Friday, March 8, 2013

Sebuah Cinta

"Assalammualaikum". Kedengaran suara seorang lelaki yang mula melangkah masuk bilik perjumpaan untuk kelab catur.

"Waalaikumussalam". Jawab penghuni di dalam bilik yang seluas bilik belajar. Suha memalingkan mukanya  ke arah lelaki tersebut sambil menjawab salam beramai-ramai. Setibanya lelaki tersebut, entah mengapa lirik mata Suha asyik ingin memandang muka lelaki tersebut.
 Padahal ini merupakan kali pertama dia menerima kunjungan lelaki yang dapat menarik perhatiannya hanya sekilas pandangan.
Dia tidak pernah melihat lelaki tersebut. Ketua yang mengetuai majlis perjumpaan buat kali pertama itu terus memulakan majlis setelah memastikan semua ajk datang.
Sesi takruf dimulakan oleh ketua tersebut kemudian sehinggalah kepada lelaki tersebut.

"Assalammualaikum. Nama saya Thaqif Haikal. Boleh panggil saya Haikal". perkenalan yang cukup ringkas dan padat dengan senyumannya.  Ini merupakan pertemuan kali pertama dan ini merupakan pertemuan yang bermakna buat Suha kerana lelaki tersebut adalah lelaki yang dia suka tanpa mengenali siapa lelaki tersebut.
Sampai sahaja giliran Suha, mata Haikal memandang Suha. Pada ketika ini Suha memperkenalkan dirinya sambil memandang semua ahli yang hadir dalam majlis tersebut.

"Assalammualaikum. Nama saya Suhara Yasmen. Boleh panggil saya Suha." Suha menamatkan sesi perkenalan tersebut.
Pada pertemuan pertama mereka, mereka bekerjasama di bawah program yang sama. Lama-kelamaan, Suha tahu mengapa dia jatuh hati pada Haikal buat kali pertama mereka bertemu. Haikal seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Segala mesage ringkas dan apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan kerja, semuanya dijawab dengan baik oleh Haikal.

Sampai satu tahap, Suha mengharapkan Haikal akan menyukainya. Tetapi dia cuba 
menahan soalan berkaitan dengan Haikal hatinya sudah berpunya atau belum. 
Memang benar kata orang bahawa hati seorang perempuan memang mudah tersentuh.
Lama- kelamaan soalan yang berkaitan Haikal sudah berpunya atau belum selalu bermain di fikiran Suha kerana dia tidak mahu terlalu berharap pada seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, laman sesawang muka bukunya dilihat Haikal sedang online. Lantas soalan yang sudah lama dipendamnya cuba untuk ditanya pada Haikal. Laman chatnya berbunyi seperti ini:

Suha : "Assalammualaikum, Haikal. nak tanya sesuatu boleh?"
Haikal : "Waalaikumussalam. Boleh. Apa dia? "
Suha : ".........................................................."
Haikal : " Apa soalannya? I'm waiting."
Suha : "............................kalau Suha tanya, Haikal jangan salah anggap tau."
Haikal : "Lau saya boleh jawab, saya jawab."
Suha : "Ada orang tanya pada Suha, yang Haikal dah ada orang ke?"
Haikal : " Hehehe....siapa yang tanya?"
Suha : "Adalah orang tu. Dia cuma tanya. Suha cuma nak jawab soalan dia balik."
Haikal : "Hehehe....ni orang tu yang tanya ke? atau Suha yang tanya?"

Muka Suha menjadi merah di hadapan komputer riba kesayangannya. Suha meneruskan taipan chatnya.

Suha : "Haikal nak jawab ke x? Kalau tak nak jawab tak pe.."
Haikal : "Macam mana nak cakap ye. Sudah ada tetapi seperti tiada."

Begitulah jawapan Haikal. Suha menarik nafas panjang. Dia puas hati mendapat jawapan daripada Haikal.

Suha : "Maksudnya Haikal suka orang tu tetapi orang tu tak tahu yang Haikal suka dia?"
(Suha memulangkan soalan untuk lebih memastikannya lagi.)
Haikal : "Lebih kurang macam tu lah. Kalau nak ikutkan, Haikal malas nak fikir pasal soal hati ni. Belajar dulu lepas tu barulah fikir tentang semua ni. Bila tiba masanya nanti, semua orang akan tahu."

Suha :"Owh. Ok terima kasih Haikal atas semua jawapan itu. Assalammualaikum."
Haikal : "Ok. Waalaikumussalam."

Suha rasa dia tahu siapa orangnya kerana Suha pernah nampak sekali Haikal berkelakuan aneh ketika kehadiran seorang perempuan yang tidak berapa dikenali Suha untuk mengambil gambar ajk program tersebut. Jika Suha lihat pada wanita tersebut, memang baik dan sopan orangnya. Suha redha kerana orang yang dia sukai telah jatuh pada tangan seorang yang lebih baik dan bahkan solehah orangnya. Dia mendengar mengenai perangai wanita yang bertuah tersebut daripada teman rapatnya. Sudah tiba masanya Suha bersiap sedia untuk melupakan Haikal. Segala gambar Haikal yang ada pada Suha dibuangnya ke dalam Recycle Bin yang terletak pada desktop komputer ribanya. Jika difikirkan kembali tidak logik juga cintanya pada Haikal kerana cinta yang datang padanya seperti bulan jatuh ke riba. Alhamdulillah Suha menjadi kawan kepada Haikal dan berharap Haikal bahagia bersama orang yang dia sayang.

TAMAT

Pengajaran daripada cerita ini. Jika anda menyukai seseorang janganlah terus bertanya pada orangnya tetapi mungkin menggunakan orang tengah? atau simpan sahaja cinta itu dan berdoa pada-Nya agar menetapkan jodoh yang terbaik buat dirimu. Janganlah kecewa dengan cinta sementara tetapi kecewalah apabila tidak mendapat cinta-Nya. Berusaha untuk mendekati-Nya kerana Dialah pemilik cinta yang hakiki dan abadi. Insya-Allah dengan izin-Nya kau pasti bertemu dengan cinta sementara yang diredhaiNya.

No comments:

Post a Comment