Saturday, May 11, 2013

Di Mata Fizikal Kurang, Di Mata Hati Bahagia


Assalammualaikum....alhamdulillah....setelah sekian lama akhirnya hati ku lembut untuk menjejakkan kaki ke dalam tempat yang penuh dengan kedamaian kasih-Nya. Orang yang menyampaikan ilmu pada malam ini sangat memberi aku ruang untuk berfikir sejenak. Izinkan saya berkongsi apa-apa yang telah saya fikirkan ketika itu. Aku terfikir apabila penceramah itu berkata bahawa salah seorang seniwan yang telah mendapat jalan kembali kepada-Nya dengan berfikir sejenak. Dia berkata bahawa lelaki tersebut telah solat di masjid dan setiap kali habisnya solat berjemaah pastinya ada orang yang akan membaca kitab. Cuba teka apakah yang dicakap oleh pembaca kitab tersebut??Ia adalah berkaitan dengan kematian. Tiba-tiba lelaki tersebut terfikir bahawa sekiranya dia mati dalam keadaan begini. Dalam keadaan yang masih belum sempurna di mata Tuhan. Lantas dia mula mendekatkan dirinya dengan majlis-majlis ilmu. Dia berusaha untuk mencari hidayah. Setelah aku berfikir. Fikiran ku dikuatkan lagi dengan cerita tambahan daripada penceramah itu. Seniwati yang telah berubah dan baru balik daripada umrah. memang benar dia berubah setelah balik daripada umrah. Tetapi bukannya sebab dia pergi umrah dia berubah. Penceramah itu bagitahu bahawa solat wajib ada lima waktu dan setiap lima waktu tu pasti solat jenazah akan dilakukan kerana sentiasa ada orang meninggal di sana. Pada satu masa, wanita tersebut telah ternampak salah satu jenazah adalah seorang budak dan tiba-tiba hatinya berkata, "kesiannya budak itu, muda-muda lagi dah meninggal. Sedangkan aku???Kalau lah aku mati ketika ini...apalah nasibku??". Sesaat dan sejenak dia berfikir dan dari situlah dia mula berubah kerana takut akan mati. Banyak sebenarnya kisah mengenai kematian telah dikongsi oleh sahabat-sahabat kita di 'facebook' dan tak lupa juga di media massa yang menunjukkan tentang kematian seseorang 'Tanah Kubur' di Astro, setiap hari jumaat Al-Kulliyah di TV3. Banyak sebenarnya, kadangkala kita yang tak nak berfikir, kita yang tak nak cari hidayah. Nak tak nak semuanya dari kita. Saya ni bukanlah baik sangat. Kadangkala ada ceramah agama saya tak pergi, cerita kat tv tentang agama saya tukar. Saya harap saya dapat berubah dan pada pembaca blog saya juga......Mana yang dah berubah teruskan beristiqamah sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu. Mana yang belum lagi marilah bersama-sama kita berubah ke jalan untuk mendekati-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, cuma kita yang menjauhkan diri daripada-Nya. Di facebook saya terbaca tentang seorang askar yang bukan beragama Islam telah terbuka hatinya untuk memasuki agama Islam hanya kerana dia mencuba gerak-geri rakannya yang beragama Islam sedang bersolat. Beliau berkata bahawa selepas melakukan gerak-geri itu hatinya terasa tenang. Ingat hidayah perlu dicari dan kadangkala tak perlu cari Allah akan bagi tanpa diminta. Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Minta maaf jika saya termasuk hal peribadi. Lepas balik daripada tempat itu, saya mendapat panggilan daripada keluarga saya. Bila menatap wajah kedua ibu bapa, terasa titis air mata mengalir. Walaupun kami dalam kekurangan di mata fizikal, tetapi alhamdulillah....bahagia masih terasa. Moga bahagia ini hingga ke syurga. Aminnnnn. Doakan saya berubah kerana Allah. Terima kasih :)......


No comments:

Post a Comment