Saturday, June 18, 2016

Hadiah Terakhir 3

Rayyan berjalan tidak berhenti di dalam pejabatnya. Dia sedang memikirkan bagaimana nak menjawab persoalan daripada ibu bapanya yang akan pulang daripada luar negara sebentar lagi. Kawan dan sahabat penasihatnya, Hazriq sudah pening kepala memandang dia.

   "Kau ni kenapa Ray? Sekejap ke sana.....sekejap ke sini.....pening kepala aku dibuatnya!" Hazriq meluahkan rasa hatinya sambil memegang kepalanya yang terseksa.

   "Aku tengah cari alasan ni." Rayyan mula bersuara.

   "Apa kau susah? Kau cakaplah rumah kau kena masuk perompak. He...." Hazriq membuahkan fikiran pada Rayyan sambil tersenyum.

   "Aish....kau ni biar betul! Polis cakap rumah aku tak ada kesan rompakan....kau nak tahu kenapa?" Rayyan memandang Hazriq dalam keadaan geram.

   "Kenapa?" Hazriq membuat muka 'slumber' nya.

   Rayyan menyambung kata-kata.

   "....rumah aku tak berselerak. Plus rumah aku kuncinya tak robak dan last sekali, macam mana ada perempuan lain dan aku tak kenal dalam rumah family aku?" Rayyan menghabiskan kata aluannya pada Hazriq.

   Hazriq mengira-ngira jarinya.

  "Apa yang kau kira?" Rayyan bertanya dengan pelik.

   Hazriq terdiam lagi. Sambil memegang kepalanya. Tak tahulah apa-apa yang sedang difikirkan oleh Hazriq.

   "Hahahaha....lah sikitnya alasan logik. Cuba kau buat alasan tak logik?" Hazriq tergelak besar dan berkata perkataan yang merepek.

   "Maksud kau?" Rayyan bertanya dengan pelik. Aku ingatkan Hazriq ni dah tak betul bila dia gelak sebelum bercakap. Bermonolog Rayyan sendirian.


X          X          X           X          X          X          X          X          X          X


Fairuss dijaga oleh dua orang bodyguard kerana sekarang ini dia popular dan terlalu popular kerana terjebak dengan adegan filem dengan pelakon popular daripada syarikat besar yang menjadi pujaan ramai. Paling best duduk di hospital swasta dan duduk di first class pulak tu.

   Pintu terkuak. Angan Fairuss terhenti. Tapi hati dia bertambah bengang apabila muka yang menjadi watak utama muncul. Menyampah! Pintu masih terkuak lagi. Muncul watak baru dari kisah filem ini, seorang lelaki yang lebih kacak, tinggi lampai dan boleh dikatakan sedap mata memandang.

   "Woi, mengelamun ke?" Tanpa disedari tangan dihadapan melambai. Lantas mematikan lamunannya. Rayyan mengganggu pandangan Fairuss.

   Dua orang bodyguard di arah keluar oleh Rayyan dan menjaga pintu masuk ke bilik wad yang diduduki oleh Fairuss.

   "Maaf encik. Terkejut saya." Fairuss memperlahankan suaranya. Lelaki yang menemani Rayyan memandangnya sambil tersenyum.

   Cantik juga perempuan yang terperangkap dengan Rayyan ni ya. Tapi apasal gambar dalam surat khabar tu macam tak cantik je. Hazriq bermonolog dalaman.

   "Perkenalkan ini kawan aku, Hazriq. Dia merupakan lawyer syarikat bapa aku. Dia akan selesaikan kes ni." Rayyan memanjangkan penerangannya.

   Lawyer?Perlu ke?! Fairuss tidak mahu memanjangkan cerita.

   "Maaf, encik. Nampaknya encik dah silap pasal saya. Saya tak mahu panjangkan kes ni dan saya tak mahu memanjangkan cerita saya dengan encik!" Fairuss berdiri dan berhadapan dengan Rayyan.

   "Kau ingat habis je kau cerita perkara sebenar, semua benda ni akan berakhir? Kau silaplah Fairuss...." Rayyan bersuara lagi.

   Fairuss terkejut. Macam mana Rayyan boleh tahu nama aku?

   Hazriq yang melihat suasana menjadi tegang, lantas bersuara.

   "Rayyan please keep calm. Ingat tak apa yang kita bincang tadi." Hazriq menenangkan kawannya sambil memegang bahu Rayyan.

   "Beginilah Cik Fairuss. Biar saya terangkan situasi sebenar. Encik Rayyan sekarang ni dalam masalah besar dan terlalu besar. Dia seorang anak kepada orang yang terkenal. Kalau Cik Fairuss menerangkan keadaan yang sebenar. Hal ini tak akan berakhir. Encik Rayyan akan dipersalahkan dan maruah keluarganya akan tercemar disebabkan cik." Hazriq menerangkan panjang lebar kepada Fairuss di suatu sudut yang dilengkapi set meja dan kerusi di dalam wad itu.

   "Habis, encik nak saya buat apa?" Fairuss mengangkat mukanya dan memandang Hazriq. Mata mereka bertaut.

Hadiah Terakhir 2

Fairuss sedar-sedar sahaja dia sudah berada di satu bilik. Tetapi dia sedar yang dia berada di satu tempat yang dia tidak pernah masuk. Habis tudung yang dipakainya berdarah sedikit kerana hentakan pada kepalanya malam tadi. Dia melihat sekeliling. Pintu bilik yang didudukinya terbuka. Fairuss lantas keluar daripada bilik. Aku masih ada dalam rumah besar ni? Siapa punya angkaralah ni! Marah hati Fairuss. Dia memegang kepalanya yang masih sakit.
 
   "Tuk....tuk...tuk....." pintu hadapan rumah besar itu diketuk. Fairuss terkejut.

   Nak bukak ke tak? Kepalanya masih bingar. Dia perlahan-lahan menuju ke pintu hadapan. Saat Fairuss menekan tombol pintu, ada tangan yang menghalangnya membuka pintu daripada belakang. Fairuss melirik matanya dan terlihat tubuh lelaki.

   "Jangan bukak!" lelaki itu memarahinya. Dalam masa lelaki itu berkata, Fairuss meneliti muka lelaki itu daripada cermin yang ada di ruang tamu. Rayyan! Jerit hatinya. Macam manalah lelaki ni boleh ada dalam rumah ni? Soalan menyerbu hatinya.

   Disebabkan oleh terkejut, pintu besar itu terbuka dan Fairuss terjatuh di atas Rayyan kerana tolakan daripada pintu. Lantas mata mereka berdua seperti berpinar akibat pelbagai cahaya yang masuk ke rumah itu. Fairuss mencuri pandang dan kelihatan ramai wartawan yang menghulurkan pitar rakaman suara di hadapannya. Fairuss tiba-tiba rasa pening dan pengsan di atas riba Rayyan.


X          X          X          X          X          X          X          X          X          X


Fairuss sedar. Dia kini berada di atas katil dalam sebuah bilik yang penuh dengan bau ubat. Ada seorang lelaki menemaninya di sisi. Rayyan! Hatinya terkejut. Aku ingat aku mimpi. Rupa-rupanya betul. Fairus menampar-nampar pipinya dan mencubit sedikit di bahagian bahunya sendiri. Kenapa aku tak sedar daripada mimpi lagi ni? Fairus bermonolog sendiri.

   Rayyan tersedar kerana bunyi bising daripada tidurnya. Fairuss terkejut apabila tubuh badan itu bangun. Fairuss lantas menghempas tubuhnya ke katil semula. Tetapi tak jadi sebab kepalanya terhantuk pada besi katil. Aduhh!!!! Fairuss menyerang kesakitan.

   "Owh......nak buat-buat pengsan ya?!" Rayyan bersuara dan Fairuss kantoi. Nak atau tak nak berhadapan dengan Rayyan, dia perlu duduk semula.

  Melihat keadaan itu, Rayyan pantas memegang tangan Fairuss. Pelik pulak perangai lelaki ni? Melihat keadaan yang pelik, Fairuss memandang pintu yang ada sedikit ruang tingkap. Ramai wartawan yang ingin masuk tapi tak dapat. Mereka hanya meneruskan niat mereka dengan mengambil gambar pada bahagian yang ada cermin.

   "Senyum...senyum...." Rayyan berkata pada Fairuss. Fairuss senyum kerana bimbang diapa-apakan oleh Rayyan.

   Rayyan memandang Fairuss sambil duduk di sisi dan memegang tangannya. Dah kenapa lelaki ni sedih?

   "Kau jangan nak gembira sangat bila aku pegang tangan kau." Rayyan bersuara.

   "Kenapa?" Fairuss memberanikan diri untuk bersuara. Kepalanya masih dalam keadaan berbalut.

   "Sebab aku tak ada niat pun! Aku nak tanya kau satu perkara." wajah Rayyan masih tidak berubah.

   Owh, berlakon rupanya mamat ni! Fairuss layankan sahaja dan membuat dirinya seperti sedang bercakap serius dengan Rayyan.

   "Aku nak tahu, macam mana kau ada dalam rumah aku?"

   Rumah dia? Muka Fairuss serius.

   "Saya tak tahu pun tu rumah Encik?" Fairuss menggunakan perkataan encik kerana Rayya tidak mengenalinya.

   "Tu rumah aku lah. Aku macam pengsan sebab aku langsung tak tahu apa yang berlaku malam tadi?" Rayyan mahukan penjelasan.

   "Saya pun tak tahu. Encik tak nampak ke kepala saya berdarah ni? Kalau saya ada niat jahat kat encik, dah lama saya panggil orang jabatan agama datang serbu rumah tu. Adoyai!" Fairuss meninggi suara tetapi riak mukanya masih tidak berubah. Masih berlakon.

   "Hmm....tak pe. Nanti aku siasat. Tapi sebelum tu....." Rayyan menutup langsir yang ada di pintu. Dia mencapai lembaran akhbar pada hari ini. Lalu dicampaknya atas meja sakit yang berhadapan dengan Fairuss.

   Fairuss terkejut apabila melihat muka surat pertama yang terdapat gambarnya dengan Rayyan. Jadi betul lah aku tak mimpi pasal ambik gambar dengan dia dihadapan muka pintu? Fairuss termanggu sebentar.
 
   Rayyan bengan dengan tiada reaksi muka daripada Fairuss. Lantas dia mengetuk meja dengan kuat.

   Bang!

   "Owh, mak kau! " terkejut Fairuss dibuatnya.

   "Apa yang kau nak buat dengan berita kita yang tersebar ni?" Rayyan bertanya pada Fairuss.

   "Tak pe. Nanti saya beli semua akhbar ni...kemudian saya bakar semuanya." Fairuss menjawab.

   "Kau jangan nak bergurau dengan aku ye. Kau tahu siapa aku?" Rayyan bertanya semula.

   "Mana saya tahu. Saya ni bukannya berminat nak tahu pasal encik. Kalau tengok daripada rumah, orang popularlah kot." Fairuss menjawab slumber dan memandang ke tempat lain.

   "Kau pandang aku!" Rayyan memandang tepat pada muka Fairuss. Fairuss terkejut lantas memandang muka Rayyan.

   Rayyan menyambung kata-katanya semula.

   "Aku anak usahawan dan seorang jurutera yang 'macho' dan bergaya di syarikat bapa aku. Aku bukan orang sebarangan nak berpasangan dengan orang macam kau!" Rayya menceritakan tentang dirinya.

   Bongkak betul lelaki ni. Fairuss menyampah dengan perangai Rayyan. Fairuss memarahi dirinya. Macam manalah aku boleh terjebak dengan masalah dunia dengan dia ni! Fairuss pening.


Thursday, June 16, 2016

Kisahku Pada Hari Ini

Sedang aku duduk bersama-sama adik-beradik ku menonton televisyen, tiba-tiba terlihat ambulan berhenti di hadapan jiran rumah kami. Lantas hati aku tertanya, siapa yang sakit? Aku memperlahankan suara televisyen. Aku dan adik-adikku menunggu sekiranya ada panggilan dari jiran. Tertanya datang jiran di hadapan rumahku bertanya, mana mak? Aku lantas memanggil mak aku. Kemudian mak aku memberitahu bahawa pak cik iaitu ayah mertua kepada jiranku sudah meninggal dunia. Mak lantas pergi melawat rumah jiran dan membantu apa-apa yang patut. Jiran-jiran di sekeliling juga membantu.

   Saat mak aku memberitahu pak cik itu meninggal, entah kenapa hati aku rasa sayu. Seperti mana hati aku rasa semasa arwah atuk aku meninggal dulu. Pilu dan sedih. Menurut mak aku, jiran aku itu hanya mempunyai dua orang adik-baradik. Ibunya baru sahaja meninggal dunia tujuh bulan yang lalu dan kini ayahnya pula meninggalkan mereka. Mereka dua-dua perempuan. Isteri kepada jiran aku itu masuk hospital kerana tidak berapa sihat. Ya, Allah! Beratnya dugaan mereka adik-beradik. Pada tahun ini, mereka berdua beraya buat pertama kali tiada kedua-dua ibu bapa mereka.

   Timbul di dalam hati aku rasa bersyukur kerana mempunyai ibu, ayah dan adik-beradik. Pagi ini, jiran-jiran dan kawan kepada jiran datang memandikan jenazah pak cik itu. Aku melihat dari jauh. Sekejap sahaja jenazahnya sudah siap dikapankan. Begitu mudah menguruskan jenazahnya. Baik-baik sahaja cara pengurusannya. Pagi ini juga cuaca mendung dan pada malam semalam selepas pak cik itu meninggal. Selepas tengah malam, hujan turun dengan sangat lebat. Seakan-akan mengiringin pemergian pak cik itu.

   Usai sahaja mengkafankan jenazah, solat jenazah terus dilaksanakan di dalam rumah tersebut. Kemudian jenazah di kebumikan di kampung halaman pak cik tersebut di mana terletaknya berdekatan dengan kubur arwah isteri pak cik itu. Pak cik itu meninggal pada malam jumaat, dikebumikan pada hari Jumaat, pada bulan Ramadhan dan ibu aku kata sepanjang ibu meneman adik kakak tu bersama jenazah, ibu aku terbau wangian pada hujung kepala jenazah itu. Mungkinkah ini yang dimaksudkan tanda kematian seseorang itu dalam keadaan husnul khotimah? Sesungguhnya rahsia itu hanya ada pada Allah.

 Semalam baru sahaja aku cakap pada anak murid aku, kita hidup sekali sahaja di dunia ini. Setiap hari ada orang yang mati dan setiap hari ada zuriat yang dilahirkan ke dunia. Begitulah lumrah hidup manusia. Moga roh pak cik itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aminnnn......

Saturday, June 11, 2016

Hadiah Terakhir 1

"Ni semua salah kau! Kau memang nak perangkap aku kan?" Rayyan bersuara lantang pada Fairuss.

Fairuss hanya menundukkan wajahnya tanpa melihat muka Rayyan yang baru sahaja sah menjadi suaminya. Perkara yang berlaku tanpa di duga. Tidak pernah ada dalam hati Fairuss untuk memerangkap Rayyan walaupun cintanya kepada Rayyan hanyalah bertepuk sebelah tangan sahaja pada satu ketika dahulu.

   Rayyan menakup mukanya sambil memandang luar tingkap untuk mencari ketenangan. Fairuss bingkas bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik air. Menangis sepuas hatinya. 

X          X          X         X          X          X          X          X           X          X          X

Rumah dua tingkat yang tersegam indah. Fairuss tidak pernah tahu siapa pemiliknya. Perkara yang Fairuss tahu kawannya, Farrah yang mengajak dia ke rumah itu. Fairuss  melangkah perlahan ke bahagian perkarangan rumah yang terletaknya kereta. Fairuss terhenti. Nak bagi salam ke tak? Fairuss mendekatkan dirinya lalu berhadapan dengan pintu masuk.

   "Assalammualaikum..........." tiba-tiba pintu yang rapat menjadi terbuka. Fairuss menjadi seram sejuk apabila melihat tiada sesiapa yang menunggunya di hadapan pintu masuk.

    Nak masuk ke tak? Fairuss berfikir lagi. Ah, tak payah masuklah ! Baik aku tunggu minah ni datang dulu. Karang tak pasal-pasal aku dikatakan menceroboh tempat orang. Fairus sudah menunggu lima belas minit. Namun tiada satu kelibat manusia pun lalu di luar.

   Rumah yang sedang Fairuss duduk diluarnya, merupakan rumah banglo dan kawasannya agak privasi dan jauh dari kesesakan bandar. Tet...tet....mesej masuk. Fairuss melihat skrin telefon dengan pantas. Mesej daripada Farrah.

   'Fairuss kenapa tak masuk? Aku tunggu kau kat dalam rumah. Tadi pintu tu memang tak rapat sebab aku terkejar-kejar masuk.'

   Fairuss baru sahaja mahu membalas mesej Farrah tapi tiba-tiba dia terdengar ada suara jeritan perempuan yang sangat kuat di tingkat atas dan bunyi barang-barang yang bertaburan. Lantas Fairus melangkah masuk dan berlari ke tingkat atas. 

   Apabila Fairuss sampai di tingkat atas dia cuba mencari suis lampu. Tetapi tiada satu suis lampu pun yang hidup. Tiba-tiba hati Fairuss berdebar-debar. Rasa tidak selesa di hatinya semakin kuat apabila dia ternampak kelibat perempuan yang terbaring di lantai. Ada yang tidak kena ni? Timbul pertanyaan dalam benak fikiran Fairuss. Fairuss lantas mencari telefonnya dalam gelap. Dalam keadaan tercari-cari, Fairus memulakan langkahnya laju untuk turun ke tingkat bawah. 

   Sedang Fairus menurun tangga, muncul kelibat manusia di hadapannya. Tetapi Fairuss tidak nampak wajahnya. Fairuss memberanikan diri untuk bersuara.

   "Apa yang kau nak daripada aku? Ha?...." dia tidak mendengar jawapan tetapi hanya mendengar gelakkan lelaki yang amat kuat menguasai kesunyian dalam rumah itu.


Fairuss cuba melanggar manusia tersebut tetapi tangan manusia tersebut pantas menangkapnya dan menolaknya ke lantai. Fairuss tertangkup. Telefon bimbitnya tercampak berdekatan dengan tubuhnya. Saat ingin mencapai telefon bimbit, kepalanya seperti terhentak dengan benda yang keras. Fairuss tidak sedarkan diri.