Friday, November 20, 2015

One Side Love !!!!!!! (Akhir)

Semeter tujuh berakhir dengan begitu sahaja. Mia kini berada di semester lapan dan tidak dapat duduk di kolej. Selepas semester enam yang lalu, FG telah mengetahui siapa Mia dan dia telah memblock FB Mia daripada FBnya. Mia dah tahu FG membencinya dan sangat-sangat membencinya.

   Semester ini, Mia duduk dirumah sewa bersama Kamilah, Maisara dan tiga lagi kawan rumah yang lain. Mia tahu bahawa FG masih lagi berada di kolej dan dia bekerja di pejabat kolej. Mia tidak sanggup lagi berhadapan dengan one side love nya. Mia langsung tidak bermesej atau apa-apa sahaja pada FG. Sepanjang semester dia cuba mengfokuskan pada kerja akhir semesternya. Hatinya masih ada lagi pada FG tetapi dia cuba mengenepikannya.

   Bulan berganti bulan, akhirnya semester sudah ingin berakhir. Kerja tesisnya juga sudah siap dibukukannya dan dihantar pada pensyarah. Hati Mia tidak senang kerana dia rasa bahawa dia telah mengganggu hidup FG dan dia langsung tidak layak untuk FG.

   Pada suatu malam, dalam keadaan Mia yang tidak sihat dan selsema, Mia telah menghantar mesej terakhirnya pada FG.

           "Assalammualaikum. Maaf kerana saya telah mengganggu saudara selama ini...... saya tahu saya telah banyak buat dosa pada saudara....maafkan segala dosa saya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga saudara berjumpa dengan orang yang dapat menjadi peneman dan bahagia di dunia dan akhirat. Saya akhiri mesej ini dengan..Assalammualaikum........"

   Mia menekan tanda send dan Mia berasa lega. Mia meletakkan telefonnya di sebelah bantalnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mesejnya telah dibalas.

           "Saya terima maaf saudari tapi bolehkah saya berjumpa dengan saudari? Saudari boleh bawa teman untuk menemani saudari...."

   Mia terkejut dengan pertanyaan FG. Kenapa dia nak jumpa aku? Aku dah nak akhirkan semua ini. Kenapa? kenapa? Kepala Mia bertambah pening. Dia tidak tahu nak jawab apa.

            "Maaf saya tak nak jumpa saudara. Saya hanya ingin meminta maaf sahaja...."

   Mia membalas lagi. Bunyi mesej masuk lagi.

            "Betul saudari tak nak jumpa saya....nanti saudari akan menyesal kalau tak jumpa saya...."

   Mia rasa serba salah dan dia memang teringin berjumpa dengan FG di akhir semester ini. Tetapi entah kenapa hatinya menolak? Hatinya dirasakan tidak selesa. Mia takut FG akan cakap yang bukan-bukan jika mereka berjumpa. Mia sayang pada FG tapi mungkin ini peluang atau kata akhir dan amaran terakhir untuk dia daripada FG? Mia tak tahu. Mia menjawab mesej.

            "Saya takkan menyesal. Saudara jangan risau. Saya takkan ganggu saudara lagi..."

   Mia cuba mengeraskan hatinya. Dia bimbang juga hatinya menyesal satu hari nanti. Mesej masuk lagi.

            "Saudari jangan cakap saya tak nak berjumpa dengan saudari. Baiklah kalau itu keputusan saudari. Tetapi saudari jangan menyesal...."

   Mia membaca mesej tersebut. Air matanya menitik. Hatinya rasa kesal. Tetapi dia takut untuk berjumpa dengan FG. Dengan nada mesejnya yang sebegitu. Itulah pengakhiran mesejnya dengan FG. Tiada lagi peluang untuk dirinya dan ianya telah terbukti apabila nombor FG telah ditukar olehnya. Mia tiada lagi peluang kali kedua. Dia telah mensia-siakan peluang keduanya. Tapi sayangnya hatinya tidak terbuka lagi pada mana-mana lelaki. Hatinya masih setia. Menunggu dan menunggu. Sendainya FG berkahwin maka dia akan pasrah dan mendoakan FG bahagia bersama dengan pasangannya. Aminnnn.......





No comments:

Post a Comment