Thursday, August 29, 2013

Salam Pantai Barat.....


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang setia membaca laman blog yang mungkin dah jadi sesawang????nama pun laman sesawang ye tak???Lama tidak menulis bukan kerana tiada idea cuma masa yang digunakan sekarang banyak lebih kepada kerja praktikal yang sedang dijalankan. Pelik kan nama tajuk blog hari ni??/Pernah dengar tak cerita Salam Pantai Timur???Itu bermaksud salam dari orang pantai timur.....jika salam pantai barat bermaksud salam dari orang baratlah kan....alhamdulillah ...praktikal berjalan dengan lancar dengan kuasa-Nya. Menjadi seorang guru bukanlah mudah. Tetapi bak kata seorang pakar motivasi, ia umpama ladang pahala yang mampu membuahkan hasil yang ranum dan boleh dibawa bekalan di akhirat sana. Sebulan lebih berpraktikal sudah banyak memberi pengajaran, pengalaman, dan kefahaman dalam menjadi seorang guru. Bagaimana rasanya hati seorang guru???Apa yang dia lakukan selama ini???Kadangkala masa menjadi seorang murid, kenapa cikgu lakukan itu??kenapa cikgu lakukan ini???Tapi sebenarnya seorang guru, sudah berusaha yang terbaik untuk memastikan pelajarnya mencapai cita-cita yang ingin mereka kecapi. Semasa praktikal, saya sangat kagum dengan guru wanita atau guru yang digelar sebagai ibu. Pagi pergi ke sekolah......balik nak uruskan rumah tangga....suami...anak....semuanya dilakukan dalam seharian tambahan setiap hari ada 2 hingga 4 ke 5 kelas. Sangat hebat seorang guru, bila kita tengok manusia...hebatnya manusia ini...siapa yang menciptanya???Mestilah yang Maha Esa....mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Menjadi seorang guru yang hebat bukanlah mudah kerana manusia tidak akan pernah sempurna. Jika manusia sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan....maka mengapa Tuhan menciptakan syurga dan neraka???Ia dicipta untuk menguji khalifah-khalifah yang telah diciptanya ke dunia ini.  Manusia yang melakukan segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang akan mendapat ganjaran yang baik di akhirat kekal abadi. Saya bukan nak bagi tazkirah disini tetapi sekadar peringatan buat hamba yang lemah dan pelupa ini dan khalifah-khalifah yang lain di dunia ini. Kita kadang-kadang tahu apa yang baik dan apa yang buruk....cuma kita tak ambil peduli dan hanya ingat keduniaan dan melupakan akhirat yang kekal abadi. Sebelum mengakhiri penulisan yang entah tahu bila penyambungnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya. Semenjak saya dari tadika sehinggalah saya ke universiti. Doakan saya menjadi seorang guru yang sentiasa merendah diri pada-Nya dan melakukan yang terbaik dalam mengajar anak didik saya pula. Guru...kini aku menjadi guru. Wassalam.