Saturday, October 31, 2015

One Side Love !!

Setiap pelajar yang ingin menyertai kelab tersebut perlulah di temu duga oleh pengurusi kelab dan naib pengurusi kelab. Mia memang ingin menyetai kelab sukan tetapi dia dan dua kawannya yang lain tidak tahu bilakah dikeluarkan tarikh tersebut.

Apabila menjelang malam, pelajar pasti akan keluar membeli makanan. Mia memang suka menghabiskan duitnya pada makanan. Memang tidak hairanlah badannya agak sedikit gempal. Mia, Maisara, Irdyna dan Kamilah keluar membeli makanan. Mereka pulang sebelum habisnya maghrib. Sesampai sahaja mereka di depan pintu lif untuk naik ke tingkat empat, tiba-tiba mata Maisara tertangkap pada satu risalah.

Temuduga kelab sekian....sekian akan di adakan pada 17 September 2010. Melihat senarai kelab yang mengadakan temu duga, Maisara mendapati terdapat kelab sukan. Kamilah mula bersuara.

"Hari ni berapa haribulan yek?"

Maisara dan Mia meneka.

"Hari ni lah!!!" Mereka bersuara serentak.

Semua rasa gusar. Maklumlah baru pertama kali di temu duga dan tidak tahu soalan yang bakal dilontarkan.  Mereka menaiki lif dan menuju ke tingkat empat untuk bersiap sedia kerana 15 minit lagi mahu pergi ke bilik mesyuarat di bawah blok. Manakala Irdyna pula perlu ke bilik televisyen di bawah blok kediaman lelaki.




Mereka bertiga menunggu di hadapan bilik mesyuarat dengan sabar. Rasa diri mereka awal datang pun ada kerana tidak ramai yang menunggu di hadapan bilik mesyuarat. Di sebelah Kamilah terdapat dua orang pelajar perempuan yang baru sampai. Mereka pun datang untuk ditemu duga.

Sementara menunggu dan tertunggu dalam lebih kurang lima minit, mereka ternampak tiga orang senior menuju ke bilik mesyuarat yang berada di sebelah tempat Mia dan kawan-kawannya duduk. Kelihatan seorang lelaki dan dua orang perempuan yang menuju masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Mereka dah sampai lah." Mereka berbisik sesama sendiri.

Gambar pengurusi dan naib pengurusi sudah tertampal beserta nama, no. telefon dan email pada poster yang diletakkan di dalam rumah setiap kediaman blok. Maka dari situlah mereka mengenalinya.

Maisara menyatakan bahawa dia cuba mengingat nama kedua-duanya ketika keluar dari rumah sekali imbas. Manakala Mia dan Kamilah pula blur. Tiba-tiba.......pintu bilik mesyuarat dikuak. Mia, Kamilah, Maisara dan seorang lagi pelajar perempuan yang tidak dikenali nama dipanggil masuk untuk di temu duga. Mia rasa bagai nak pitam dan rasa sejuk menyelubungi dirinya kerana dia gugup untuk bercakap dengan orang tak dikenali.

Masuk sahaja mereka berempat, pintu bilik 'meeting' ditutup. Meja bujur di bilik tersebut, sudah diduduki oleh mereka bertiga. Pelajar tidak dikenali mengambil kerusi paling hujung dan  tidak duduk di hadapan mana-mana penemu duga. Maisara pula duduk di sebelah pelajar tidak dikenali. Kamilah duduk di sebelah Maisara yang mana benar-benar menghadap penemu duga dua orang perempuan tersebut. Manakala Mia benar-benar duduk di hadapan penemu duga lelaki.

Gawat-gawat! Jerit hati Mia. Dia paling malu duduk di hadapan lelaki. Mukanya ditundukkan sedikit. Soalan penemu duga dimulakan.

Penemuduga lelaki tersebut mula bersuara.

"Perkenalkan diri kamu. Mula dari sebelah hujung sana."

Pelajar dari hujung sana memperkenalkan dirinya dari kos apa, umur berapa dan macam-mcam lagilah. Terpulang pada calon untuk jawab apa.  Tetapi Mia sudah tahu nama pelajar yang tidak dikenali iaitu Rina.

Sampailah ke soalan yang melibatkan tugas dan pertanyaan tentang nama mereka sendiri. Mereka mempunyai maklumat tentang orang yang mereka temu duga kerana semuanya ada pada borang yang dihantar. Termasuk gambar.

Setiap kali mereka diberi soalan dan setiap kali itu nama Mia pasti disebut oleh lelaki itu. Tetapi nama calon yang lain tidak ada pula yang disebutnya....



Akhirnya temu duga tamat. Mereka bertiga menuju ke kolej. Perasaan Mia pada masa itu biasa sahaja. Apa yang terlintas untuk dijawab. Dia jawab.

Maisara dan Kamilah mula bersuara.

"Mia, kenapa nama awak asyik dipanggil oleh A tu." Maisara bertanya.

"Aahlah Mia entah-entah dia syok kat kau kot." Kamilah mengiyakan.

"Aku pon ada perasan jugak tapi manalah tau sebab nama aku senang disebut." Mia cuba berfikiran positif.

"Yelah. Nama Mia senang je dia sebut. Nama kita orang Mai....mai...mai...sarah..." Maisarah mengejek cara A cakap.

Mia terbayang wajah A yang duduk dihapadannya. Senyum dan memanggil namanya dengan lembut setiap kali sampai gilirannya. Hatinya mula berdebar. Betul ke dia ada hati kat aku? Mia bertanya sendiri.



No comments:

Post a Comment