Sunday, April 13, 2014

HATI INI UNTUKMU 7

“Hai, Farisha. Macam mana dengan keputusan kamu berdua??Kamu bersetuju??”Puan Aida bertanya kepada anak daranya yang seorang itu.

“Mama…..”, Hakim cuba memulakan perbualan.

“Mak dan ayah. Sebenarnya Hakim dan Isha dah bercadang nak bertunang tetapi rasanya selepas Isha habis belajar dan Hakim sudah mengukuhkan kewangannya. Bolehkan??” Farisha memotong kata-kata Hakim sebelum Hakim sempat meneruskan bicaranya.

“Isha dah fikir masak-masak??Hakim pun??”kini Puan Laila pula mula membuka bicara.

Farisha dan Hakim hanya mengangguk tanda bersefahaman antara mereka. Sebenarnya Hakim berasa simpati pada Farisha dan Farisha pula kalau boleh dia ingin mengikat Hakim supaya menjadi jodohnya. Tetapi Farisha tahu itu semua kerja Tuhan. Dia redha seandainya dalam tempoh masa yang ditentukan, Hakim masih tidak boleh menerimanya.

Puan Laila, Puan Aida, Encik Zain dan Encik Ahmadi hanya bersetuju sahaja keputusan yang telah dibuat oleh mereka berdua. Biar takdir sahaja menentukan ini semuanya.  


Tahun 2010

Hakim melangkah satu persatu kelas dan mengenang kembali kisah lama saat pertama kali bertemu dengan Aina. Dia ingat lagi kisah itu. Dia merupakan seorang pengawas dan pada ketika itu dia selalu perhatikan Aina yang sentiasa bersendirian. Semua pelajar memulaukannya kerana ibunya dikhabarkan meninggal disebabkan penyakit HIV Aids. Aina sentiasa keseorangan, ayahnya pula selalu sibuk keluar kerana ayahnya merupakan seorang arkitek. Walaupun dia orang yang senang tetapi hidupnya tidak bahagia.

Hakim sedang menguruskan pelajar untuk memasuki kelas selepas rehat. Dia melihat ada seorang pelajar perempuan yang sedang ditolak ke dinding oleh pelajar yang sebaya dengannya. Mereka sedang membuli Aina dan dia pun tidak pasti apa-apa yang dikendakkan oleh sekumpulan pelajar lelaki tersebut. Hakim merasakan ini merupakan tugas dia dan dia tidak boleh berputih mata. Hakim meminta kawannya menjaga dan dia meluru ke arah Aina.

Hakim berdiri di depan Aina. “Apa yang awak nak dari pelajar perempuan ni??”

“Kami nak duit. Dia ada hutang dengan kami.”

“Jangan nak menipulah. Aina ni anak orang senang. Atau pun kamu semua yang ada hutang dengan dia???”

Salah seorang daripada kumpulan budak lelaki tersebut, menapak satu langkah ke hadapan dengan menggenggam penumbuk dan bersedia untuk menghadiahkannya pada Hakim. Ketua kumpulannya menahan.

“Rileks dulu, Reksha. Ni dalam sekolah. Luar sekolah nanti siaplah dia.” Aiman yang merupakan ketua kumpulan kepada empat orang ahlinya itu memulangkan ugutan keras kepada Hakim. Mereka berlalu pergi, Hakim menarik nafas lega. Aina yang sejak tadi mendiamkan diri, membuka langkah untuk melarikan diri dari Hakim. Hakim lantas menarik lengan baju Aina. Dia tahu bahawa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh berpegangan tangan.

“Lepaskan boleh tak???”Aina bernada suara keras.

“Saya tak nak lepaskan selagi awak tak bagi tahu apa yang pelajar lelaki tu nak???”

“Dia nak duit saya. Kan jawapan tadi awak dah bagi tahu pada diorang.”

“Yelah-yelah. Orang dah tak sudi nak bagi tahu kita. Nak buat macam mana lagi kan…..hehe”
Muka Aina bertukar merah padam. Dia memalingkan wajahnya daripada Hakim dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Hakim memanggil Aina daripada jauh.

“Aina….aina….!!!!”

Hakim tersedar dariapada lamunannya. Dia sedang bersandar pada bahagian di sebelah dinding kantin tempat pertama kali dia bertemu dengan Aina.  Dia berniat untuk ke bekas kelas Aina dan Farisha pula. Tiba-tiba dia terserempak dan terlanggar bahu seseorang yang bertembung dengannya di selekoh bahagian masuk laluan ke kelas. Hakim cepat-cepat menunduk mengambil barang-barang yang tersebar di atas lantai tersebut. Hakim bangun dan ingin menyerahkan barang tersebut kepada manusia yang telah bertembung dengannya.

“Nah. Ni barang awak. Maaf saya tak sengaja langgar tadi……”kata-kata Hakim terus terhenti apabila matanya bertentangan dengan orang yang dilanggarnya tadi.

“Aina……???”

Gadis tersebut terus mengambil barangnya daripada tangan Hakim dan ingin berlalu pergi. Gadis tersebut berjalan dan cuba berjalan jauh lagi. Hakim tidak melepaskan peluangnya dan mengejar dan berhadapan dengan gadis tersebut.

“Sampai bila Aina nak lari dari Hakim???”

Gadis tersebut tunduk dan mula mengalirkan air mata.

“….sebab saya dah tahu Farisha dah meninggalkan Hakim buat selama-lamanya dan saya dah….”

“…..buat apa Aina nak sedih. Bukan Aina ke dulu yang tinggalkan Hakim dan pergi tanpa berita. Aina seronok tengok Hakim jadi macam ni. Bukan???”

“Aina minta maaf. Aina tak boleh lama kat sini. Lagi lama Aina kat sini, lagi banyak tomahan dan hinaan yang akan Aina terima dari Hakim.”

Hakim tersedar bahawa dia telah memarahi Aina. Dia hanya ingin meluahkan rasa rindunya yang telah lama tersimpan sebagai seorang kawan kepada Aina.

“Saya minta maaf Aina. Saya tak sengaja.”

Aina hanya menundukkan mukanya. Dia tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan Hakim. Orang pertama yang telah berjaya mencuri hatinya. Walaupun itu merupakan cinta monyet. Tetapi tetap cinta pertamanya antara hamba-Nya.

“Aina, saya dah tahu kisah antara awak dengan Farisha. Awak dengan Farisha bergaduh bukan???”
“Sudahlah Hakim. Perkara yang lepas. Lagipun arwah Farisha dah selamat. Biarlah dia pergi dengan tenang.”

“Saya tak bermaksud nak mengungkit tapi arwah sendiri cerita pada saya dan dia meminta maaf pada awak, Aina dan berharap awak dengan saya……”


Hakim berhenti kata-kata apabila dia terdengar bunyi tapak yang semakin mendekati mereka berdua. Hakim melihat perubahan wajah di muka Aina yang menghadap belakang Hakim. Hakim merasakan sesuatu tidak kena. Dia memalingkan wajahnya ke belakang. Dia dapat melihat seoarang lelaki sedang menghampiri mereka. Lelaki tersebut tersenyum mesra dan mengangkat tangannya sebagai sapaan kepada Hakim.

No comments:

Post a Comment