Saturday, November 7, 2015

One Side Love !!!

Mia terasa bahawa dirinya telah jatuh cinta pada pengerusi kelab tersebut. Semakin lama semakin mendalam. Rasa cinta yang sangat indah yang tidak pernah Mia rasa selama ini. Hari pembelajaran berjalan seperti biasa dan Mia cuba menjalani kehidupannya seperti biasa. Hari berganti hari......keputusan untuk sesiapa sahaja yang berjaya menjadi ahli kelab akhirnya keluar. Kami boleh melihat keputusan di hadapan bilik pertemuan jawatan kuasa tertinggi semua kelab. Maisara, Kamilah dan Mia berjalan mendekati kelab tersebut usai sahaja mereka makan bersama. Irdyna pula sudah melihat keputusannya dan dia berjaya menyertai kelab yang dia inginkan. Manakala Mia terasa semakin berdebar-debar. Kalau aku berjaya masuk kelab tu....mesti aku akan jumpa Mr. A setiap hari.

   Mia, Maisarah dan Kamilah meneliti kertas yang terpampang di hadapan pintu. Jari mereka bergabung di kertas tersebut mencari nama masing-masing.

   "Nama Maisara adalah." Kamilah bersuara.

   Mia mencari namanya. Tetapi tidak satu pun menyerupai namanya. Kamilah juga begitu. Dalam tiga orang tu, hanya Maisara seorang sahaja berjaya. Mia sedih. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Namun Mia menyembunyikan wajahnya untuk berasa gembira bahawa Maisara berjaya. Mia dan Kamilah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan hati mereka.

   Mereka meneliti lagi kertas tersebut.

   'Kepada sesiapa yang berjaya menyertai kelab-kelab tersebut, sila berkumpul di bilik kelab masing-masing pada pukul 10.30 malam ini. '

   Mia memandang Maisara sambil memandang jam yang berada di pergelangan tangannya. Lagi 15 minit hendak pukul 10.30.

   "Jom kita naik. Saya nak ambil buku nota dekat atas. Kejap lagi ada perjumpaan." Maisara bersuara.

  Mereka bertiga menaiki lif menuju ke atas. Sepanjang menunggu sampai ke tingkat empat, Mia berfikir. Mungkin aku tak terpilih sebab aku tak banyak bercakap kot.....mungkin jugak sebab aku tak tahu nama dia masa temu duga? Banyak perkara bermain di fikiran Mia. Dia bukan mahu jumpa Mr. A selalu tetapi dia ingin bermain sukan-sukan yang diminatinya. Itu sahaja niatnya. Tetapi rezeki tidak menyebelahinya.



Pada mulanya perasaan Mia pada Mr. A sangat nipis. Terlalu nipis. Tetapi dia selau bertembung dengan Mr. A disisinya dan di hadapan matanya, di perpustakaan dan usikan rakan-rakannya dan lalu menyebabkan perasaanya semakin terisi dengan Mr. A. Disebabkan facebook semakin galak digunakan, Mia telah menggunakannya untuk mengenali Mr. A dengan lebih dekat. Setiap kali di taip pada chat Mr. A.....Mr. A pasti balas bila dia ada mood untuk membalasnya.

   Sampai satu masa, Mr. A telah menghadiahkan sajak pada Mia. Tetapi dia tak tahu bahawa Mia adalah budak yang pernah ditemu duganya. Sajak yang bertajuk 'Nakhoda' telah menyebabkan Mia merasakan dirinya dihargai oleh Mr. A. Mia tidak berani berterus terang dengan Mr. A kerana dia tahu dia memang tidak layak berjumpa atau berkawan di dalam kampus. Mr. A sangat pandai. Dia dua tahun tua dari Mia.

   Cinta Mia pada Mr. A tidak pernah padam. Bulan berganti bulan. Mr. A sudah jarang online kerana sibuk dengan kerja yang diberikan oleh pihak kolej. Dia semakin jarang berbual dengan Mr. A di facebook. Final exam semakin dekat. Mia cuba memberi fokus sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal di hadapinya.

   Sebelum-sebelum ini, Mia ada juga mengikuti Maisara bertugas di Gym sebab dia ingin bermain ping pong. Mia selalu nampak Mr. A memberi signal positive pada Maisara. Kadang kala hatinya ada cemburu pada Maisara. Tetapi Maisara adalah sahabat dunia akhiratnya dan dia tidak kisah akan perkara yang berlaku di hadapan matanya.

   Setiap kali semester habis pasti Mia berkata pada dirinya sendiri. Aku tidak layak untuk dia. Terlalu banyak perkara yang aku tidak sama dengan Mr. A. Mia mula cuba melupakan Mr. A.

No comments:

Post a Comment