Tuesday, November 17, 2015

One Side Love !!!!!

Semester ketiga bermula. Nama panggilannya juga berbeza buat Mia dan Maisara. FG itulah panggilan terbarunya. Hanya Mia dan Maisara sahaja tahu apa-apa yang telah dibualkan bersama. Mia mula mencuba memujuk hatinya. Dia ingin membuktikan pada FG bahawa dia juga boleh menjadi seorang ahli yang terbaik. Buka sahaja semester baru, pengambilan mengambil ahli baru bermula. Mia mencuba meminta kelab kemanusiaan. Dia tahu bahawa dirinya memang tidak layak kerana confident levelnye terlalu rendah berbanding sahabatnya yang lain.

   Mia mendapat panggilan daripada pengerusi kelab dan dia telah berjaya memasuki kelab tersebut. Mia bekerja dan terus bekerja sebagai ahli. Mungkin itulah yang FG tidak nampak pada dia. Tetapi sayangnya FG sudah pun meletakkan jawatannya sebagai pengurusi kelab sukan. Dia tiada lagi dalam senarai kolej.

   Maisara juga begitu. Dia sudah berhenti darpada menjadi ahli dalam kelab-kelab yang berada di kolej. Mia diberitahu oleh Maisara bahawa dia ingin menumpukan pembelajarannya. Mia tetap menghabiskan masa bersama Maisara dan Kamilah. Manakala Irdyna pula sudah sibuk kerana dia telah menjadi pengerusi kelab kesenian.


Mia mula membiasakan diri dengan aktiviti kelabnya dan sehinggalah dia dapat melupakan FG sedikit demi sedikit. Mia berusaha untuk melupakan FG sebab itulah dia menyibukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti yang ada.

   Maisara tidak berhenti menceritakan kisah FG pada Mia. Tentang FB nya, tentang aktiviti FG dalam FB. FG selalu mengupdate segala kisahnya di kolej. Dia masih lagi berada di dalam kolej dan dia berhak kerana dia merupakan mantan dalan salah satu kelab dalam kolej. Banyak perkara FG yang Mia tahu daripada Maisara. Perangainya, keadaannya, apa-apa yang telah dilakukan, resultnya dan sebagainya.

   Mia salalu menganggap dia selalu ternampak dan bertembung dan FG mungkin mereka berjodoh. Jadi Mia tidak langsung dapat melupakan FG walaupun dia sibuk. Kerana FG sentiasa ada di mana dia dan Maisara ada. Pelbagai cara Mia buat untuk menjadi kawan FG. Mesej di FB dan mesej di telefon. Dia tiada kudrat untuk berhadapan dengan FG sendiri kerana dia tahu FG merupakan pelajar yang cemerlang dalam hidupnya. Pernah dia dikatakan mendapat 4 flat. Wow! Memang hebat. Siapalah Mia untuk mendekatinya.

   Mia pernah menghantar semula sajak yang FG pernah beri padanya kepada dia semula dan FG pasti bertanya siapakah dirinya? FG tak kenal aku ke? Mia berfikir sendirian. Sajak itu Mia rasakan istimewa kerana sajak itu seperti hanya diberi kepada dirinya seorang. Siapakah FG sangkakan dia sebenarnya? Adakah seseorang yang pernah menjadi ahli kelabnya? Pelbagai soalan bermain dalam benak kepala Mia. Mia pening dan keliru.



Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Mia kini berada di semester lima dan dia masih lagi berada dalam organisasi kolej sebagai ahli kelab yang lain pula. Mia bukan tidak setia tetapi hati Mia telah diketuk oleh seorang lelaki yang menjadi ahli kelabnya juga. Sekali pandang Mia tertarik dengan sikapnya. Rupa-rupanya dia satu kos dengan Maisara.

   Lelaki itu sentiasa memberikan senyuman padanya dan mengambil berat tentang dirinya. Mia tidak mahu berharap pada awalnya. Tetapi lelaki tersebut selalu menolongnya dan memberikan komitmen dalam pekerjaan kelab. Mia rasa dihargai buat pertama kalinya oleh seorang lelaki. Sikapnya tidak seperti FG. Mia senang dengan sikap lelaki tersebut sampai satu masa Mia rasa dirinya jatuh cinta buat kali kedua.

   Mia pernah berchating dengan kawan kelabnya itu di dalam FB. Banyak rahsia yang Mia tahu tentang lelaki tersebut. Warna kesukaannya dan dia berasal daripada mana. Bukan sebab latar belakangnya menyebabkan Mia jatuh cinta tetapi kerana sikapnya.

   Mia pernah meluahkan rasa hatinya pada lelaki tersbut di dalam mesej tetapi lelaki tersebut bukan menolaknya cuma dia tidak mahu memberikan harapan pada Mia. Mia faham dan dia cuba untuk mengenepikan perasaan yang dia rasa terhadap lelaki itu. Selepas itu, kelabnya ada membuat makan-makan di bilik rehat. Mungkin Allah mahu menunjukkan sesuatu pada Mia. Semasa ingin mengambil gambar kenangan untuk semester lima, entah kenapa nama perempuan itu dipanggil untuk bantu mengambil gambar.

   Mia kenal dengan perempuan itu, dia merupakan housemate Mia. Seorang pengerusi dari kelab lain. Lelaki itu malu-malu dengan kehadiran perempuan tersbut. Manakala perempuan itu juga malu-malu apabila disebut namanya di hadapan lelaki itu. Mia tidak mahu berfikiran negatif. Tetapi balik sahaja daripada perjumpaan, Mia membuka laman FB dan dia melihat lelaki tersebut sentiasa like pada page FB perempuan tersebut dan kini Mia mula memahami.

   Siapa yang tidak suka dengan perempuan yang cantik dan lembut sebegitu? Mia merendahkan rasa dirinya lagi dengan memandang dirinya di hadapan cermin. Bukanlah Mia tidak bersyukur tetapi kini Mia tahu bahawa lelaki lebih memandang kecantikan. Pandangan Mia pada lelaki kini berubah. Hatinya hancur bagai dilumat dengan tumbukan lesum batu.

No comments:

Post a Comment