Friday, June 6, 2014

HATI INI UNTUKMU 12

10 Tahun yang lalu

"Yusoff....apa yang awak cakap ni? Kita kan dah nak kahwin.."

"Aina. Tolonglah faham. Yusoff nak putuskan pertunangan ni. Tolonglah kahwin dengan Hakim. Hakim perlukan Aina untuk jaga dia...."

"Kenapa Hakim perlukan Aina?"

"Sebab Hakim....sebab Hakim...."

"Hakim kenapa?"

"Hakim menghidap penyakit kanser hati tahap empat. Tolonglah."

Aina tersentap. Oleh sebab penyakit itulah Hakim ingin membawa diri ke luar negara. Bersama hatinya yang berkecamuk. Aina terasa dirinya dipermainkan oleh Yusoff. Hatinya seperti  dibolak-balikkan. Dirinya seperti bola yang ditendang ke sana ke mari. Apakah maksudnya semua ini? Air matanya menitik tanpa henti. Sedih dengan dugaan yang mendatang pada Hakim dan sedih pada keputusan Yusoff yang bertekad untuk meninggalkan dia. 


Dalam perjalanan menuju ke hospital. Dia banyak berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk supaya dia dapat membuat keputusan yang terbaik buat dia, Hakim dan Yusoff. Yusoff ingin memutuskan pertunangannya bersama Aina. Semasa Yusoff menerangkan situasi yang sedang berlaku pada keluarganya, Umi dan Abinya sangat terkejut dan tidak dapat buat apa-apa melainkan terus bertanya kepada Aina. Aina hidup dalam kebingungan. Memang dia pernah ada hati dengan Hakim. Tetapi itu dulu.

       Sesampai sahaja di hospital, dia memasuki wad yang sekarang ini Hakim duduki. Dilihatnya Hakim sedang terbaring dengan tenang. Dia tidak sedarkan dirinya lagi. Detik hati Aina. Aina menjadi penunggu setia disisi Hakim. Keluarga Hakim baru sahaja beransur pulang dan dia teringat akan perbualannya bersama Puan Laila yang merupakan ibu Hakim. 

"Aina....tolonglah...buat sementara waktu, tangguhkan perkahwinan awak dengan Yusoff. Hakim nak sangat tengok Aina berkahwin dengan Yusoff." Puan Laila memegang erat tangan Aina semasa mereka berada di koridor hadapan bilik Hakim.

"Dah berapa lama Hakim sakit mak cik?" Aina cuba manahan air matanya.

"Dia tak pernah bagi tahu mak cik sebelum ini. Makcik dan pakcik tahu pun lepas dia tak sedarkan diri atas katil seminggu yang lalu." Puan Laila seperti tidak percaya akan penyakit Hakim.

"Mak cik tahu kamu pernah ada hati dengan Hakim dan maafkan mak cik sebab dulu mak cik tak pernah ambik tahu pasal kamu dan lebihkan Farisha." Puan Laila memegang erat tangan Aina dan memeluknya.

Ya Allah. Kuatkan hati aku. Tunjukkanlah aku yang mana perlu aku pilih. Doa hati Aina. Aina duduk sambil membaca surah Yassin agar Hakim sedar dari komanya. Pembedahan sudah dijalankan dan Hakim masih lagi tidak sedar. Aina sudah menjadi pelawat setia dan dia ingin melihat Hakim membuka mata. Tiba sahaja senja, Aina akan beransur pulang. Dia tidak lelah dan penat menunggu Hakim membuka mata.


Aina duduk bertelaku di dalam bilik tidurnya. Dia menghadap kekasih yang abadi pada waktu malam yang sangat mustajab doanya. Dia menadah tangan pada yang satu dan berdoa.

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlahkebahagiaan antara kami...
agar kemesraan itu abadi.....
Dan Ya Allah...ya Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepian yg sejahtera dan abadi....
Tetapi Ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku....maka bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku....dan peliharalah aku dr kekecewaan....
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekutan...melontarkan bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agar aku bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan Ya Allah....
Gantikanlah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah yang telah patah....
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku.....
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Ya Allah...cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hambaMU yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat....
Yang menjuruskan ke arah maksiat dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup....
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh.....
Dan Ya Allah......
Kau bahagiakanlah Hakim dan Yusoff walau apapun takdir yang tertulis....
Buat diriku dan mereka berdua.....
Amin..............

Aina menghabiskan doanya dan disitu dia mendapatkan ketengan hatinya yang resah dan gundah ini. Dengan doa yang dititipkannya, dia dapat berasa lena dengan dengan tidurnya dan dia redha menerima takdirnya walau pun apa-apa yang berlaku.


Pada keesokan paginya, Aina meminta kebenaran ayahnya untuk berjumpa dengan Yusoff. Walaupun sudah genap lapan hari pertunangan di antaraYusoff dan Aina tetapi dengan tidak bertemu dengan Yusoff, dirasakan bahawa sudah setahun tidak bertemu dengan Yusoff. Rindu dengan gurauan dan gelak tawa bekas tunangnya. Aina memulakan perjalannya ke rumah Yusoff. Sampai sahaja Aina memakirkan keretanya di hadapan rumah Yusoff. Ditekan loceng rumahnya tetapi tiada orang pun keluar dari rumah. Kelihatan ada kereta Yusoff tetapi tidak pula kereta ibu bapanya. Aina berasa tidak selesa dengan situasi yang berlaku. Dia cuba menelefon Yusoff tetapi pesanan suara yang membalasnya. 

          Aina teramnggu seketika dihadapan rumah Yusoff. Tiba-tiba kelihatan sebuak kereta sampai diperkarangan rumah Yusoff. Kelihatan umi dan abi Yusoff keluar dari kereta. Umi mendapatkan Aina dan Aina menyalam dan memeluk bekas bakal mak mertuanya. Ayah Yusoff pula melihat akan situasi yang berlaku dan mendekati Aina.

"Aina, kamu apa khabar?"Ayah Yusoff mula membuka kata.

"Alhamdulillah, Baik pak cik."Aina membalas kata-katanya dengan senyuman tanda hormat.

"Kamu cari Yusoff ke?" Umi bertanya kepada Aina setelah meleraikan pelukannya.

"Ye, mak cik." Aina sudah tidak lagi memanggilnya umi.

"Kenapa tak panggil umi. Lagipun kami dah anggap Aina ni macam anak kami. Walau pun kami tahu kamu tiada jodoh dengan Yusoff." Umi berharap hubungan mereka tidak renggang walaupun Aina dah Yusoff sudah tiada apa-apa lagi hubungan.

"Umi......pakcik....Yusoff ada kat mana ye? Sebab ingat nak jumpa dia. Telefon pun tak dapat.

Umi dan abi Yusoff menunjukkan riak muka yang terkejut. Aina pula pelik melihat reaksi mereka berdua. Muka ada seperti rasa bersalah pun ada.

"Sebenarnya.......Abang?" Umi seperti rasa bersalah untuk memberitahu Aina. Dia seperti bertanya kepada suaminya.

"Aina patut tahu benda ni. Kita tak boleh sorok-sorokkan. Aina bekas tunang Yusoff. Dia perlu tahu hal ni." Bapa Yusoff seperti menyuruh isterinya meneruskan penerangan.

Kenapa dengan Yusoff? Dengan perlakuan ibu bapa Yusoff, ia menyebabkan Aina berasa tidak sedap hati. Aina menunggu setiap kata-kata yang bakal didengarinya. Umi Yusoff mula membuka bicaranya. 

"Begini...sebenarnya....kami baru sahaja pulang dari lapangan terbang....dan...." Aina meuunggu.

".....dan sebenarnya kami menghantar Yusoff untuk ke Perancis dan....." belum sempat umi Yusoff menghabiskan kata-kata, Aina terus bersalam dengan umi dan meminta kebenaran abi untuk bertolak ke lapangan terbang.


Aina berasa tertekan. Dia menekan pedal kereta sehingga mencapai 130 km/j. Dia memandu dengan secepat yang mungkin menuju ke lapangan terbang antarabangsa. Sementara, Yusoff pula tinggal lagi satu jam untuk memasuki ke laman penerbangan. 

Aina sudah sampai di lapangan terbang dan bergerak masuk pantas ke dalam kawasan ruang legar yang menghubungkan ia terus ke bahagian penerbangan antarbangsa. Dia cuba meihat papan yang menunjukkan waktu penerbangan. Tinggal lagi 15 minit. Ini bermaksud, Yusoff mungkin sudah masuk dalam kelas penerbangannya tau belum. Aina tidak pasti. Dia masih tercari-cari kelibat Yusoff. Dia bergerak ke hadapan pintu masuk dan dilihatnya waktu penerbangan sudah tiba masanya. Dia melihat kapal tebang yang mebawa Yusoff mula meninggalkan landasan dan terbang jauh membawa peneman yang sentiasa menyerikan hidupnya. Aina menangis di tepi cermin. Dia duduk termanggun dan tiba-tiba dirasakan bahunya disentuh dari belakang.





No comments:

Post a Comment