Tuesday, April 1, 2014

HATI INI UNTUKMU 6

Tahun 2005

Tujuh tahun berlalu,Yusoff berada di sekolah berasrama penuh. Aina masih bersekolah di sekolah menengah di tempatnya bersama Farisha. Walaupun dia sudah tidak berkawan dengan Hakim tetapi dia masih berkawan dengan Farisha. Dia selalu nampak Hakim berjumpa dengan Farisha setiap kali Hakim mempunyai cuti semester. Aina hanya memandang dan berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Sekarang umur mereka 17 tahun dan Hakim pula sedang menuntut di universiti dan mengambil bidang kedoktoran. Aina dan Yusoff juga semakin rapat. Sehinggakan bapa Yusoff seolah-olah merestui hubungan mereka.
           
              Yusoff sentiasa membawa Aina pulang ke rumahnya. Bapa Yusoff, Tuan Syed Ali dan mama Yusoff, Puan Sharifah Zahra memang sudah biasa dengan kehadiran Aina disitu. Dia tahu mereka belajar bersama kerana tidak lama lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula. Yusoff sudah melepasi waktu itu tetapi dia mahu menolong Aina. Aina perlu belajar dengan lebih tekun sambil ditemani oleh guru tuisyen Yusoff yang seringkali ada sekali setiap kali mereka belajar untuk menuntut ilmu.
Sementara di rumah Farisha, mak Farisha dan mama Hakim sedang berbual di ruang tamu. Farisha menghidangkan minuman kepada tetamu. Bapa Hakim, En. Zain dan En. Ahmadi, bapa Farisha juga ada di situ. Hakim berada di rumahnya dan sedang menyiapkan tugasan untuk di hantar kepada pensyarahnya secara online.

“Ila. Hakim dan Isha dah besarkan….” Puan Aida memulakan perbualan.

“Aah. Lagipun saya dah anggap Isha tu macam anak saya. Apa kata lepas Isha tamat SPM, kita tunangkan mereka?” Puan Laila mula merancakkan perbualan.

“Saya setuju dengan Ila tetapi eloklah kita bertanya pada tuan punya badan dulu….nanti dikatakan memaksa pulak.”

“Tapi saya rasa Hakim bersetuju je. Saya telefon Hakim minta datang sekejap. Bolehlah nanti dia berbincang ye tak, bang?” Puan Laila menepuk peha suaminya.

En. Zain terkejut. Dia leka berbual dengan En. Ahmadi pasal soal perniagaan dan pekerjaan masing-masing. Mereka sudah lama tidak berjumpa kerana terlalu sibuk. Pada masa cuti ini sajalah dapat mereka berbual mesra dan bertanya khabar. Tetapi telah diganggu oleh Puan Laila.

“Bukan terlalu cepat sangat ke diorang nak tunang? Farisha tu belum lagi habis sekolah.” En. Zain membantah dalam gurauan.

“Tunang je. Lagipun saya dah anggap Hakim tu macam anak saya. Lepas habis belajar nanti bolehlah bekerja di klinik saya.” En. Ahmadi menyokong pendapat kedua-dua wanita.

“Boleh ke?.....”

“Assalammualaikum.”

Belum sempat En.Zain menghabiskan kata-katanya, Hakim telah pun muncul di muka pintu dengan senyuman.

“Waalaikumussalam. Masuklah Hakim. Ada hal yang kami nak bincangkan dengan kamu ni.” En. Ahmadi menjawab salam. Hakim menyalami Pn. Laila dan En.Ahmadi.

“Laila dan Puan Aida saya minta bincang dengan orang perempuan di dalam bilik. Bagitahu kejap lagi keluar, bincang dengan Hakim. Macam mana dengan keputusan mereka?” sambung lagi En. Ahmadi.

Mengambil masa setengah jam. En. Zain dan En. Ahmadi berbincang bersama-sama dengan Hakim. Begitu juga dengan Farisha. Setelah Farisha keluar daripada bilik, Hakim dan Farisha meminta diri keluar ke taman untuk berbincang. Mereka berdua duduk di kerusi laman rumah Farisha. Mereka berdua terdiam dahulu kerana terkejut dengan keputusan kedua orang tua mereka untuk menjodohkan mereka berdua. Hakim cuba memulakan perbualan.

“Isha macam mana? Adakah Isha terima dengan cadangan kedua-dua orang tua kita?”

“Keputusan ada pada Hakim untuk terima atau tak? Isha memang sudah lama sukakan Hakim. Cuma…. cuma Hakim yang tak pernah pandang Isha!” Hakim tersentak.

“Hati Hakim masih ada pada Aina. Walaupun Aina sudah tidak mahu dengan Hakim. Hakim akan menanti dia. Biar takdir menentukan.” Hakim cuba membuat Farisha faham.

“Isha tidak kisah. Tetapi Isha tak mahu mengecewakan kedua ibu bapa Isha. Harap Hakim faham.”

“Isha….” Belum sempat Hakim menghabiskan kata.

“……Isha akan cakap, kita akan bertunang setelah Isha habis belajar di universiti. Dalam masa yang sama, keputusan Hakim mungkin akan berubah….”

“Hakim tak nak Isha mengharap tetapi kalau ada jodoh….”

“Hakim nak Isha tunggu Hakim atau lupakan sahaja hubungan serius ini?”

“Kalau Hakim suruh Isha tunggu….Hakim tak nak Isha mengharap dan kalau Hakim kata lupakan Hakim……Hakim takkan pernah suruh Isha buat macam tu. Apa-apa pun semua keputusan Isha yang perlu buat. Hakim harap Isha faham. Tiada istilah menuggu atau melupakan dalam perhubungan.”

“Isha berserah sahaja…..Hakim buatlah keputusan terbaik. Kita akan cakap kepada kedua orang tua kita seperti yang Isha cakapkan tadi. Kita akan bertunang selepas Isha dan Hakim bersedia. Ok?”


Farisha mengesatkan air matanya dan memberikan senyuman pada Hakim. Hakim mengangguk setuju. Mereka bergerak masuk ke dalam rumah. Ibu bapa mereka menunggu kata putus daripada mereka berdua. Keputusan yang dilontarkan adalah seperti yang mereka bincang. Akhirnya, keputusan itulah yang terbaik buat mereka berdua.

No comments:

Post a Comment