Friday, March 18, 2016

Kenangan Dahulu

Assalammualaikum.....buat sahabat dan rakan yang saya hormati....
Sedar tak sedar umur sudah mencapai 25 tahun....cepat benar masa berlalu........
Dalam untuk mencapai umur....banyak yang telah saya lalui....terlalu banyak hingga terlupa bahawa saya memiliki rakan-rakan yang sangat menyayagi saya.....
Dalam rasa tiada semangat....saya cuba membuka kisah lama iaitu di dalam sebuah kotak....
Terlalu banyak rahsia dan kenangan yang telah dipegang oleh kotak tersebut untuk saya.....
Bila saya selalu sendiri dan tidak memikirkan tentang dunia di sekeliling saya.....
Saya leka memikir bahawa mungkin saya tidak dipedulikan apabila mesej dan khabaran saya bertanya kepada mereka tidak dibalas menunjukkan mereka tidak menyayangi saya......
Tapi saya tersilap apabila saya berjumpa dengan kotak ini.....saya rasa pilu kenapa saya menganggap kawan yang selama ini memberi semangat dan harapan kepada saya sebagai seorang yang telah melupakan saya...kenapa?

Saya nak kongsikan kata-kata semangat yang telah diberikan oleh rakan saya....mungkin boleh dijadikan kata-kata untuk rakan yang rapat dengan anda....hargailah selagi mereka masih mengingati kita....jangan nanti kita menyesal....


#1
Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta,
Jika ku lemah tidak berdaya,
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkan agar aku berubah.
Dan jika aku lena tanpa terjaga,
Iringlah lena ku dengan kalungan doa.
Berjanjilah sahabat,
Ukhuwah itu untuk selamnya......
>AZLIFAH<

#2
Satu hari cinta dan kawan berjalan-jalan dalam kampung.....
Tiba-tiba cinta terjatuh dalam telaga...
Kenapa? Kerana....
Cinta itu buta...
Lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa? Kerana....
Cinta itu halus mudah hilang, kalau tak dijaga....
Sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap
Sedangkan kawan setia menanti dan....
Akan terus menanti dalam apa jua keadaan....
Kenapa?
Kerana kawan insan yang paling setia, ikhlas dan abadi....
>NABILA<

#3
Allah's love has no limits,
Allah's Grace has no measure,
Allah's power knows no boundaries,
May u have Allah endless blessings..... :)
>NORA<

#4
Semalam kita berkawan kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan,
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan,
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok kita tiada lagi,
Kita tetap berkawan dalam kenangan....
>NORA<

#5
"Yakin pada Allah bukanlah termakbulnya segala harapan,
Yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,
Yakin pada Allah ialah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Disitu air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,
Tersirat Rahmat dan Hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayangNya...."
*Bersyukurlah dan berbahagialah dengan apa yang dikecapi. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk kita :)
>NORA<

#6
Di jalan Allah 'Persahabatan' ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia...
kerana DIa aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menerapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama...
Persahabatan ini sudah pasti terisi dangan 'kasih sayang',
Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya.......
>AYU<

#7
Himpunkan semua kasih sayang dalam sebuah buku lejar,
Supaya jurnal dapat merasai kemanisan sebuah persahabatan,
Ditambah pula dengan ikatan yang erat dalam kunci kira-kira,
Dan disimpan kemas penyata pendapatan,
Menjadikan kenangan yang indah dalam memori imbangan duga,
Disamping mendebitkan kebahagiaan dan mengkreditkan kesedihan...
TAKE CARE SAHABATKU
>NORA<

#8
Buatmu sahabatku...
Jika ada yang meminta cintamu...
Katakan ianya ada pada Allah.
Jika ada yang meminta kasihmu..
Katakan ia hanya ada pada Rasulullah.
Jika ada yang meminta rindu dan sayangmu,
Katakan ianya hanya untuk mak dan abah,
Jika ada yang meminta untuk berada di hatimu,
Berikan hatimu kepada insan yang ikhlas dan tahu menghargainya...
>MIERA<


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang aku dan sentiasa berada disisiku ketika aku dalam kesusahan dan dalam kesenangan. Moga mereka berbahagia sehingga bertemu danganMu dan bahagiakanlah mereka seperti mereka bahagiakan aku ketika aku berjauhan dengan keluarga.......

No comments:

Post a Comment