Thursday, November 22, 2012

Assalammualaikum.....

Rasa dah lama sangat tidak menulis dalam blog ni. 
Bak kata rakan blog, dah bersarang labah-labah dah blog ni.
 Hari ni saya nak memperkatakan sesuatu yang merupakan pendapat saya tentang 'bercouple' 
atau istilah yang sering digunakan oleh orang sekarang 'couple islamic???'. 
Ini hanyalah pendapat saya....
Mintak-mintak dijauhkan saya melakukan perkara yang sama. 
Saya tidaklah sebaik mana hanya Hamba Allah yang ingin berubah 
dan ini juga merupakan peringatan bagi saya. 
'Bercouple' adalah haram. Jika haram ia tetap haram. 
Tiada apa yang boleh menghalalkannya melainkan sebuah perkahwinan. 
Bagi pendapat hati ini ketika asyik memikir....
tangan saya terus laju menekan papan kekunci ini. 

'Bercouple' adalah satu tempat melepaskan nafsu 
kerana ketika keluar dating, 
masa tu lah nak ambik gambar dengan pasangan puas2,
 masa tu lah nak berpegang tangan, 
masa tu lah nak duduk sebelah-sebelah atau semeja,
 masa tu lah nak beli barang kenangan 
dan tipulah jika saya katakan orang bercouple tu 
bila keluar berjalan sampai 5 hingga 10 meter,
 makan x duduk semeja, 
tengok wayang x duduk sebelah2, 
Dan akhirnya bila dah bersama 2 bulan, 2 tahun, 5 tahun 
dan bertahun-tahun....putus....
mulalah si gadis atau si jejaka merana 
kerana tiada jodoh atau bekas kekasih sudah mempunyai kekasih lain dan lalu berubah hati. 
Kerana itu lah cinta sesama manusia dikatakan sementara kerana ia boleh berubah-rubah....
benci kepada suka 
suka kepada benci. 
Kalau boleh mana yang dah terlekat dalam hati tu...
pergilah terus merisik perempuan berkenaa dan percepatkan perkahwinan....
kerana hati wanita lebih cepat tersentuh....
jika lelaki itu mempermain-mainkan perasaan perempuan memang bahaya..
Bukan sahaja lelaki...
Perempuan pun janganlah main2 kan perasaan lelaki...
tu yang jadi kes sihirlah, 
dengki dan macam-macam lagi. 
Jika ada buat salah, cepat-cepatlah minta maaf 
sebab manusia ni hidup sementara je di dunia ni....x lama.

Bercintalah mengikut Islam...
Saling mendoakan bakal jodoh yang datang...
x perlu berjumpa tapi cukuplah yakin...
Bahawa pasangan itu setia dengan kita...
Dan satu hari nanti jika ada jodoh...
Bersatulah pasangan dengan redha-Nya....

Ada satu lirik lagu nasyid yang telah menerangkan maksud "Cinta"
harap2 yang membaca lirik ini....
Boleh memahami erti 'Cinta' yang sebenarnya...


Inteam & Mestica - Kerana Cinta


Cinta itu cahaya sanubari....
Kurniaan Tuhan fitrah insani....
Dan dimana terciptanya cinta....
Disitu rindu bermula....

Cinta itu tidak pernah meminta....
Tetapi memberi sepenuh rela....
Rasa bahagia biarpun sengsara...
Berkorban segala-gala....

Semua kerana cinta....
Yang pahit manis dirasa....
Menghibur nestapa...
Merawat duka....
Damai dijiwa....

Terpadam api benci permusuhan....
Terjalinlah kasih sayang....
Begitulah cinta yang diidamkan....
Tanpa nafsu yang mencemarkan....

Dan jangan pula kerana bercinta....
Kita pun leka...
Entah kemana....

Dan jangan pula kerana bercinta....
Tergadai semua maruah agama.....

Cinta yang sejati....
Hanya cintakan Ilahi....
Cinta ayah bonda....
Tulus selamanya....

Cintakan saudara....
Masa berada hanya sementara....
Cinta sesama insan....
Suburkan dengan ketakwaan.....




P/s: Ini peringatan untuk diri saya sendiri dan anda yang membaca :)


No comments:

Post a Comment