anak tetap mempelajari tulisan jawi kerana di tadika tersebut ada memberi pengajaran tersebut kepada pelajar yang beragama Islam. Dia pergi ke tadika dengan beruniform skirt, baju lengan pendek dan bertopi. Apabila meningkat umurnya 7 tahun, si anak bersekolah di kampung dan tinggal bersama datuk dan neneknya. Semasa di sekolah rendah, ibunya membeli uniform sekolah yang berskirt kerana bimbang anaknya tidak biasa denga baju kurung dan kerana dari tadika dia memakai skirt. Tetapi ketika di sekolah si anak telah mempelajari sesuatu. Dia melihat ramai pelajar perempuan yang memakai baju kurung dan bertudung. Tiba-tiba hatinya terdetik ingin memakai baju kurung dan tudung. Sampai sahaja di rumah, dia terus pergi kepada si ibu dan menyatakan hasratnya. Si ibu membuatkan sepasangbaju kurung sekolah untuknya dan dia akan memakai baju tersebut setiap menjelangnya hari Jumaat. 

  Minta maaf setakat ini sahaja saya boleh ceritakan kerana saya meminjam ladtop and broadband orang ni. Jika ada kelapangan, saya akan menyambung cerita ini dan saya akan memberitahu anda apa motif saya menceritakan semua ini.Insya-Allah....

Trimas kerana mengikuti blog ini =)

No comments:

Post a Comment