Tuesday, October 27, 2015

One Side Love !

Tidak semua yang berada di dunia apa-apa yang telah dirancang dalam hidup akan dapat. Semua rencana ada pada-Nya. Setiap rahsia ada pada-Nya. Setiap hikmah ada pada-Nya. Bila dikatakan tentang cinta memang cinta itu indah. Sukar untuk digambarkan kerana ia terlalu bernilai di dalam kehidupan. Begitulah kehidupan yang tengah dihadapi oleh Mia. Merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di universiti. Dia suka mengingatkan kisah cinta 'one side love' dia dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Bila difikirkan balik memang sedih sebab tak terbalas. Tetapi bila sudah meningkat dewasa ini dia mula faham akan apa yang terjadi padanya.
 
Mia menganggap bahawa apa yang terjadi pada dirinya sebelum ini hanyalah cinta suka-suka atau cinta monyet. Tiba satu masa Mia memasuki universiti, perasaannya semakin matang. Dia tidak mahu hatinya kecewa dalam mengharapkan sesuatu. Jadi setiap perhubungannya cuba difahami. Bermulalah kisah cinta 'one side love' yang benar dalam kehidupan Mia.

Semester pertama bermula. Mia telah diletakkan di kolej kediaman yang amat popular. Kolej A yang sering menjadi sebutan antara empat kolej. Mia ditemani oleh keluarganya untuk mendaftar masuk.
Rumah tingkat empat menjadi tempat huninya buat sementara waktu. Rakan-rakan baru mula dijumpa di rumah tersebut. Semua pelajar semester satu termasuk dirinya adalah seramai 4 orang. Kamilah, Munirah dan Irdyna. Mereka semua mengambil kos yang berbeza kecuali Mia dan Kamilah mengambil kos yang sama iaitu Psikologi.

Hari menjelang hari, minggu orientasi kolej dan universiti semakin tamat. Pengumuman telah dibuat oleh senior. 

"Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli di dalam kelab bawah kolej, silalah ambil borang di kaunter."

Perbincangan antara Mia dan tiga rakan serumahnya bermula.

"Korang nak ambil apa?" Mia mula bersuara.

"Aku rasa aku nak ambik bahagian kesenian. Sebab aku minat bidang itu." Irdyna bersuara.

Mereka bertiga memandang Irdyna sambil tersenyum. 

Kali ini Munirah bersuara. "Kita tak tahu nak ambil apa lagi. Awak Mia?"

"Kita nak ambik sukanlah sebab kita suka bersukan.Kira main permainanlah...hehehehe"

Mereka berempat telah menghantar borang pada bahagian kelab masing-masing. Kamilah, Munirah dan Mia memilih kelab yang sama. Manakala Irdyna seorang sahaja memilih kelab yang berbeza.



No comments:

Post a Comment