Wednesday, January 2, 2013

Sebuah Tirai Perkahwinan


Assalammualaikum...
Pada ketika ini, pada tahun ini,
Laman fb ku penuh dengan khabar berita,
Cuba teka khabar berita apa???
Jawapannya ialah kahwin...

Hehehehe....
Bila disebut tentang kahwin...
Aku ingin ucapkan tahniah...
Kepada semua yang telah sampai jodohnya...
Moga kekal hingga ke akhir hayat...
Dan bahagia hingga ke anak cucu...

Tetapi.....
Ia menyebabkan hati yang membaca...
Terutama kaum wanita...
Terasa ingin berumah tangga....

Cinta itu fitrah....
Kahwin juga merupakan fitrah manusia....
Yang hidup di dunia ini memang telah ditetapkan...
Untuk berpasang-pasangan...
Oleh Allah...

Cuma....
Jodoh saya dan anda belum tiba lagi...
Jika sudah tiba masanya...
Dan Allah telah menetapkan kita berkahwin...
Maksudnya kita sudah bersedia untuk berkahwin...
Dengan itu masa kita kahwin dipermudahkan majlis...
Dan keadaan semuanya sudah bersedia....

Berkahwin memang seronok...
Siapa yang x nak kahwin???
Angkat tangan.....
Tipulah jika anda kata anda x mahu berkahwin....
Kerana saat bahagia seorang wanita ialah...
Apabila dia hidup bersama dengan orang yang dia sayang...
Selepas Allah dan Rasul,
Ibu bapa dan adik-beradik...

Perkahwinan.....
Bukan sebarangan orang boleh berkahwin...
Kerana kahwin bukan lah sehari atau dua hari...

Tetapi....
Ia adalah selama-lamanya...
Ia bukan permainan untuk dimain-mainkan...
Ia adalah suatu ikatan yang suci...
Perhubungan yang diredhai Allah....
Untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah....
Jika seseorang itu sudah ditakdirkan untuk berkahwin pada masa muda...
Itu kerana Allah telah mentakdirkan untuknya...
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.....






No comments:

Post a Comment