Thursday, August 11, 2016

Cinta

Cinta. Semua manusia ingin bercinta, dicintai dan disayangi. Tetapi sayangnya ada cinta yang membawa kelekaan, ada cinta yang membawa kebahagiaan, ada cinta yang membawa kepada kelukaan dan ada cinta yang membawa kita dekat pada Tuhan.

   Dalam dunia, kesempurnaan kecantikan memang dicari dahulu kerana ianya merupakan luaran. Kita tak mampu untuk menentukan siapa-siapa perlakuan berdasarkan luaran. Hanya Dia yang mengetahui.

   Kadang-kala rasa kesal menyerbu hati kerana menyukai seseorang yang tak pernah menyukai diri ini. Kadang-kala rasa kesal, mengapa menyukai dia terlalu lama? Wahai Adam ingatlah! Bahawa hati seorang Hawa hatinya senipis kulit bawang. Berhati-hatilah dengan perlakuanmu yang selalu menyebut namanya atau terlalu mengambil berat akan dia boleh mencairkan hatinya. Tetapi sekali ia terluka, ia akan cuba mengelakkan diri daripadamu. Bila dia mengelakkan diri....janganlah kau memanggilnya semula....kerana ia akan menimbulkan harapan di hatinya.

   Jangan kau lupa wahai kaum Hawa....jodoh itu di tangan Tuhan. Kesetiaan kau kepada perintah Tuhan akan menjadikan kau seorang yang setia pada bakal suamimu. Maka carilah cinta Allah. Hatimu pasti akan tenang dengan cinta yang palsu dan hatimu akan terpelihara daripada kemaksiatan kerana mencintai seorang yang bukan halal buatmu.

   (Sekadar satu penulisan)



 

No comments:

Post a Comment