Friday, July 1, 2016

Hadiah Terakhir 4

Rayyan menunggu di balai ketibaan sambil menyamar bersama dengan kawannya Hazriq. Bukan apa-apa tetapi bimbang diserang oleh wartawan. Lagipun, Rayyan tidak mahu kepulangan ibu bapanya akan menjadi kacau bilau apabila mereka tiba nanti. Rayyan menghantar mesej kepada bapanya untuk bertemu di tempat lain.

   Dari jauh kelihatan ibu dan bapanya membawa troli berisi barang dan menuju ke arahnya. Tetapi masih mencari-cari orang yang akan menjemput mereka. Ibu dan bapanya low profile tetapi bimbang disebabkan berita ini akan menyebabkan keluarganya malu.

   Rayyan mengangkat tangan sambil memegang board yang tertulis nama ibu dan bapanya. Mereka berdua menuju ka arah Rayyan.

   "Maaf, encik berdua ke jemput kami?" bapanya, Tuan Naufal bersuara.

   "Ya." Rayyan jawab bersahaja.

   "Kalau macam tu, tolong bawakan barang yang ada kat puan. Sebab barang yang ada kat tangan saya ni boleh dibawa sendiri." Tuan Naufal bersuara lagi.

   Mereka berempat menuju ke van berwarna gelap yang sudah siap bersama pemandu. Masuk sahaja ke dalam van, Rayyan dan Hazriq membuka janggut dan barang palsu dimukanya.

   "Lah, kamu Rayyan...Hazriq. Kenapa kamu berdua menyamar? Dah macam undercover lah pulak...hahaha" Tuan Naufal terkejut sambi membuat lawak. Tetapi mukanya berubah serius kembali apabila dua wajah anak muda di hadapannya tidak menunjukkan reaksi dengan lawaknya.

   Sebelum memulakan bicaranya, Rayyan menyalam kedua ibu bapanya. Rasa bersalah menyerbu hatinya.

   Rayyan menceritakan semuanya kepada papa dan mamanya. Mamanya, Puan Aleesya terkejut dengan segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Rayyan. Hazriq yang mendengar penerangan daripada mulut Rayyan terasa kesian dengan gadis yang terpaksa dituduh sebagai pesalah tetapi pengakhirannya diharapkan bahagia.

   "Di mana gadis yang menjadikan Rayyan sebagai mangsa tu?" Puan Aleesya pula kini bersuara.

   "Mama jangan bimbang. Rayyan dan selesaikan hal ini semuanya. Cuma tinggal nak buat sidang akhbar sahaja." Rayyan menerangkan kepada mamanya.

   "Macam mana dengan kamera CCTV yang ada dalam rumah. Rayyan dah check?" Tuan Naufal menambah lagi pertanyaan. Dia pelik kenapa semua ini berlaku sedangkan ada security di rumah mereka?

   "Dah cari papa......tetapi tiada satu pun video yang relate dengan kejadian malam tu." Rayyan sudah hilang kata. Jika ada bukti dia tidak bersalah pasti sudah selesai awal-awal lagi kes ini.

   Hazriq dan keluarga Rayyan terdiam seketika. Memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.


X          X          X          X          X          X          X          X          X           X


"Assalammualaikum." Fairuss mengetuk rumah sahabatnya, Ayra. Lama juga Fairuss menunggu di hadapan rumah kawannya itu.

   "Waalaikumussalam. Ya, Allah. Fairuss rupanya." buka sahaja pintu rumah, Ayra terus memeluk kawannya.

   "Kau apa khabar Fairuss? Lama tak dengar khabar kau lepas habis universiti." Ayra yang tak menyempat mengajak kawannya masuk, melontarkan soalan. Usai sahaja melepaskan pelukan.

   Fairuss terdiam sambil menundukkan kepala. Ayra yang melihat keadaan sahabatnya yang ditemani dengan sebuah beg besar, timbul rasa kasihannya pada Fairuss. Ayra mengajak Fairuss masuk. Keluarga Ayra yang sudah lena tidur dibuai mimpi indah langsung tidak menyedari kehadiran tetamu pada malam ini.

   Ayra menutup pintu rumah dan membawa kawannya ke bilik tidurnya.

   "Fairuss buat sementara ni, kau duduk sahaja dengan aku. Keluarga aku tak kisah." Ayra menerangkan pada Fairuss sambil memegang erat tangan kawan sahabatnya itu.

   Fairus melihat keadaan itu, lantas bersuara.

   "Terima kasih Ayra. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Susah dan senang aku kau selalu ada." Fairuss memeluk Ayra dan menangis.

   "Eh, kenapa kau menangis ni Fairuss. Kalau kau ada masalah terang kat aku. Aku sedia mendengarnya." Ayra menenangkan kawannya sambil meleraikan pelukan.

   Fairuss menceritakan segala masalahnya kepada Ayra. Melihat keadaan situasi itu, sahabatnya itu lantas bangun dan tidak berhenti berjalan, seperti memikirkan masalah yang terlalu rumit tentang Fairuss.

   "Kau cakap, gambar perempuan yang ada dalam surat khabar tu...gambar kau?" Ayra seperti tidak percaya. Dia memandang dua tiga kali sekejap Fairuss, sekejap gambar dalam akhbar.

   Fairuss mengangguk.

   "Jangan risau Fairuss. Gambar dalam akhbar ni memang tak ada rupa kau. Mata dahlah digelapkan. Tambahan pula, kau cantik tapi......" Ayra memerhatikan gambar itu lagi dan mencari perkataan yang sesuai.

   "...dalam gambar tu tak cantik?" Fairuss memotong.

   "Bukan tak cantik. Tapi memang tiada rupa kaulah. Hehehe...." Ayra menyambung semula. Sempat pula dia membuat lawak.

   Fairuss menarik nafas lega. Kira maruahnya masih boleh diselamatkan. Cuma wartawan yang masih ingin mengejarnya.

   "Kau dah kerja ke belum Fairuss?" Ayra inginkan kepastian kerana melihat pada keadaan, macam Fairuss sudah berhenti kerja.

   "Aku dah berhenti kerja sebenarnya, sebab majikan aku tak boleh simpa rahsia. Rumah sewa yang aku duduk sementara kerja ni pun tadi, hampir diserang oleh wartawan." Fairuss menerangkan keadaan yang sebenarnya yang membawanya jauh ke sini.

   Ayra dapat satu cadangan.

   "Alang-alang kau dah datang dari KL ke Perak ni. Moleklah kalau kau kerja kat tempat aku kerja. Ada kerja kosong." Ayra mempelawa Fairuss.

   "Alhamdulillah. Murah rezeki kawan aku ni, sebab tolong aku. Banyak tolong aku. Terima kasih, Ayra." Fairuss memeluk Ayra.

   Jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Ayra yang melihat jam terkejut.

   "Dah. Kita tidurlah Fairuss. Besok aku cuti tapi takut bangun lambat. Aku kenalkan kau kat family aku besok pagi ya." Ayra menerangkan panjang lebar pada Fairuss.

   Ayra sungguh teruja nak memperkenalkan Fairuss pada keluarganya. Fairuss pula rasa sungguh bersyukur kerana sahabatnya yang sangat memahami situasinya. Tidurnya diselaputi dengan ketenangan.







 

No comments:

Post a Comment