Thursday, May 9, 2013

Terbaik

Assalammualaikum. Penulisan blog pada kali ini lebih kepada hati. Hati seorang kawan yang merindui kawannya. Tapi sayang kawannya kini langsung tidak mahu bercakap dengan dia kerana sesuatu ucapan yang bahaya jika ditafsirkan. 'Cinta', bahaya kalau cinta itu berdasarkan nafsu kerana cinta berdasarkan nafu hanya akan kekal sekejap sahaja. Contohnya, jika seorang gadis itu cantik dan dia berkahwin dengan gadis tersebut kerana cantik tetapi bukan kerana ahlaknya, maka bila gadis tersebut sudah tua dan kecantikannya hilang dalam sekelip mata, lelaki tersebut akan tinggalkan dia. Kerana kecantikan yang dirinya cari tetapi bukan hati yang tulus dan ikhlas yang mencintai gadis tersebut.
Ini hanya pendapat saya, bolehkah kita menerbitkan istilah lelaki dan perempuan boleh berkawan lama??Hati perempuan mudah terusik sebenarnya. Walaupun lelaki itu tiada perasaan pada perempuan tersebut berabad tahun lamanya namun tanpa disedari sahabat yang dia berkawan lama sudah lama menyukainya. Apabila berlaku permasalahan hati. Mungkin ucapan yang tidak sepatutnya telah terkeluar daripada lisan perempuan tersebut. kemudian persahabatan dan kenangan yang telah lama tercipta, terbuang begitu sahaja dan si lelaki mula menjauhkan diri tanpa bertanya sebab. Perempuan mula hilang kata dan sering terkenang lelaki tersebut. Siapa yang bersalah???di sini tiada siapa yang bersalah sebenarnya.
Seandainya jika berlaku situasi seperti ini dan perempuan tersebut susah untuk melupakan lelaki tersebut, hanya ada satu cara sahaja iaitu dekatkan diri dengan Tuhan. Dia lebih Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita cintai dan sayangi. Kadangkala terdengar lagu kumpulan ST12 tu ada betulnya. Lirik yang saya tertarik di sini ialah 'satu jam saja....ku telah bisa mencintai kamu dihatiku namun bagiku melupakanmu untuk seumur hidupku...'. Seumur hidup tu sampai bila???itu yang kita tak tahu. Kerana jodoh, ajal dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
Melalui pengalaman orang yang terdekat dengan saya. Dia sudah mempunyai teman lelaki sejak dari sekolah menengah dan dia sanggup menunggu lelaki tersebut selama 5 tahun lamanya tetapi akhirnya lelaki itu minta putus kerana sudah ada yang lain berkenan di hati. Bukanlah di sini saya ingin menceritakan keburukan lelaki tetapi disini saya tekankan bahawa tak semestinya orang yang anda suka itu menjadi jodoh anda. Tak semestinya orang yang selalu mengucapkan kata-kata manis, madah-madah akan menjadi jodoh anda. Tetapi jodoh anda adalah pada takdir.
Sedalam mana pun cinta, ia tidak boleh lawan dengan takdir. Perempuan tersebut, alhamdulillah telah berjaya melupakan lelaki tersebut dengan mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Memang banyak dugaan tetapi itulah yang terbaik. Hati sangat sakit kerana menanggung perasaan. Tapi janganlah menyalahkan takdir kerana semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Bila disebut hikmahnya?? janganlah pernah terlintas, apa hikmahnya? kerana Tuhan itu lebih mengetahui yang terbaik untuk dirinya dan diri kita.
Perempuan yang mencintai sahabatnya lelaki itu, memaksa dirinya untuk melupakan lelaki tersebut, menjauhkan diri dan apabila nampak, hanya boleh lihat dari jauh sahaja. Itulah jalan yang terbaik untuk dirinya dan lelaki tersebut kerana lelaki tersebut tidak pernah menyayanginya lebih daripada itu. Sekian.




No comments:

Post a Comment