Monday, March 31, 2014

HATI INI UNTUKMU 5

Seperti biasa, Farisha pergi ke rumah Hakim untuk belajar. Dia tidak pula memberitahu bahawa Aina berada di hospital kepada Hakim kerana bimbang Hakim akan hilang dari pandangan matanya.  Dia tahu Hakim sangat merindui Aina. Dia selalu menyebut tentang Aina setiap kali mereka belajar bersama. Jika Hakim tahu Aina memasuki hospital, pasti Hakim akan berlari secepat mungkin untuk berjumpa dengan Aina. Farisha tak nak perkara yang sama berlaku lagi.

“Isha ada sembunyikan sesuatu ke dari Hakim?” Hakim dapat meilhat Farisha seperti seolah-olah sembunyikan sesuatu.

Farisha hanya menggelengkan kepala. Puan Laila, mama Hakim memanggil Hakim ke dalam. Farisha yang mendengar panggilan tersebut, merasakan bahawa rahsianya pasti terbongkar. Hakim memberikan senyuman kepada Farisha dan masuk ke dalam rumah.

“Ini. ada panggilan untuk kamu daripada Aina” Senyuman Hakim makin lebar. Hakim sudah lama tidak mendengar suara Aina. Dia merindui kawan baiknya itu.

“Aina minta maaf pada Hakim. Kalau Aina ada buat salah kat Hakim.” Tiba-tiba sahaja Aina meminta maaf. Hakim berasa pelik.

“Kenapa Aina cakap macam tu? Kenapa dah lama tak  datang? Hakim rindu kat Aina.” Hakim seolah-olah seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya.

“Aina minta maaf sebelum Aina nak cakap. Aina benci Hakim. Kita putus kawan.” Aina tiba-tiba merasakan dia tidak mampu lagi untuk berkawan dengan Hakim.

“Apa Aina merepek ni? Kita kan kawan. Aina tak suka ke kawan dengan Hakim?” Hakim merasakan titisan air mata persahabatan mula mengalir dipipinya.

“Aina hanya benci Hakim. Aina benci Hakim!!!!!!!!!!....tut…tut…tut” suara Aina sudah hilang di telefon. Hakim meletakkan gagang telefon.

Puan Laila yang berada di sebelah Hakim hanya terdiam apabila melihat keadaan Hakim kesedihan. Dia mendekati Hakim dan memeluk anaknya.

“Kenapa Hakim?” Puan Laila memulakan perbualan.

“Mama boleh minta Isha balik dulu. Hakim tiada mood nak mengajar sekarang ini.” Hakim hanya memberitahu mamanya sebegitu setelah pelukan mamanya dileraikan dan berlari masuk ke bilik.

Aina menangis di sisi Yusoff. Yusoff memaksa Aina meletakkan telefon setelah dia menyedari Aina membuat panggilan kepada Hakim dan berkata sesuatu yang boleh menyakitkan hati Hakim. Yusoff mulai faham kenapa Aina jadi sebegitu. Ini semua kerana Hakim. Aina tidak mahu Hakim memikir tantang dirinya lagi dan teruskan berfikir tentang Farisha.

“Aina jangan sedih lagi. Yusoff akan sentiasa kawan dengan Aina dan mungkin menjadi lebih rapat dari itu.” Yusoff memberi kata-kata semangat kepada Aina.


Aina terkejut dengan kata-kata Yusoff. Dia perlu berkawan dengan Yusoff untuk melupakan Hakim. Pintu hospital dikuak. Bapa Aina, En. Khairul sudah sampai di hospital untuk menjemput Aina. Yusoff sudah menjadi kawan rapat kepada Aina dan Aina masih lagi mengingati cinta pertamanya, walaupun boleh dikatakan cinta monyet.

No comments:

Post a Comment