Friday, May 30, 2014

HATI INI UNTUKMU 11

10 Tahun Kemudian

Aina membuka telekung setelah habis solat isyak bersama suaminya, Yusoff. Dia pergi ke arah Yusoff dan menyalami suaminya dengan penuh rasa bahagia. Ciuman di dahi Yusoff hadiahkan buat Aina. Aina tersenyum. Anaknya, Hakim, Balqis dan Farisha jalan menyalami umi dan abahnya. Farisha yang paling kecil berumur 5 tahun duduk dipangkuan Aina setelah memastikan tiada lagi kerja yang uminya buat.                     

"Farisha nak apa, sayang?" Aina bertanya kepada Farisha sambil membuka telekung kecil anak gadisnya.

"Fari....Fari...sha....nak...nak..makan...lapar." Betah anak kecilnya satu persatu.

Yusoff dari kejauhan melihat Aina melayan anak-anak mereka. Tiada disangka sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Aina. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Detik hati Yusoff.
Hakim mendekati Yusoff.

"Abah. Besok abah nak ajak kita pergi bercutikan. Nak pergi mana ye??"

Hakim yang merupakan anak sulungnya sudah berumur 9 tahun memang pantang kalau bila dikatakan pasal jalan. Memang serupa perangainya seperti Hakim, bekas buah hati isterinya. 

"Ye Hakim. Besok kita pergi jalan-jalan ke Pulau Pangkor. Tapi...."

"Tapi apa?..."

"...sebelum tu kita pergi kubur arwah papa Hakim....Hakim tak rindu dengan papa?"

"Rindu...." Hakim memberikan senyuman padaYusoff.

Hakim memeluk Yusoff kerana terasa rindunya pada arwah papanya. Aina mendukung Farisha dan membawa Balqis yang berumur 7 tahun bersamanya kemeja makan. Yusoff pula membawa Hakim ke meja makan. Aina berlalu ke dapur. 

"Sayang masak apa hari ni?" Yusoff memeluk Aina daripada belakang.

"Saya masak makanan kegemaran abanglah. Abang kan suka makanan western." Aina meneruskan kerjanya walaupun diganggu Yusoff.

Yusoff melepaskan pelukannya dan berlalu. Aina yang merasakan kehilangan Yusoff terus memalingkan badannya ke belakang.

"Abang.....boleh tolong saya tak?" dengan gayanya yang manja.

"Ye sayang. Sayang nak apa?"

"Tolong bawakan pinggan ke depan. Cepat jugak kita makan nanti."

"Ok. Untuk sayang. Apa saja abang sanggup buat." Yusoff mengambil perkakas untuk makan. Balqis dan Farisha dibiarkan pada Hakim sahaja untuk menjaganya.

Aina memerhatikan gelagat Yusoff yang selalu menggembirakan hati dia daripada sekolah dahulu sehinggalah sekarang. Dia memang seorang yang setia. Tersentuh hati Aina. Aina meletakkan lauk dan nasi di atas meja. Yusoff memanggil anak-anak mereka ke meja makan. Aina mendapatkan Farisha. Mereka sekeluarga makan dengan penuh bahagia. Yusoff yang selalu hanya ada pada hujung minggu menambahkan keeratan hubungan mereka ketika berjauhan.


Aina leka membasuh pinggan dan mengemas dapur sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Anak-anak dibiarkan tinggal bersama Yusoff untuk menonton televisyen. Tambah-tambah lagi Hakim  yang sangat rapat dan menggemari apa-apa yang abahnya buat. Aina mengeringkan tangan dia dan berlalu ke ruang tamu. Keadaan sungguh sunyi dan kelihatan empat beranak sudah lena di sofa. Dia mendekati sofa selangkah demi selangkah. Melihat keadaan yang seperti itu entah kenapa hati Aina berasa sayu dengan Hakim yang lena di peha suaminya. Tidak sanggup dirasakan untuk mengejut Yusoff. Aina mengusap rambut Yusoff perlahan-lahan.

"Abang..bangun bang. Dah pukul 12.30 ni." Aina mengejut Yusoff dengan suara yang perlahan agar anak-anak mereka tidak terkejut. Hm...penat agaknya. Aina ingin berlalu mengambil selimut. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang.

"Sayang. Nak tinggalkan abang dengan anak-anak je ke?" Yusoff membuka matanya dan menghadiahkan senyuman nakal pada Aina. 

"Abang ni. Buat saya terkejut je tau. Abang bawalah Hakim masuk bilik biar saya jagakan Balqis dan Farisha." Aina meminta Yusoff menghantar Hakim ke bilik anak  bujangnya sendiri. Yusoff mengangguk dan mengangkat Hakim.

Terakhir sekali, Aina mengangkat Farisha dan Yusoff mengangkat Balqis. Selepas meletakkan mereka, Aina berlalu pergi ke bilik mereka. Yusoff mengekori Aina selepas menutup pintu bilik anak mereka. Saat Yusoff melangkah masuk bilik, dia terkejut melihat Aina yang duduk dibirai katil sambil menatap gambar perkahwinan. Melihat Aina yang mengesatkan air mata menyebabkan Yusoff berasa pilu. Dia mendekati Aina dan memegang tangan Aina.

"Sayang...kenapa ni?" Yusoff berhadapan dengan Aina.

Aina tidak memberi respon. Dia hanya memegang gambar ditangannya dengan erat.

"Sayang rindukan dia ke?"Yusoff bertanya lagi.

Kali ini Aina mengangkat muka dan mengangguk. Yusoff mengesat air mata Aina. Dia berasa pilu dengan kesedihan Aina dan merangkul Aina dalam dakapan. 

"Sayang...jangan diam. Buat abang risau je."Yusoff mengusap kepala Aina.

"Saya rindu dengan dia abang. Bila saya tengok Hakim, saya rasa rindu sangat pada dia."

"Kalau macam tu...esok kita jumpa dia ye."

Aina hanya diam. Dia berasa sangat selesa dalam dakapan Yusoff yang sehingga kini setia menjadi suaminya. Yusoff juga terdiam. Ini membuatkan Aina mengingat kembali kisah 10 tahun dahulu.

No comments:

Post a Comment