Friday, November 20, 2015

One Side Love !!!!!!

Semester keenam bermula. Mia masih lagi mendapat kolej dan FG sudah berada di semester akhir dan inilah masanya Mia rasakan untuk dia berterus terang pada FG bahawa siapa dirinya sebenarnya. Tetapi Mia tiada kekuatan. Kelemahannya sentiasa mengingatkan dia untuk tidak mendekati FG. Kini Mia berada di semester enam, banyak kerja yang telah diberi oleh pensyarah untuk disiapkannya termasuklah tesis bab 1, 2 dan 3. Semuanya perlu disiapkannya sebelum menghadapi semester hadapan iaitu praktikal.

   Pada satu hari, sedang Mia menyiapkan kerja di bilik kawannya di tingkat empat. Mia telah bermesej dengan FG disaat tiba-tiba dia teringat FG. Pada kali ini, FG bertanya untuk berjumpa dengan Mia di kafeteria dan dia cuba meneka siapakah gadis yang selalu mengganggu di telefon bimbitnya. Mia tidak dapat berjumpa dengan FG kerana kerjanya perlu dihantar pada keesokan paginya pada pensyarah.

   Kali ini FG sangat berkeras pada Mia. Apabila diminta meneka, hampir betul segala sangkaan FG padanya. Jadi benarlah FG mengenalinya tetapi hanya buat tidak tahu pada diri Mia. Mia berterus terang pada FG tentang dirinya. Dia merupakan pelajar jurusan psikologi dan fakulti kemanusiaan. Kemudian FG langsung tidak membalas mesej Mia semula. Mia pernah menyatakan bahawa dia menyukai FG tetapi FG tidak langsung memahami kata cinta daripada Mia.



Sejak daripada hari itu, Mia cuba mengelak ketika berjumpa dengan FG. Saat itu jugalah Allah sentiasa mempertemukan kelibat FG di hadapan Mia. Mia tidak berharap dan dia tidak mahu berharap. Mia cuba menjaga perasaannya. Segala yang dia perlu luahkan, sudah diluahkannya.

   Mia sentiasa berfikir bahawa Maisara juga menyukai FG. Hati dia sentiasa diketuk dengan kenyataan itu kerana Maisara selalu tahu akan perkembangan FG dan selalu menceritakannya kepada Mia. Tetapi Mia cuba dan sentiasa berfikiran positif untuk Maisara. Mia tahu Maisara takkan sembunyi tentang itu pada Mia.

   Mia selalu terfikir bahawa senadainya Maisara ditakdirkan untuk FG dia redha kerana dia mengenali sikap Maisara yang mempunyai ciri-ciri seorang isteri yang solehah. Tetapi setiap kali Mia cakap begitu pada Maisara, Maisara pasti akan marah dan dia cakap tidak mungkin dia akan bersama dengan FG.

   Semester hampir berakhir. Mia tahu FG bekerja di pejabat kolej tetapi dia tak mahu dikatakan tergila sangat pada FG jadi dia mengawal akan tingkah lakunya. Hari terakhir berada di kolej sudah tiba. Sudah tiba Mia berpisah dengan kawan-kawannya dan lelaki yang disukainya semenjak dari semester satu. Maisara, Kamilah dan rakan rumah mereka memberikan kunci pada Mia untuk dipulangkan pada pejabat kolej kerana mereka pulang awal. Sebelum pejabat buka lagi, mereka sudah pulang.

   Kini Mia terpaksa menempuhi pejabat untuk memulangkan sebuku kunci yang digenggamnya. Dia kini berada di hadapan pejabat. Niat hatinya untuk tidak berjumpa dengan FG. Dia hanya ingin memulangkan kunci. Itu sahaja. Mia pergi ke kaunter pejabat, semakin dekat semakin dia nampak kelibat kepala. Tolonglah jangan FG! Tolonglah jangan FG! Hati Mia semakin kuat berdebar.

   "Assalammualaikum." Mia bersuara selepas dilihat kelibat itu tiada.

   "Waalaikumussalam." kedengaran suara lelaki menjawab semula salamnya.

   Ya, Allah! FG benar-benar berada di hadapan matanya. Lelaki yang menjawab salamnya adalah FG. Hatinya berdebar setelah lima semester, inilah kali pertama dia bercakap semula berhadapan dengan FG.

   "Nak apa ye?" FG bertanya pada Mia.

   Mia menenangkan hatinya agar tidak gagap dan meneruskan senyuman. Walaupun mukanya kini dirasakan panas dan merah.

   "Saya nak pulangkan kuncilah." Mia menjawab.

   FG kemudian memberikan buku pemulangan kunci untuk penghuni kolej. Muka FG langsung tidak senyum pada Mia. Mungkin dia tahu bahawa inilah gadis yang telah mengganggu hidupnya. Mia sudah siap menanda pada nama rakan-rakannya. Mia meletakkan kunci di kaunter dan bercakap terima kasih pada FG. Itulah pengakhiran semester yang terindah buat Mia.

 

No comments:

Post a Comment