Monday, April 14, 2014

HATI INI UNTUKMU 8

“Assalammualaikum, Hakim.” Lelaki tersebut memberi salam kepada Hakim.

“Waalaikumussalam. Macam mana awak kenal saya???Do I know you???

Hakim mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Inggeris kerana kelihatan lelaki tersebut seperti seorang asing. Putih, kacak dan segak orangnya.  Dia menganggarkan semua bahasa sudah disebutnya.

Yes, of course. Aku Yusofflah. Hakim ni boleh lupa pulak kat aku.”

“Lah….Yusoff rupanya. Lama tak dengar khabar kau…Kau sekarang kat mana???”

“Aku kat mana lagi kalau bukan kat syarikat bapa aku. Bapak aku tu memang nak aku kerja kat situ. Nak buat macam mana lagi. Hahahaha….”

“Kau memang baguslah Yusoff. Anak mithali lah katakan.”

Yusoff hanya memandang muka Aina semasa Hakim sedang sibuk bercakap dengannya. Aina yang sejak tadi terdiam mula perasan akan pandangan daripada Yusoff.  Dia mengangkat mukanya dan perbuatannya sukar ditafsirkan. Hakim yang sedar bahawa Yusoff seolah-olah dengar dan tidak dengar sahaja kata-kata yang dilontarkan. Kenapa Yusoff dengan Aina ni? Macam sembunyikan sesuatu sahaja dari aku. Detik hati Hakim.

“Yusoff, apasal lain macam je kau pandang Aina tu?”

Yusoff yang sedar akan tingkah lakunya dengan Aina menimbulkan tanda persoalan pada pemikiran Hakim terus membuka bicara.

“Mana ada…Aina ni kan kawan aku juga. Dah lama tak jumpa memang macam ni. Makin lawa aku tengok Aina ni….hehehe. Kan Aina??” Yusoff cuba menyembunyikan sesuatu dari Hakim.

“Aah. Dah lama tak jumpa Yusoff. Lagipun, kami terputus hubungan masa belajar tu.” Aina mengiyakan kata-kata Yusoff dan mula mengukir senyuman.

“Jadi kita bertiga ni memang dah ditakdirkan bertemu. Betul tak?? Hahahaha….”Yusoff dan Hakim tergelak besar.

“Gelak-gelak juga. Kau Yusoff, kenapa datang sekolah ni??Hehehe…” Hakim melontarkan soalan pada Yusoff.

“Saja je jalan-jalan. Nak ambil udara sekejap.”

“Pelik betul bunyinya tu…...”

“….Hakim, Yusoff…saya nak pergi dulu. Lagipun ada hal yang kena selesaikan. Lain kalilah kita berbual ye..”Aina yang sejak tadi mendiamkan diri, terus membuka suara untuk memberi kata putus. Penat rasanya dia untuk mendengar dua kawan yang dah lama tak jumpa.

“Ok. Lain kali kita jumpa ye.” Yusoff memberi jawapan bagi mewakilkan Hakim sekali. Hakim tidak bersuara. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Niatnya untuk meneruskan perbualan bersama Aina telah diganggu oleh Yusoff.

Yusoff dan Hakim melihat Aina berlalu pergi dari jauh. Bayangan Aina sudah tidak kelihatan. Tiba-tiba telafon Yusoff berbunyi. Yusoff meminta diri sebentar daripada Hakim untuk menjawab telefon.

“Hello….wsalam. Aah…ok…ok” Perbualan telefon diamatikan. Yusoff pergi ke arah Hakim.

“Sorilah Hakim. Aku kena gerak sekarang.”

“Kenapa??Ada hal emergency ke??”

“Taklah emergency sangat. Orang rumah telefon. Ada hal yang nak diselesaikan.”

“Owh…ok. Nanti kalau free. Call lah aku. Al maklumlah…aku kan dah single sekarang ni.” Hakim bercakap sambil tersenyum simpul.

Yusoff hampir terlupa tentang kematian Farisha pada hari pertunangan mereka. Dia berasa simpati pada Hakim tetapi itulah yang dinamakan takdir.

“Takziah aku ucapkan atas kematian Farisha. Aku harap kau tabah ye bro. Jangan mudah patah semangat. Mungkin ada yang lebih baik telah diciptakan untuk kau.”


Yusoff memberikan kata-kata semangat pada Hakim. Hakim menghulurkan tangan tanda perpisahan sementara untuk pertemuan dia bersama Yusoff dalam masa yang singkat ini. Yusof bersalam dengan Hakim dan memeluk rakannya itu sebagai tanda persahabatan yang erat diantara mereka. Hakim melihat Yusoff berlalu pergi. Hakim berharap dia dapat bertemu semula dengan Yusoff dan…..Aina.

Sunday, April 13, 2014

HATI INI UNTUKMU 7

“Hai, Farisha. Macam mana dengan keputusan kamu berdua??Kamu bersetuju??”Puan Aida bertanya kepada anak daranya yang seorang itu.

“Mama…..”, Hakim cuba memulakan perbualan.

“Mak dan ayah. Sebenarnya Hakim dan Isha dah bercadang nak bertunang tetapi rasanya selepas Isha habis belajar dan Hakim sudah mengukuhkan kewangannya. Bolehkan??” Farisha memotong kata-kata Hakim sebelum Hakim sempat meneruskan bicaranya.

“Isha dah fikir masak-masak??Hakim pun??”kini Puan Laila pula mula membuka bicara.

Farisha dan Hakim hanya mengangguk tanda bersefahaman antara mereka. Sebenarnya Hakim berasa simpati pada Farisha dan Farisha pula kalau boleh dia ingin mengikat Hakim supaya menjadi jodohnya. Tetapi Farisha tahu itu semua kerja Tuhan. Dia redha seandainya dalam tempoh masa yang ditentukan, Hakim masih tidak boleh menerimanya.

Puan Laila, Puan Aida, Encik Zain dan Encik Ahmadi hanya bersetuju sahaja keputusan yang telah dibuat oleh mereka berdua. Biar takdir sahaja menentukan ini semuanya.  


Tahun 2010

Hakim melangkah satu persatu kelas dan mengenang kembali kisah lama saat pertama kali bertemu dengan Aina. Dia ingat lagi kisah itu. Dia merupakan seorang pengawas dan pada ketika itu dia selalu perhatikan Aina yang sentiasa bersendirian. Semua pelajar memulaukannya kerana ibunya dikhabarkan meninggal disebabkan penyakit HIV Aids. Aina sentiasa keseorangan, ayahnya pula selalu sibuk keluar kerana ayahnya merupakan seorang arkitek. Walaupun dia orang yang senang tetapi hidupnya tidak bahagia.

Hakim sedang menguruskan pelajar untuk memasuki kelas selepas rehat. Dia melihat ada seorang pelajar perempuan yang sedang ditolak ke dinding oleh pelajar yang sebaya dengannya. Mereka sedang membuli Aina dan dia pun tidak pasti apa-apa yang dikendakkan oleh sekumpulan pelajar lelaki tersebut. Hakim merasakan ini merupakan tugas dia dan dia tidak boleh berputih mata. Hakim meminta kawannya menjaga dan dia meluru ke arah Aina.

Hakim berdiri di depan Aina. “Apa yang awak nak dari pelajar perempuan ni??”

“Kami nak duit. Dia ada hutang dengan kami.”

“Jangan nak menipulah. Aina ni anak orang senang. Atau pun kamu semua yang ada hutang dengan dia???”

Salah seorang daripada kumpulan budak lelaki tersebut, menapak satu langkah ke hadapan dengan menggenggam penumbuk dan bersedia untuk menghadiahkannya pada Hakim. Ketua kumpulannya menahan.

“Rileks dulu, Reksha. Ni dalam sekolah. Luar sekolah nanti siaplah dia.” Aiman yang merupakan ketua kumpulan kepada empat orang ahlinya itu memulangkan ugutan keras kepada Hakim. Mereka berlalu pergi, Hakim menarik nafas lega. Aina yang sejak tadi mendiamkan diri, membuka langkah untuk melarikan diri dari Hakim. Hakim lantas menarik lengan baju Aina. Dia tahu bahawa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh berpegangan tangan.

“Lepaskan boleh tak???”Aina bernada suara keras.

“Saya tak nak lepaskan selagi awak tak bagi tahu apa yang pelajar lelaki tu nak???”

“Dia nak duit saya. Kan jawapan tadi awak dah bagi tahu pada diorang.”

“Yelah-yelah. Orang dah tak sudi nak bagi tahu kita. Nak buat macam mana lagi kan…..hehe”
Muka Aina bertukar merah padam. Dia memalingkan wajahnya daripada Hakim dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Hakim memanggil Aina daripada jauh.

“Aina….aina….!!!!”

Hakim tersedar dariapada lamunannya. Dia sedang bersandar pada bahagian di sebelah dinding kantin tempat pertama kali dia bertemu dengan Aina.  Dia berniat untuk ke bekas kelas Aina dan Farisha pula. Tiba-tiba dia terserempak dan terlanggar bahu seseorang yang bertembung dengannya di selekoh bahagian masuk laluan ke kelas. Hakim cepat-cepat menunduk mengambil barang-barang yang tersebar di atas lantai tersebut. Hakim bangun dan ingin menyerahkan barang tersebut kepada manusia yang telah bertembung dengannya.

“Nah. Ni barang awak. Maaf saya tak sengaja langgar tadi……”kata-kata Hakim terus terhenti apabila matanya bertentangan dengan orang yang dilanggarnya tadi.

“Aina……???”

Gadis tersebut terus mengambil barangnya daripada tangan Hakim dan ingin berlalu pergi. Gadis tersebut berjalan dan cuba berjalan jauh lagi. Hakim tidak melepaskan peluangnya dan mengejar dan berhadapan dengan gadis tersebut.

“Sampai bila Aina nak lari dari Hakim???”

Gadis tersebut tunduk dan mula mengalirkan air mata.

“….sebab saya dah tahu Farisha dah meninggalkan Hakim buat selama-lamanya dan saya dah….”

“…..buat apa Aina nak sedih. Bukan Aina ke dulu yang tinggalkan Hakim dan pergi tanpa berita. Aina seronok tengok Hakim jadi macam ni. Bukan???”

“Aina minta maaf. Aina tak boleh lama kat sini. Lagi lama Aina kat sini, lagi banyak tomahan dan hinaan yang akan Aina terima dari Hakim.”

Hakim tersedar bahawa dia telah memarahi Aina. Dia hanya ingin meluahkan rasa rindunya yang telah lama tersimpan sebagai seorang kawan kepada Aina.

“Saya minta maaf Aina. Saya tak sengaja.”

Aina hanya menundukkan mukanya. Dia tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan Hakim. Orang pertama yang telah berjaya mencuri hatinya. Walaupun itu merupakan cinta monyet. Tetapi tetap cinta pertamanya antara hamba-Nya.

“Aina, saya dah tahu kisah antara awak dengan Farisha. Awak dengan Farisha bergaduh bukan???”
“Sudahlah Hakim. Perkara yang lepas. Lagipun arwah Farisha dah selamat. Biarlah dia pergi dengan tenang.”

“Saya tak bermaksud nak mengungkit tapi arwah sendiri cerita pada saya dan dia meminta maaf pada awak, Aina dan berharap awak dengan saya……”


Hakim berhenti kata-kata apabila dia terdengar bunyi tapak yang semakin mendekati mereka berdua. Hakim melihat perubahan wajah di muka Aina yang menghadap belakang Hakim. Hakim merasakan sesuatu tidak kena. Dia memalingkan wajahnya ke belakang. Dia dapat melihat seoarang lelaki sedang menghampiri mereka. Lelaki tersebut tersenyum mesra dan mengangkat tangannya sebagai sapaan kepada Hakim.

Tuesday, April 1, 2014

HATI INI UNTUKMU 6

Tahun 2005

Tujuh tahun berlalu,Yusoff berada di sekolah berasrama penuh. Aina masih bersekolah di sekolah menengah di tempatnya bersama Farisha. Walaupun dia sudah tidak berkawan dengan Hakim tetapi dia masih berkawan dengan Farisha. Dia selalu nampak Hakim berjumpa dengan Farisha setiap kali Hakim mempunyai cuti semester. Aina hanya memandang dan berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Sekarang umur mereka 17 tahun dan Hakim pula sedang menuntut di universiti dan mengambil bidang kedoktoran. Aina dan Yusoff juga semakin rapat. Sehinggakan bapa Yusoff seolah-olah merestui hubungan mereka.
           
              Yusoff sentiasa membawa Aina pulang ke rumahnya. Bapa Yusoff, Tuan Syed Ali dan mama Yusoff, Puan Sharifah Zahra memang sudah biasa dengan kehadiran Aina disitu. Dia tahu mereka belajar bersama kerana tidak lama lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula. Yusoff sudah melepasi waktu itu tetapi dia mahu menolong Aina. Aina perlu belajar dengan lebih tekun sambil ditemani oleh guru tuisyen Yusoff yang seringkali ada sekali setiap kali mereka belajar untuk menuntut ilmu.
Sementara di rumah Farisha, mak Farisha dan mama Hakim sedang berbual di ruang tamu. Farisha menghidangkan minuman kepada tetamu. Bapa Hakim, En. Zain dan En. Ahmadi, bapa Farisha juga ada di situ. Hakim berada di rumahnya dan sedang menyiapkan tugasan untuk di hantar kepada pensyarahnya secara online.

“Ila. Hakim dan Isha dah besarkan….” Puan Aida memulakan perbualan.

“Aah. Lagipun saya dah anggap Isha tu macam anak saya. Apa kata lepas Isha tamat SPM, kita tunangkan mereka?” Puan Laila mula merancakkan perbualan.

“Saya setuju dengan Ila tetapi eloklah kita bertanya pada tuan punya badan dulu….nanti dikatakan memaksa pulak.”

“Tapi saya rasa Hakim bersetuju je. Saya telefon Hakim minta datang sekejap. Bolehlah nanti dia berbincang ye tak, bang?” Puan Laila menepuk peha suaminya.

En. Zain terkejut. Dia leka berbual dengan En. Ahmadi pasal soal perniagaan dan pekerjaan masing-masing. Mereka sudah lama tidak berjumpa kerana terlalu sibuk. Pada masa cuti ini sajalah dapat mereka berbual mesra dan bertanya khabar. Tetapi telah diganggu oleh Puan Laila.

“Bukan terlalu cepat sangat ke diorang nak tunang? Farisha tu belum lagi habis sekolah.” En. Zain membantah dalam gurauan.

“Tunang je. Lagipun saya dah anggap Hakim tu macam anak saya. Lepas habis belajar nanti bolehlah bekerja di klinik saya.” En. Ahmadi menyokong pendapat kedua-dua wanita.

“Boleh ke?.....”

“Assalammualaikum.”

Belum sempat En.Zain menghabiskan kata-katanya, Hakim telah pun muncul di muka pintu dengan senyuman.

“Waalaikumussalam. Masuklah Hakim. Ada hal yang kami nak bincangkan dengan kamu ni.” En. Ahmadi menjawab salam. Hakim menyalami Pn. Laila dan En.Ahmadi.

“Laila dan Puan Aida saya minta bincang dengan orang perempuan di dalam bilik. Bagitahu kejap lagi keluar, bincang dengan Hakim. Macam mana dengan keputusan mereka?” sambung lagi En. Ahmadi.

Mengambil masa setengah jam. En. Zain dan En. Ahmadi berbincang bersama-sama dengan Hakim. Begitu juga dengan Farisha. Setelah Farisha keluar daripada bilik, Hakim dan Farisha meminta diri keluar ke taman untuk berbincang. Mereka berdua duduk di kerusi laman rumah Farisha. Mereka berdua terdiam dahulu kerana terkejut dengan keputusan kedua orang tua mereka untuk menjodohkan mereka berdua. Hakim cuba memulakan perbualan.

“Isha macam mana? Adakah Isha terima dengan cadangan kedua-dua orang tua kita?”

“Keputusan ada pada Hakim untuk terima atau tak? Isha memang sudah lama sukakan Hakim. Cuma…. cuma Hakim yang tak pernah pandang Isha!” Hakim tersentak.

“Hati Hakim masih ada pada Aina. Walaupun Aina sudah tidak mahu dengan Hakim. Hakim akan menanti dia. Biar takdir menentukan.” Hakim cuba membuat Farisha faham.

“Isha tidak kisah. Tetapi Isha tak mahu mengecewakan kedua ibu bapa Isha. Harap Hakim faham.”

“Isha….” Belum sempat Hakim menghabiskan kata.

“……Isha akan cakap, kita akan bertunang setelah Isha habis belajar di universiti. Dalam masa yang sama, keputusan Hakim mungkin akan berubah….”

“Hakim tak nak Isha mengharap tetapi kalau ada jodoh….”

“Hakim nak Isha tunggu Hakim atau lupakan sahaja hubungan serius ini?”

“Kalau Hakim suruh Isha tunggu….Hakim tak nak Isha mengharap dan kalau Hakim kata lupakan Hakim……Hakim takkan pernah suruh Isha buat macam tu. Apa-apa pun semua keputusan Isha yang perlu buat. Hakim harap Isha faham. Tiada istilah menuggu atau melupakan dalam perhubungan.”

“Isha berserah sahaja…..Hakim buatlah keputusan terbaik. Kita akan cakap kepada kedua orang tua kita seperti yang Isha cakapkan tadi. Kita akan bertunang selepas Isha dan Hakim bersedia. Ok?”


Farisha mengesatkan air matanya dan memberikan senyuman pada Hakim. Hakim mengangguk setuju. Mereka bergerak masuk ke dalam rumah. Ibu bapa mereka menunggu kata putus daripada mereka berdua. Keputusan yang dilontarkan adalah seperti yang mereka bincang. Akhirnya, keputusan itulah yang terbaik buat mereka berdua.