Saturday, June 18, 2016

Hadiah Terakhir 2

Fairuss sedar-sedar sahaja dia sudah berada di satu bilik. Tetapi dia sedar yang dia berada di satu tempat yang dia tidak pernah masuk. Habis tudung yang dipakainya berdarah sedikit kerana hentakan pada kepalanya malam tadi. Dia melihat sekeliling. Pintu bilik yang didudukinya terbuka. Fairuss lantas keluar daripada bilik. Aku masih ada dalam rumah besar ni? Siapa punya angkaralah ni! Marah hati Fairuss. Dia memegang kepalanya yang masih sakit.
 
   "Tuk....tuk...tuk....." pintu hadapan rumah besar itu diketuk. Fairuss terkejut.

   Nak bukak ke tak? Kepalanya masih bingar. Dia perlahan-lahan menuju ke pintu hadapan. Saat Fairuss menekan tombol pintu, ada tangan yang menghalangnya membuka pintu daripada belakang. Fairuss melirik matanya dan terlihat tubuh lelaki.

   "Jangan bukak!" lelaki itu memarahinya. Dalam masa lelaki itu berkata, Fairuss meneliti muka lelaki itu daripada cermin yang ada di ruang tamu. Rayyan! Jerit hatinya. Macam manalah lelaki ni boleh ada dalam rumah ni? Soalan menyerbu hatinya.

   Disebabkan oleh terkejut, pintu besar itu terbuka dan Fairuss terjatuh di atas Rayyan kerana tolakan daripada pintu. Lantas mata mereka berdua seperti berpinar akibat pelbagai cahaya yang masuk ke rumah itu. Fairuss mencuri pandang dan kelihatan ramai wartawan yang menghulurkan pitar rakaman suara di hadapannya. Fairuss tiba-tiba rasa pening dan pengsan di atas riba Rayyan.


X          X          X          X          X          X          X          X          X          X


Fairuss sedar. Dia kini berada di atas katil dalam sebuah bilik yang penuh dengan bau ubat. Ada seorang lelaki menemaninya di sisi. Rayyan! Hatinya terkejut. Aku ingat aku mimpi. Rupa-rupanya betul. Fairus menampar-nampar pipinya dan mencubit sedikit di bahagian bahunya sendiri. Kenapa aku tak sedar daripada mimpi lagi ni? Fairus bermonolog sendiri.

   Rayyan tersedar kerana bunyi bising daripada tidurnya. Fairuss terkejut apabila tubuh badan itu bangun. Fairuss lantas menghempas tubuhnya ke katil semula. Tetapi tak jadi sebab kepalanya terhantuk pada besi katil. Aduhh!!!! Fairuss menyerang kesakitan.

   "Owh......nak buat-buat pengsan ya?!" Rayyan bersuara dan Fairuss kantoi. Nak atau tak nak berhadapan dengan Rayyan, dia perlu duduk semula.

  Melihat keadaan itu, Rayyan pantas memegang tangan Fairuss. Pelik pulak perangai lelaki ni? Melihat keadaan yang pelik, Fairuss memandang pintu yang ada sedikit ruang tingkap. Ramai wartawan yang ingin masuk tapi tak dapat. Mereka hanya meneruskan niat mereka dengan mengambil gambar pada bahagian yang ada cermin.

   "Senyum...senyum...." Rayyan berkata pada Fairuss. Fairuss senyum kerana bimbang diapa-apakan oleh Rayyan.

   Rayyan memandang Fairuss sambil duduk di sisi dan memegang tangannya. Dah kenapa lelaki ni sedih?

   "Kau jangan nak gembira sangat bila aku pegang tangan kau." Rayyan bersuara.

   "Kenapa?" Fairuss memberanikan diri untuk bersuara. Kepalanya masih dalam keadaan berbalut.

   "Sebab aku tak ada niat pun! Aku nak tanya kau satu perkara." wajah Rayyan masih tidak berubah.

   Owh, berlakon rupanya mamat ni! Fairuss layankan sahaja dan membuat dirinya seperti sedang bercakap serius dengan Rayyan.

   "Aku nak tahu, macam mana kau ada dalam rumah aku?"

   Rumah dia? Muka Fairuss serius.

   "Saya tak tahu pun tu rumah Encik?" Fairuss menggunakan perkataan encik kerana Rayya tidak mengenalinya.

   "Tu rumah aku lah. Aku macam pengsan sebab aku langsung tak tahu apa yang berlaku malam tadi?" Rayyan mahukan penjelasan.

   "Saya pun tak tahu. Encik tak nampak ke kepala saya berdarah ni? Kalau saya ada niat jahat kat encik, dah lama saya panggil orang jabatan agama datang serbu rumah tu. Adoyai!" Fairuss meninggi suara tetapi riak mukanya masih tidak berubah. Masih berlakon.

   "Hmm....tak pe. Nanti aku siasat. Tapi sebelum tu....." Rayyan menutup langsir yang ada di pintu. Dia mencapai lembaran akhbar pada hari ini. Lalu dicampaknya atas meja sakit yang berhadapan dengan Fairuss.

   Fairuss terkejut apabila melihat muka surat pertama yang terdapat gambarnya dengan Rayyan. Jadi betul lah aku tak mimpi pasal ambik gambar dengan dia dihadapan muka pintu? Fairuss termanggu sebentar.
 
   Rayyan bengan dengan tiada reaksi muka daripada Fairuss. Lantas dia mengetuk meja dengan kuat.

   Bang!

   "Owh, mak kau! " terkejut Fairuss dibuatnya.

   "Apa yang kau nak buat dengan berita kita yang tersebar ni?" Rayyan bertanya pada Fairuss.

   "Tak pe. Nanti saya beli semua akhbar ni...kemudian saya bakar semuanya." Fairuss menjawab.

   "Kau jangan nak bergurau dengan aku ye. Kau tahu siapa aku?" Rayyan bertanya semula.

   "Mana saya tahu. Saya ni bukannya berminat nak tahu pasal encik. Kalau tengok daripada rumah, orang popularlah kot." Fairuss menjawab slumber dan memandang ke tempat lain.

   "Kau pandang aku!" Rayyan memandang tepat pada muka Fairuss. Fairuss terkejut lantas memandang muka Rayyan.

   Rayyan menyambung kata-katanya semula.

   "Aku anak usahawan dan seorang jurutera yang 'macho' dan bergaya di syarikat bapa aku. Aku bukan orang sebarangan nak berpasangan dengan orang macam kau!" Rayya menceritakan tentang dirinya.

   Bongkak betul lelaki ni. Fairuss menyampah dengan perangai Rayyan. Fairuss memarahi dirinya. Macam manalah aku boleh terjebak dengan masalah dunia dengan dia ni! Fairuss pening.


No comments:

Post a Comment