Saturday, March 29, 2014

HATI INI UNTUKMU 3

“Minta…….. maaf. Saya jiran depan rumah awak. Mama saya ada di dalam tak?” Hakim tergagap sedikit setelah melihat kecantikan gadis yang berada di hadapan matanya. Gadis tersebut kaget.

“Farisha, suruhlah dia masuk.” Kedengaran suara mak Farisha di dalam rumah.
Hakim dapat mengenalpasti suara mamanya dan dia pasti itulah suara mama dia. Farisha tertunduk malu dan memulakan tutur kata.

“Jemputlah masuk.”

“Terima kasih.” Hakim mengucapkan terima kasih kepada Farisha sebelum melangkah masuk.

Dia berjalan ke ruang tamu rumah jirannya untuk mencari mamanya. Farisha nama gadis ni. Hakim berbisik di dalam hati. Farisha mengikut langkah Hakim daripada belakang. Puan Laila dan mak Farisha merenung ke arah Hakim dan Farisha tersenyum.

“Ini anak saya Akmal Hakim.” Puan Laila memperkenalkan Hakim kepada Puan Aida. Hakim menyalami Puan Aida.

“Dah besar dah anak kau ni Ila.”

Ila? Mama kenal ke mak cik ni. Hakim tertanya setelah mendengar panggilan mak cik tu kepada mamanya. Hakim membuat muka tanda tanya kepada mamanya.

“Kalau Hakim nak tahu, inilah kawan lama mama. Mama dah lama tak jumpa dia. Tak sangka pulak kita akan jumpa lagi kan? Ida”

“Aah. Tak sangka anak kita masing-masing dah besar. Bolehlah dijodohkan satu hari nanti ye tak?” Puan Aida seolah-oleh sudah berkenan dengan Hakim walaupun dia tahu yang anaknya masih kecil.

“Insya-Allah. Kalau dah jodoh kita nak berbesan. Hahaha…..” Puan Laila seperti menyokong akan kata-kata Puan Aida.

Hakim kaget dan malu dengan kata-kata mamanya. Farisha yang berada di dapur menyiapkan air juga tertunduk malu. Walaupun dia masih darjah empat, namun pertama kali membuka pintu untuk Hakim membuatkan hatinya tersentuh buat pertama kali. Dia rasa dia ingin berkenalan lebih mendalam mengenai Hakim.

Hari berganti hari. Hubungan Hakim dan Farisha semakin rapat. Menjadi kawan atau rapat kerana jodoh? Itu takdir Tuhan. Kehadiran Farisha setiap petang di rumah Hakim untuk belajar seolah-olah menjadi galakan hubungan mereka berpanjangan sehinggalah mereka dewasa. Pada suatu petang, tanpa disedari Hakim, Aina ada datang ke rumah Hakim. Dia melihat kehadiran Farisha dan kegembiraan Hakim melayan Farisha. Dia mengundur langkahnya dan pulang. Puan Laila juga berasa pelik dengan ketidakhadiran Aina yang sudah lama ke rumahnya. Sedang leka Hakim berbual dengan Farisha, Puan Laila mengganggu sebentar.

“Hakim, mama tengok dah lama Aina tak datang ke rumah kita? Kenapa ye?”

“Entahlah mama. Biar Hakim telefon rumahnya sekejap.”

Hakim pergi ke telefon rumahnya. Dia mendail dan terdengar seseorang mengangkat gagang telefon. Kedengarannya suara seperti seorang lelaki.

“Assalammualaikum. Aina ada di rumah tak?”

“Waalaikumussalam. Aina tiada di rumah. Dia kata pergi ke rumah Hakim untuk belajar.”

“Aina cakap begitu? Tak pe lah. Terima kasih ye bibik.”

Hakim meletakkan gagang telefon. Dia pelik dengan perangai Aina. Telefon tiada di rumah. Jika pergi ke sekolahnya. Tidak pastilah ada ke tidak? Hakim pergi ke arah Farisha.

“Isha. Minta maaf. Hakim nak keluar sekejap. Nak cari kawan. Risau pulak dia tak balik rumah lagi.”

“Hakim cari siapa? Mana tahu, Isha kenal orangnya?”

“Nama kawan Hakim ni Aina. Dia belajar satu sekolah dengan Isha. Isha kenal tak dia?”

“Isha kenal. Dia kawan Isha kat kelas.”

“Hakim nak cari dia kat sekolah.”

“Isha nak ikut.”

“Ok. Tapi bagi tahu mak Isha dulu ye.”

Farisha dan Hakim ke sekolah Farisha dengan di hantar oleh Puan Laila. Puan Laila bimbang mereka tidak dapat melepasi pak cik guard. Sebelum melintasi masuk ke dalam kawasan sekolah, Puan Laila meminta kebenaran masuk kerana Farisha tertinggal barang di sekolah. Hakim dan Farisha menaiki kelas Farisha. Tetapi Aina tiada di situ. Farisha melangkah tangga dan hampir terjatuh tangga. Hakim menyambut tangan Farisha. Aina yang baru keluar tandas, terlihat adegan itu menyebabkan dia rasa cemburu dan berlari menyorokkan dirinya. Farisha mengucapkan terima kasih kepada Hakim.

“Isha. Kita pulang sajalah. Dah pukul empat dah. Tak de orang kat sini.”

“Baiklah. Mana tahu dia dah sampai rumah kan?”


Farisha dan Hakim berlalu pergi. Mereka sudah mencari di semua tempat tetapi tiada Aina yang ditemui. Aina yang berada di dalam tandas, baru sahaja menyelesaikan kerjanya di perpustakaan, membasuh tangan sebenarnya. Tetapi tidak disangka apa yang telah dilihatnya tadi. Pelajar yang bertugas hari ini di perpustakaan Farhana, Arina dan seorang pelajar lelaki. Tetapi dia tiba-tiba terpaksa menggantikan tugas hari ini. Air matanya menitis, dia tidak akan mendekati Hakim lagi dan dia tidak pula membenci Farisha. Farisha cantik dan ramai pelajar lelaki di dalam kelasnya menyukai Farisha. Dia tidak hairan sekiranya Hakim juga merasa begitu. Dia akan tetap berkawan dengan Farisha dan Hakim. Cuma mengurangkan perjumpaannya bersama mereka.

1 comment:

  1. mengurangi pertemuan dengan mereka...tidak dapat mengurangi kelukaan di hati

    ReplyDelete