Saturday, March 29, 2014

RINDU 1


'Assalammualaikum. Sukar untuk aku bahasakan apa yang bermain dijiwaku. Rindukah aku padanya? Sayangkah aku padanya? Sedangkan beberapa hari lagi aku bakal menjadi seorang isteri kepada hamba Allah yang telah sudi menerima aku seadanya. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mahu mengecewakan hati ibu dan ayah serta pihak bakal suamiku. Ya Allah tunjukkanlah jalan untuk menyelesaikan masalah ku ini.'

Jannah menutup blognya, usai sahaja dia menyelesaikan penulisannya. Memang sudah menjadi rutinnya untuk berkongsi perasaannya di dalam blog. Tetapi luahan perasaan yang terbaik adalah pada-Nya.Dia runsing dengan apa yang telah terjadi padanya dalam dua tiga hari ni. Dia mengeluh sendirian. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh.

"Jannah tengah buat apa tu?" Ibunya, Puan Zaidah memasuki bilik anak daranya yang seorang itu.

"Tak ada apa-apa lah umi. Jannah ok je."

"Umi tengok sejak dua menjak ni anak umi banyak duduk dalam bilik. Kenapa ye?"

Jannah memusing kerusinya untuk menghadap wajah uminya. Puan Zaidah pula sudah melabuhkan punggungnya di atas katil milik Jannah.

"Bagini. Umi nak tahu tak apa yang Jannah jumpa semalam?"

"Jumpa apa? Jumpa Yusoff?"

"Umi ni...bukan Yusofflah. Tapi muka yang serupa seperti Azmin."

Wajah Puan Zaidah berubah. Setahu dia, Azmin sudah dua tahun meninggal dunia. Dia sendiri pergi melawat keluarga lelaki tersebut sewaktu majlis tahlil dijalankan.

"Takkanlah. Jannah salah orang kot."

"Betul umi. Jannah tak silap. Cuba umi tengok gambar dia kat telefon Jannah ni. Jannah sempat ambik gambar dia."

Jannah menunjukkan gambar lelaki tersebut kepada Puan Zaidah. 

"Aahlah. Serupa. Jadi kenapa?"

"Lelaki tu terlanggar Jannah. Masa dia minta maaf, dia terus cakap yang dia nak kahwin dengan Jannah."

"Lepas tu Jannah cakap apa kat dia?"

"Jannah cakap, Jannah dah bertunang. Beberapa hari lagi Jannah akan berkahwin."

Puan Zaidah hanya terdiam. Tidak tahu dia nak cakap macam mana lagi. Lelaki yang serupa seperti arwah Azmin muncul di hadapan Jannah dan cakap nak kahwin dengan Jannah! Macam tak logik pun ada. Pening rasanya kepala dia memikirkan masalah Jannnah. 

"Umi janganlah risau. Tak ada apa-apa yang akan berubah."

Jannah seperti dapat meneka air muka uminya. Puan Zaidah mengangkat muka dan hanya tersenyum. Dia tahu Jannah takkan mengecewakan dia dan suaminya yang sudah lama inginkan menantu seperti Yusoff. Jannah tidak berapa mengenali Yusoff. Apatah lagi ingin mengetahu tentang bakal suaminya. Pertunangan yang dijalankan atas dasar kepercayaan Jannah kepada kedua ibu bapanya dalam mencari jodohnya setelah arwah Azmin pergi buat selamanya.


No comments:

Post a Comment