Saturday, June 11, 2016

Hadiah Terakhir 1

"Ni semua salah kau! Kau memang nak perangkap aku kan?" Rayyan bersuara lantang pada Fairuss.

Fairuss hanya menundukkan wajahnya tanpa melihat muka Rayyan yang baru sahaja sah menjadi suaminya. Perkara yang berlaku tanpa di duga. Tidak pernah ada dalam hati Fairuss untuk memerangkap Rayyan walaupun cintanya kepada Rayyan hanyalah bertepuk sebelah tangan sahaja pada satu ketika dahulu.

   Rayyan menakup mukanya sambil memandang luar tingkap untuk mencari ketenangan. Fairuss bingkas bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik air. Menangis sepuas hatinya. 

X          X          X         X          X          X          X          X           X          X          X

Rumah dua tingkat yang tersegam indah. Fairuss tidak pernah tahu siapa pemiliknya. Perkara yang Fairuss tahu kawannya, Farrah yang mengajak dia ke rumah itu. Fairuss  melangkah perlahan ke bahagian perkarangan rumah yang terletaknya kereta. Fairuss terhenti. Nak bagi salam ke tak? Fairuss mendekatkan dirinya lalu berhadapan dengan pintu masuk.

   "Assalammualaikum..........." tiba-tiba pintu yang rapat menjadi terbuka. Fairuss menjadi seram sejuk apabila melihat tiada sesiapa yang menunggunya di hadapan pintu masuk.

    Nak masuk ke tak? Fairuss berfikir lagi. Ah, tak payah masuklah ! Baik aku tunggu minah ni datang dulu. Karang tak pasal-pasal aku dikatakan menceroboh tempat orang. Fairus sudah menunggu lima belas minit. Namun tiada satu kelibat manusia pun lalu di luar.

   Rumah yang sedang Fairuss duduk diluarnya, merupakan rumah banglo dan kawasannya agak privasi dan jauh dari kesesakan bandar. Tet...tet....mesej masuk. Fairuss melihat skrin telefon dengan pantas. Mesej daripada Farrah.

   'Fairuss kenapa tak masuk? Aku tunggu kau kat dalam rumah. Tadi pintu tu memang tak rapat sebab aku terkejar-kejar masuk.'

   Fairuss baru sahaja mahu membalas mesej Farrah tapi tiba-tiba dia terdengar ada suara jeritan perempuan yang sangat kuat di tingkat atas dan bunyi barang-barang yang bertaburan. Lantas Fairus melangkah masuk dan berlari ke tingkat atas. 

   Apabila Fairuss sampai di tingkat atas dia cuba mencari suis lampu. Tetapi tiada satu suis lampu pun yang hidup. Tiba-tiba hati Fairuss berdebar-debar. Rasa tidak selesa di hatinya semakin kuat apabila dia ternampak kelibat perempuan yang terbaring di lantai. Ada yang tidak kena ni? Timbul pertanyaan dalam benak fikiran Fairuss. Fairuss lantas mencari telefonnya dalam gelap. Dalam keadaan tercari-cari, Fairus memulakan langkahnya laju untuk turun ke tingkat bawah. 

   Sedang Fairus menurun tangga, muncul kelibat manusia di hadapannya. Tetapi Fairuss tidak nampak wajahnya. Fairuss memberanikan diri untuk bersuara.

   "Apa yang kau nak daripada aku? Ha?...." dia tidak mendengar jawapan tetapi hanya mendengar gelakkan lelaki yang amat kuat menguasai kesunyian dalam rumah itu.


Fairuss cuba melanggar manusia tersebut tetapi tangan manusia tersebut pantas menangkapnya dan menolaknya ke lantai. Fairuss tertangkup. Telefon bimbitnya tercampak berdekatan dengan tubuhnya. Saat ingin mencapai telefon bimbit, kepalanya seperti terhentak dengan benda yang keras. Fairuss tidak sedarkan diri.

No comments:

Post a Comment