Wednesday, June 5, 2013

Segalanya Ada Hikmahnya

Hari ini aku baru pulang daripada rumah. Niat nak belajar dengan kakak tetapi rasanya tak mungkin sebab kakak sangat sibuk. Mungkin itu adalah alasan untuk aku pulang sehari dua untuk merasa masakan mak. Dalam perjalanan pulang ke kolej sepanjang jalan aku melihat gelagat, telatah, kerenah dan keadaan di sekeliling aku. Menaiki komuter memang akan lalu di bahagian yang jalan raya tak lalu. Daripada hujung stesen ke hujung stesen aku menaiki komuter. Kadangkala aku terfikir diriku susah. Tetapi setiap kali aku melihat rumah yang pelbagai jenis. Ada yang setinggan, sederhana dan ke rumah yang agak besar. Aku berbisik di dalam hati aku. Setiap rumah mempunyai perwatakan tersendiri. Ada yang mempunyai masalah kewangan, keluarga dan ada juga yang alhamdulillah mungkin sentiasa bahagia. Kita tidak dapat meneka seseorang manusia dengan hanya melihat luaran. Sama ada sedih, gembira, bahagia, simpan masalah, geram dan benci. Hal ini dapat disamakan seperti rumah yang aku gambarkan tadi. Luaran mungkin kelihatan rumah setinggan, mana tahu sebenarnya kebahagiaan diantara keluarga mungkin erat dan rapat. Luaran mungkin rumah sebesar istana tetapi sunyi dan ketawa bahagia tidak menyerikan rumah tersebut. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua manusia mendapat dugaan daripada-Nya. Dugaan. Dugaan dan Dugaan. Manusia tanpa dugaan tidak akan dapat menilai kekuatan dalam dirinya. Semua yang dirancang tidak semestinya berjalan seperti yang dikehendakkan. Ingin aku merasai badai dan dinginnya angin serta ketenangan di tepi pantai. Namun, telah ditentukan bukannya pada masa yang terdekat. Mungkin hati aku sedikit hampa tetapi bila difikirkan akan seseorang, hati aku merasakan inilah hikmahnya. Aku masih tidak dapat lagi berhadapan dengan dia. Walaupun sebenarnya tiada apa-apa lagi antara kami. Percutian ke pantai tu pasti akan menemukan aku dengan dia. Tetapi Tuhan lebih Mengetahui apa yang aku rasakan. Alhamdulillah. Aku tidak akan berjumpa dengan dia sehinggalah kami menghabiskan praktikal dan mungkin seterusnya. Aku ingin berjalan di landasan melupakan dia. Mungkin selama-lamanya. Jika itulah yang terbaik yang telah dituliskan untuk aku dan dia. Pernah tak dengar......aku ingin jadi seperti kereta api!!!! Kerana dia bergerak dalam landasan, cuma kadangkala tergelincir oleh badai yang datang melanda. Tabah ke hadapan dan tidak mengundur ke belakang. Melainkan kerana ada barang yang dipegang yang penting tercicir di belakang. Banyak sebenarnya ciptaan yang menunjukkan kita harus jalan ke hadapan tanpa melihat kebelakang atau menoleh kenangan yang pahit dirasakan. Moga praktikal pada semester hadapan dapat ku tempuhi dengan sebaiknya. Buat sahabat-sahabatku yang telah berjaya menamatkan peperiksaan ku ucapkan semoga maju jaya dan terus ke hadapan serta moga pencapaian yang diperolehi adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat. :)

No comments:

Post a Comment