Saturday, March 29, 2014

HATI INI UNTUKMU 2

Tahun 1998

“Assalammualaikum….hari ini kita ada pelajar baru. Namanya Nurul Fateha Farisha. Harap semua pelajar dapat memberi kerjasama pada dia…”, Cikgu Zakiah memperkenalkan pelajar barunya kepada semua pelajar di dalam kelasnya.

Aina Suhana seorang pelajar perempuan yang sangat pendiam dan lebih suka menyendiri di dalam kelas. Tiada siapa-siapa yang berani mendekatinya dan walaupun dia merupakan pelajar yang sebegitu namun dia aktif dalam kokurikulum sekolah. Dia telah mewakili sekolah dalam bola jaring dan bola baling untuk ke peringkat daerah. Farisha telah diminta duduk di sebelah Aina kerana disitu sajalah tempat yang masih tersisa di dalam kelas itu. Farisha memandang Aina dan memulakan perkenalan dirinya.

“Nama saya Farisha. Nama awak siapa?”

“Nama saya Aina Suhana. Boleh panggil saya Aina.”

“Saya lihat awak sentiasa muram. Kenapa ye?”

“Tak de pape. Cuma kawan saya tak ramai dan mereka berada di kelas lain.”

“Tak pe.Saya boleh jadi kawan awak.”

Mereka sama-sama tersenyum dan Aina sangat rasa selesa dengan kawan yang baru dikenalinya. Mereka selalu bersama-sama oleh kerana Farisha masih lagi baru di situ. Makan bersama-sama, main bersama-sama. Cuma rumah mereka tidak dekat dan jarang dapat pulang bersama-sama melainkan jika bapa Farisha mengambil Farisha, dia pasti akan menghantar Aina sekali pulang.

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Aina selalu menghabiskan masa petangnya bersama seorang pelajar menengah yang sudah menjadi kawan rapatnya ketika pelajar tersebut masih di sekolah rendah. Akmal Hakim Bin Zain. Semasa dia darjah dua dahulu. Lelaki tersebut berada di darjah enam. Aina selalu dibuli di sekolah tersebut kerana dia merupakan pelajar baru dan pelajar lelaki tersebut merupakan seorang pengawas. Hakim selalu nampak Aina dibuli jadi dia mengambil keputusan untuk menjadi pelindung kepada Aina. Mereka berkawan rapat sehinggalah sekarang. Walaupun Hakim adalah senior kepada Aina namun hubungan yang rapat langsung tidak menjarakkan umur mereka. Setiap hari Aina dan Hakim akan ke rumah pokok yang berada di laman rumah Hakim setiap kali mereka tamat waktu sesi persekolahan. Ibu Hakim, Puan Laila memang sudah biasa dengan kehadiran Aina dirumahnya. Aina dan Hakim sentiasa belajar bersama dan Puan Laila akan sentiasa berada di rumah apabila adanya Aina datang untuk belajar dan bermain.

“Terima kasih, makcik” Aina mengucap terima kasih kepada Puan Laila kerana menghidang air.

“Mama. Hakim rasa nak makan ais krim lah” Akmal yang ketika itu berada di tingkatan satu. Dia sentiasa memberi tunjuk ajar dalam pelajaran kepada Aina.
Akmal melihat rumah di depannya sedang mengemas rumah. Dia tahu dia mempunyai jiran baru dan hari ini baru dia nampak akan kehadiran ahli keluarga tersebut.

“Mama. Apa kata kita pergi tolong jiran baru. Bolehlah mama berkenalan dengan kawan baru…hehehehe”Akmal lantas berkata-kata.

“Boleh juga. Jom. Aina marilah kita ke sana.”

“Tak pelah mak cik. Dah petang sangat ni. Nanti ayah saya marah pula balik lambat.”

“Baiklah. Hakim hantarkan Aina dulu. Nanti dah sampai rumah terus pergi rumah jiran depan sana ye”

“Baiklah mama. Aina, jom”

Aina mengangguk. Dia salam Puan Laila dan mengucap terima kasih sebelum pulang. Aina masih tidak lupa untuk menghormati orang tua. Itulah ajaran yang sering diingati yang telah diajar oleh ibunya sebelum ibunya meninggalkannya dua tahun yang lepas kerana penyakit HIV Aids.  Aina sentiasa membawa basikal setiap kali ke rumah Hakim kerana Aina terlalu jauh.

Selepas menghantar Aina pulang. Hakim terus ke rumah jiran barunya dan memberi salam. Mana mama ni. Hakim mengomel sendirian.

“Assalammualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Seorang gadis memakai tudung membuka pintu.

No comments:

Post a Comment