Monday, March 31, 2014

HATI INI UNTUKMU 4

Aina berlalu semula ke perpustakaan. Dilihat cikgu yang menemani mereka sedang bersiap-siap untuk pulang. Seorang pelajar lelaki yang bertugas disitu asyik memandang Aina. Dia dapat melihat kesedihan di wajah Aina. Mereka beransur pulang. Mereka menghantar Arina dahulu pulang barulah mengantar Aina.

“Nama awak Aina kan?”pelajar lelaki tersebut memulakan berbicara setelah mereka tinggal berjalan berdua. Gurunya sudah pesan untuk menghantar Aina dan Arina.

“Ye. Nama saya Aina. Ada masalah ke dengan awak?”Aina yang tidak selesa dengan telatah pelajar lelaki tersebut yang asyik memandangnya dari tadi. Apa kene dengan mamat ni? Tiba-tiba lak tegur aku.

“Nama saya Syed Ahmad Yusoff. Boleh panggil saya Yusoff.” Pelajar lelaki tersebut tidak semena-mena memberitahu nama tanpa Aina bertanya.

Aina hanya mendiamkan diri. Siapa yang tak kenal Syed Ahmad Yusoff Bin Syed Ali? Senior darjah lima yang agak terkenal kerana mukanya yang boleh dikatakan hensem. Dia terkenal kerana dia mempunyai jawatan dan seolah-olah mempunyai pakej yang lengkap. Pandai, hensem, anak orang kaya. Siapa yang tak gila ooooiii??!!Hati Aina memberontak. Dia tidaklah mempunyai perasaan kepada lelaki seperti Yusoff ni. Dalam hatinya cuma ada Hakim walaupun Hakim tidak pernah memandangnya seperti Farisha, namun persahabatan lama perlu dipertahankan.

“Yusoff. Kenapa awak tak suka layan Arina? Dia baik apa?” Tiba-tiba dia terdetik ingin bertanya. Dilihatnya tadi sepanjang bertugas, hanya Arina sahaja yang banyak bercakap dengan Yusoff. Cuma Yusoff banyak berdiam diri.

“Saya tak suka perempuan yang meluahkan perasaannya dulu.”

Aina tersentak. Dahsyat betul Arina. Dia cakap kat Yusoff. Biasalah, cinta monyet. Hahahahaha…geli hati Aina. Tanpa disedari. Dia ketawa.

“Ha. Barulah cantik senyum. Kalau tak masam je muka macam mak nenek kat pasar malam tu. Hehehehe.” Yusoff mengusik Aina.

Aina melihat Yusoff ketawa. Hensemnya. Tapi aku tak layak nak berkawan dengan dia. Detik hati kecilnya lagi. Yusoff yang melihat perubahan muka Aina yang seolah-olah sedang berfikir, terus berhenti. Aina yang meihat Yusoff berhenti pun terus terhenti bersama dengan basikalnya.

“Kenapa ni Yusoff?”

“Dah sampai rumah awak, Aina. Ai….rumah sendiri pun tak sedar?Lawak lah awak ni…hehehehe”
Aina tersenyum. Dia mengangguk dan mula melangkah masuk ke rumah yang sunyi itu. Setelah ibunya meninggal, ayahnya selalu bekerja kuat di pejabatnya. Ayahnya merupakan seorang arkitek dan rumah yang didudukinya sekarang juga merupakan rumah yang direka oleh ayahnya sendiri sebagai tanda kasih sayang kepada arwah isterinya. Dia menekan loceng di pagar.

“Bibik, bukakan pintu.”

Dia memberitahu di tempat suara penekan loceng dan pagar dibuka. Aina menoleh semula ke arah Yusoff.

“Yusoff, saya masuk dulu ye. Awak baliklah. Terima kasih kerana hantar saya pulang.”


Aina memberikan senyuman tanda terima kasih. Yusoff berlalu pergi. Sambil melangkah masuk, Aina berasa pelik. Bagaimana Yusoff tahu rumah aku? Sedangkan aku tak pernah berkawan atau bertegur dengan dia? Bila dia berlari semula ke pagar, Yusoff sudah tiada dan mungkin sudah pulang. Satu perkara yang aneh telah berlaku dalam hidup Aina.  Biarlah budak tu.Bukan ada kene mengena dengan aku pun. Marah hati Aina lagi. 



“Aina, jom kita pergi makan.” Farisha mengajak Aina makan di waktu rehat.

“Awak pergilah dulu. Saya rasa tak berapa sihatlah. Nak duduk dalam kelas je kot.”

“Ok. Awak nak pesan apa-apa tak? Saya tolong awak belikan.”

Aina melihat muka Farisha yang berseri-seri seperti tidak sabar menunggu pesanan makanan daripada dia. Dia tidak mahu Farisha memberi syak wasangka padanya.

“Awak belikan saya roti ye. Nah duitnya.”

Aina memberi duit kepada Farisha. Farisha berlalu pergi. Sedang Aina tengah meletakkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba perutnya dirasakan sakit dan sangat sakit. Dia lantas berlari ke tandas. Aduh, sakitnya perut ni! Dari kejauhan, di aras kelas darjah lima terdapat seorang budak lelaki yang memerhatikan tindak-tanduk Aina. Setelah selesai segala urusan, Aina pulang semula di kelas. Terkejut dibuatnya Aina apabila melihat Yusof berada di tempat duduk Farisha. Nampak macam nak letak sesuatu sahaja di tempat duduk Farisha.  Mesti dia ada hati dengan Farisha. Lantak dialah! Detik hati Farisha.

“Hai. Aina awak tak sihat ke?”

Pertanyaan itu dilontarkan oleh Yusoff kepada Aina setelah dilihatnya Aina ingin mengambil tempat duduk.  Aina yang bermuka pucat lesi hanya dapat berkata sepatah-sepatah.

“Ada….apa….dengan….awak…” Aina memegang perutnya. Entah kenapa perutnya begitu sakit.
“Eh, awak ok tak ni?! Saya boleh panggil cikgu.” Yusoff sudah kaget. Dia cemas melihat keadaan Aina sebegitu.

Aina hanya membuat muka. Dia tak mahu melihat muka Yusoff. Kenapalah mamat ni sentiasa ada setiap kali aku rasa sedih dan sakit! Hati Aina membentak. Aina cuba bangun dan dia ingin ke tandas semula. Bila bangun. Aina dapat merasakan pandangannya mula kabur. Yusoff yang berada di hadapannya, mula menyambutnya. Aina pengsan. Yusoff memanggil kawannya untuk memanggil cikgu. Farisha juga sudah berada di situ. Yusoff yang menemani Aina ke hospital dan diikuti juga oleh cikgu.

“Yusoff, awak pulanglah dulu.” Cikgu Zakiah meminta Yusoff pulang setelah dilihatnya jam menunjukkan waktu sekolah sudah tamat.

Yusoff memandang Aina. Muka Aina sudah beransur hilang warna pucatnya. Yusoff hanya menggelengkan kepala. Bagi dirinnya biarlah dia menunggu sehingga Aina sedar. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia sentiasa risau akan kondisi Aina. Dia duduk disisi Aina. Muka Aina sejak akhir-akhir ini, menunjukkan tanda dia sangat sunyi. Dia sering perhatikan Aina. Aina tidak pernah semuram itu dari darjah dua lagi. Cikgu Zakiah membiarkan sahaja Yusoff duduk di situ.

No comments:

Post a Comment