Tuesday, May 6, 2014

HATI INI UNTUKMU 10

Semakin dekat langkahnya mendekati lelaki tersebut, semakin dia dapat melihat jelas wajah lelaki tersebut. Ya Allah, Hakim! Hati Aina berdegup kencang. Kenapa dia ada di sini pula? Agaknya dia nampak tak aku keluar dari kedai baju pengantin tadi? Banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya. Dia sekarang betul-betul berdiri di hadapan Hakim.

Hakim memulakan bicaranya.

“Aina buat apa di sini?”

 Aina cuba mengawal mimik wajahnya untuk tidak nampak dia tidak selesa dengan kehadiran Hakim. Kejutan bertemu dengan Hakim semula seperti dirasakan tahap kuasa yamaha. Perlu kawal Aina. Perlu kawal. Detik hati Aina.

“Saja jalan-jalan kat sini. Tengok-tengok barang kejap.” Aina memaniskan muka

“Aina rasa tak selesa ke? Muka pucat semacam je?”

“Em….tak adalah.”

“Tadi Hakim nampak Aina baru keluar dari kedai Butik Baju Pengantin….”

“Aah……saja tengok…baju pengantin dalam tu semuanya cantik-cantik.”
Aina jawab bersahaja. Dia tahu kalau dia Nampak gelabah pasti Hakim akan member seribu satu pertanyaan.

“Owh…”

Hakim Nampak berpuas hati dengan jawapan Aina.

“Kalau macam tu jom makan sama-sama. Lagipun tak lama lagi Hakim akan pergi luar Negara.”

Kenapa dengan pak cik ni? Nak ajak makan-makan pulak! Kalau Yusoff Nampak macam mana? Hati Aina tak menentu.

“Aina?”

“Ye….boleh je tapi sekejap je tau.”

Aina dan Hakim berjalan menuju ke arah restoran yang berdekatan. Mereka duduk berdua seperti mana keadaan semasa mereka di sekolah rendah dulu. Masing-masing ketawa. Teringat zaman mereka semasa sekolah dahulu tapi begitu juga kata-kata maaf yang terbit setelah bertahun-tahun tidak jumpa. Sedang mereka leka berbual, tanpa disedari ada mata yang sedang memerhati gelagat mereka. Orang yang sedang memerhati itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam segala tingkah laku mesra Hakim dan Aina.
Usai sahaja makan, Hakim mengeluarkan sepucuk surat yang berada di dalam poketnya. Dia memberikan surat tersebut pada Aina. Aina membuka surat tersebut. Hakim meminta diri sebelum Aina membuka surat itu. Hakim berlalu pergi tanpa menoleh pada Aina lagi. Surat yang diterimanya seolah-olah sudah dimamah usia kerana kepingannya dilihat sedikit kekuningan.

Assalammualaikum…..
Buat Aina Suhana. Apa khabar sahabat? Mungkin…..tidak. Apa khabar kekasih? Mungkin juga tidak. Susah untuk ditafsirkan maksud sebenar hubungan kita. Hari ni aku bakal membuat keputusan besar dalam hidup. Menunggu kelibatmu yang tidak kunjung tiba membuatkan aku yakin bahawa keputusan  ini betul. Menjadikan pengganti lain untuk menjadi suri dalam hidupku mungkin sudah termaktub. Menunggu kau berdua dewasa. Akhirnya aku merasakan bahawa Isha adalah kekasih yang sesuai untuk menggantikanmu. Tetapi aku ternampak kelibatmu semasa aku berada di luar negara. Aku bertanya-tanya. Benarkah engkau yang ku lihat? Sebelum aku membuat keputusan terakhir, aku berniat untuk melupakanmu. Alhamdulillah. Mungkin ini takdirku… aku mencintai Isha selepas itu. Tersangat sayang dan tersangat cinta.
                                                                                                                        Yang Benar,
                                                                                                                        Hakim (2003)

Aina menyambung bacaannya. Di belakangnya tersimpan surat baru. Aina membuka dan membacanya.

Assalammualaikum…

Setelah kehilangan Isha, dalam mengenang kembali kisah lama. Aku terserempak dengan kau, Aina. Masih tidak berubah tetapi entah kenapa kecantikan kau makin menyerlah dan mampu membuat kumbang-kumbang yang berada di sekelilingmu ingin menjadikan kemanisanmu sebagai miliknya. Mungkin akulah salah satu kumbangnya. Terasa seperti jatuh cinta buat kali kedua. Tetapi bagaimana? Kerana Ia bakal dimiliki oleh seseorang yang pernah menggantikan tempat ku sehingga kini. Aku tahu kau bakal menjadi milik Yusoff. Tak perlu sembunyi dan tidak perlu menyembunyikannya. Bukankah aku sebagai seorang teman sepermainanmu seronok melihat sahabatnya bahagia. Semoga bahagia ke anak cucu. Walaupun waktu majlis kahwin nanti aku tidak dapat hadir. Aku doakan kamu berdua bahagia. Salam terakhir. Mungkin selepas ini aku takkan dapat jumpamu lagi. Aina.

Aina terkedu dan air matanya mengalir. Saat dia mengangkat muka, Hakim sudah tiada. Tiada buat kali kedua dan selama-lamanya. Hakim membawa diri ke luar negara. Cinta yang mereka berdua cipta akhirnya menjadi satu penghujung yang sudah ditakdirkan.

No comments:

Post a Comment