Thursday, May 30, 2013

Ketuk Pintu Hatiku


Dalam perjalanan,
Aku menuntut sebuah janji,
Aku menuntut kebahagiaan,
Aku menuntut kasih sayang,
Aku menuntut cinta manusia,
Aku menuntut kebaikan manusia,
Aku mahukan kebaikan dibalas,
Aku meminta diriku dilihat,
Aku meminta diriku ditegur,
Aku meminta diriku mempunyai kawan,
teman dan sahabat.

Fikiran ku menjengah kembali,
Apa yang aku tuntut?
Sebuah janji yang aku tak pernah lakukan,
Tetapi aku mahukannya.

Aku terlalu memilih jalan hidup,
Seolah jalan yang diberi terlalu banyak,
Sedangkan jalan yang kekal hanya dua,
Syurga atau neraka?

Aku mahukan janji,
Tapi aku jarang menepati janjiku,
Aku inginkan kabahagiaan,
Tetapi aku tidak pernah memberi kebahagiaan kepada orang lain,
Aku mahukan kasih sayang,
Kasih sayang kepada-Nya tidak aku berikan,
Kasih sayangku kepada agama, Rasul tidak aku persembahkan,
Kasih sayang kepada kedua ibu bapaku tidak aku hiraukan,
Kasih sayang kepada saudara seislamku tidak aku hulurkan.

Aku mahukan cinta manusia,
Tetapi cinta kepada-Nya tidak aku letakkan pada 
tempat yang pertama dalam hatiku.
Aku menuntut kebaikan manusia,
Adakah aku ini istimewa?
Adakah aku ini sempurna?
Adakah aku melakukan sesuatu hanya
ingin mendapat sesuatu yang lebih baik daripada manusia?
Sedangkan Dia yang berhak memiliki segala-galanya.

Aku mahukan kebaikan dibalas,
Maka sebenarnya dalam diriku
mempunyai sifat tidak ikhlas.
Aku mahukan diriku dilihat,
Maka aku mempunyai sifat riak, takbur, ujub dan sombong.
Aku mahu diriku ditegur,
Sedangkan ibu dan bapaku tegur tidak ku endah,
Mengapa pada kawan kau boleh menunjukkan diri kau hebat,
Sedangkan di belakang kau hanya manusia yang penuh dengan dosa.

Aku meminta diriku mempunyai sahabat, kawan dan teman,
kenapa meminta?
Sedangkan kau tidak setia pada-Nya,
Bagaimana mungkin kau setia pada teman
yang diberiNya?
Sedangkan kau suka menyakiti diri,
Bagaimana mungkin kau tidak menyakiti sahabat dan temanmu?

Ya Allah terlalu banyak yang aku minta,
Sedangkan aku tidak layak memiliknya,
Tetapi Kau memberikan kepadaku juga,
Supaya aku tabah menjalani hari-hariku,
Sebelum saat tibanya masa aku pergi menghadapMu.

Ya Allah lindungilah hatiku,
Daripada sifat riak, takbur, ujub, sombong,
Dan sifat-sifat yang Engkau murkai,
Sesungguhnya bawalah aku kejalan yang Engkau rahmati,
Janganlah aku terpesong dari jalan yang sebenar-benarnya,
Aku bimbang aku pulang kepadaMu,
Dalam keadaan yang penuh dosa dan nista,
Sesungguhnya aku hambaMu yang penuh dengan khilafnya.



p/s: kita memamg tidak dapat lari daripada dosa dan tidak rasa bersyukur kepadanya. Peringatlah dan ketuklah pintu hatiku agar sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan aku yang sangat sementara.



No comments:

Post a Comment