Thursday, July 4, 2013

HATI INI UNTUKMU 1


Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih sedang ditempuhi oleh Akmal Hakim bersama dengan keluarganya untuk menenangkan fikirannya setelah kehilangan Farisha dalam satu kemalangan yang tidak dijangka telah terjadi pada majlis pertunangannya bersama buah hatinya itu yang telah dikenalinya semasa dari sekolah rendah lagi. Mata Akmal melilau memandang keindahan alam kehijauan yang melambai-lambai. Seolah-olah memainkan sesuatu tarian untuk menghiburkan hatinya yang masih lagi luka di dalamnya. Jahitan masih belum lengkap kerana kejadian itu berlaku tiga minggu yang lalu.

X         X         X         X         X         X         X         X           

     “Mama, Hakim nak tunang dengan Isha. Mama bagikan?”

     “Alhamdulillah Hakim. Bila mama boleh hantar rombongannya?Isha dah setuju?”

     “Hakim tak bagi tahu Farisha lagi. Nak buat kejutan. Lagipun Ishakan baru sahaja pulang belajar. Jadi Hakim nak buat kejutan kat dia.”

     “Ye lah tu. Mama pasti Isha setuju. Kamu berdua pun dah lama berkenalan. Lagipun anak dara orang. Jangan dibawa-bawa ke mana tanpa sebarang ikatan.”

     Hakim cuma mengangguk memberi tanda setuju kepada mamanya. Puan Laila memang sudah lama menuggu kata putus daripada Hakim untuk masuk minang Farisha. Mereka dah lama berkenalan dan Puan Laila memang sudah berkenan dengan Farisha. Tambahan pula mak Farisha adalah kawan baiknya dan dia suka dapat berbesan dengan mak Farisha. Hakim telah memberitahu bahawa minggu depan Farisha akan sampai ke Malaysia bersama-sama dengan kawan-kawannya. Pada minggu ini sudah menjadi minggu yang sangat sibuk bagi Puan Laila dan keluarga untuk menguruskan rombongan peminangan. Barang-barang hantaran seperti cincin pertunangan dan lain-lain lagi.

     Hari yang dinanti-nanti sudah tiba . Rombongan peminangan sudah sampai ke rumah Farisha. Pemberitahuan rombongan meminang sudah diberitahu dan ibu Farisha juga bersetuju untuk mempercepatkan majlis pertunangan ini. Mak Farisha, Puan Aida sebenarnya mahukan pertunangan dijalankan sebelum Farisha berangkat belajar ke Ireland lagi tetapi Farisha dan Hakim tidak bersetuju kerana bagi mereka biarlah Hakim mengukuhkan kewangan dan biarlah dia menamaptkan pelajaran dahulu agar tidak berlaku  masalah pada masa akan datang. Kehadiran rombongan masih dirahsiakan daripada pengetahuan Farisha. Ibunya yang sedang menghidang air dan makanan kepada tetamu, tiba-tiba terdengar panggilan telefon. Puan Aida meminta diri untuk mengangkat panggilan telefon rumahnya.

     “Hello. Waalaikumussalam. Ha, Farisha ada kat mana ni?”

     “Farisha ada dekat lebuhraya lagi ni. Tengah naik bas. Kejap lagi sampailah Isha mak.”

     “Cepat-cepatlah telefon mak kalau dah sampai. Mak dah tak sabar nak jumpa anak mak yang sorang ni,”
    
      “Ye lah mak. Kalau ada jodoh, kita jumpa. Hehehehe….”

     “Ye lah Farisha. Jangan sampai lambat ye.”

     “Ye mak. Mak ni macam nak terima menantu je bunyinya ni.” Puan Aida terkejut. Hai, macam tahu-tahu    je budak ni. Detik hati kecilnya.

     “Oklah mak. Jumpa dirumah nanti. Assalammualaikum.”

     Puan Aida meminta rombongan tunggu dan rehat dahulu. Anaknya, Farisha dalam beberapa minit akan sampai. Hakim pun faham. Tambahan Farisha baru sahaja pulang ke tanah air. Farisha merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut setelah abangnya, Aiman meninggal dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lepas. Itulah kali terakhir Hakim pernah melihat wajah Farisha.

     Farisha sebenarnya sudah sampai berdekatan dengan rumahnya. Cuma dia sedang berjalan kaki sambil membawa barang-barangnya kerana ingin memberi kejutan pada keluarganya. Dia sudah memberi pesanan ringkas kepada buah hatinya, Hakim. Dia akan pulang sekejap lagi dan menemuinya. Farisha lagi sedikit hendak sampai rumahnya. Dia sedah berada di persimpangan jalan taman rumahnya. Tiba-tiba dia terpandang padang kecil yang berdekatan dengan rumahnya. Itulah tempat pertama kali dia bertemu dengan Hakim. Mereka bermain bersama-sama. Farisha terlalu leka memandang tanpa disedari badannya sudah terlambung ke udara.

     Sebenarnya, sedang leka Farisha mengelamun, Ada sebuah kereta putih yang tidak boleh mengawal kenderaan putihnya lalu melanggar Farisha. Mata Farisha memandang jalan raya dan dia dapat melihat makin ramai orang yang mengerumunnya. Darah dimulutnya makin membuak-buak keluar. Dirasakan hayatnya semakin penghujungnya. Ya Allah moga dapat aku melihat dia di saat nafasku yang terakhir. Air mata Farisha mengalir sambil berdoa di dalam hati kecilnya yang sedang menanggung ajal yang bakal menjemputnya.

      “Kring….kring.....,” telefon bimbit Hakim berbunyi dan nama yang tertera adalah Farisha.

      “Hello, Isha, awak ke ni?”

      “Encik, encik kawan dia ke? Gadis ini sedang tenat. Boleh beritahu keluarganya. Saya rasa rumahnya berdekatan dengan sini. Dia ada di persimpangan……dan saya dah telefon ambulans. Saya takut tidak sempat.” Lelaki yang menggunakan telefon bimbit Farisha memberitahu tempat kejadian.

      Tanpa sebarang kata, Hakim lantas meninggalkan rumah Farisha dalam keadaan tergesa-gesa. Semua ahli rombongan melihat keadaan sebegitu panik dan mengikut Hakim daripada belakang. Mereka mengikut Hakim berlari daripada belakang. Hakim yang berada dihadapan sudah nampak ramai yang mengerumun seseorang. Hakim berjalan perlahan-lahan. Dia melihat tubuh Farisha terbaring di atas peha seorang perempuan dan matanya sudah memandang Hakim tepat. Hakim berlari mendapatkan Farisha. Dia memangku Farisha. Farisha tersenyum kerana dapat melihat wajah yang sudah lama dirinduinya. Permintaannya terkabul.

      “Isha, tolong tahan. Kejap lagi ambulans sampai. Isha tolong bertahan. Mengucap Isha, mengucap”, Isha tidak dapat berkata apa. Dia mengikut Hakim mengucap satu persatu. Dia rasa sangat letih. Dilihatnya ibu sedang menatap disisinya. Pandangannya kian kabur, Akhirnya nafas Farisha terhenti. Tangan Farisha jatuh longlai disisi Hakim.
     
     “Isha, jangan tinggalkan Hakim. Isha jangan tinggalkan Hakim. Isha jangan tinggalkan Hakim!!!!!” Hakim memegang erat bahu Farisha. Semua yang ada cuba meleraikan jasad Farisha daripada Hakim. Kawan-kawan Hakim terpaksa menumbuk Hakim kerana emosimya yang tidak  stabil. Hakim pengsan kerana tidak mampu lagi menahan kesedihan yang ditanggungnya sekerang ini. Puan Aida yang tidak mampu berdiri, dipapah oleh jiran-jiran dan sahabatnya.

      Ambulans dan polis sampai. Jasad Farisha di bawa ke dalam ambulans untuk diuruskan, dimandikan dan dikapankan. Pesalah telah ditahan setelah orang ramai berusaha menengkapnya ketika cuba melarikan diri. Mungkin dihukum bunuh atau apa-apa sahaja hukuman yang megikut kesalah yang telah dilakukannya. Hakim juga dipapah oleh kawan-kawannya ke rumah Farisha. Mata Hakim tertutup rapat, air matanya mengalir. Dirasakan apa yang telah berlaku sekarang seolah-olah mimpi singkat yang dirasainya.

      Hakim dibaringkan dibilik tidur Farisha. Mak Farisha, Puan Aida dibaringkan dibiliknya sambil ditemani kawan baiknya, Puan Laila. Suami Puan Aida dan Puan Laila serta saudara pergi ke hospital untuk menguruskan jenazah Farisha. Hakim tidak diberitahu akan pemergian mereka kerana bimbang Hakim tidak mampu mengawal emosinya. Puan Laila cuba berborak-borak dengan Puan Aida setelah dia sedar. Puan Aida memeluk Puan Laila. Kehilangan anak keduanya adalah satu kehilangan besar. Dugaan yang Allah bagi kepadanya terlalu besar.

      “Hakim mana?’ tanya Puan Aida setelah pelukannya dileraikan.

      “Hakim ada dalam bilik Farisha. Dia sedang baring. Emosinya tidak berapa stabil. Tetapi saya tahu Hakim kuat.”

     “Saya faham kenapa Hakim jadi macam tu. Dia dengan Farisha tu dah lama. Daripada sekolah rendah lagi. Arwah dengan dia sangat rapat. Tambahan dia sanggup menunggu Farisha menamatkan pelajarannya. Jarak mereka empat tahun tapi sangat rapat.”

     “Nak buat macam mana Ida. Dah tak ada jodoh. Saya dah redha dengan pemergian Farisha. Harap Ida banyakkan bersabar. Berdoa moga arwah berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Relakan arwah pergi.” Puan Laila menangis melihat keadaan sahabatnya. Memang mudah untuk berkata tetapi orang yang menanggung siapa yang tahu keadaannya.

      “Ida. Saya nak melawat Hakim sekejap. Mana tahu dia sah sedar. Saya tak salahkan kawan dia tumbuk dia sebab dia tak nak lepaskan Farisha. Saya nak bagi dia nasihat agar jangan terlalu beremosi. Ida rehat ye.”

       Puan Laila meninggalkan Puan Aida bersama jirannya untuk teman. Puan Laila menguak pintu bilik Farisha. Dilihatnya Hakim sedang tidur. Kawannya, Zainal menemani Hakim di dalam bilik itu. Hakim hanya melapkan mata Puan Laila yang tahu sebenarnya Hakim sudah lama bangun tetapi dia tidak mahu membuka mata untuk menghadapi kenyataan.


Besambung………