Friday, October 28, 2011

Muslimah























Assalammualaikum


" Kring.....kring...!!!!!!!", Anas terbangun dari tidurnya apabila loceng kelas tanda habis rehat berbunyi. Anas memandang sekeliling kelas dan dilihatnya semua pelajar di dalam kelas tingkatan 5 Ar-Razi sudah pulang ke tempat duduk masing-masing. Selepas 15 minit berlalu masuklah guru matapelajaran kimia yang dikenali agak garang iaitu Cikgu Maizah. Dia pantang sekali melihat pelajarnya tidur dan perkara yang paling popular yang dibuatnya adalah 'pop quiz'. Siapa-siapa yang tak dapat jawab bakal mendapat kerja rumah setinggi gunung Kinabalu. Tapi pada hari ini kedatangannya dibawa sekali seorang manusia iaitu seorang lelaki.
Sri mencuit bahu Anas. "Siapa dia tu??kacaknya...aku nak jadikan dia teman lelaki akulah." kata Sri kepada Anas yang masih dalam keadaan yang terpinga-pinga. Ish, dahsyat betul minah ni....awal-awal lagi dah pakai cop-coplah pulak. Detik hati Anas. 
Cikgu maizah yang mula perasan keadaan kelas yang semakin bising lalu terus menjerit. "Semua senyap jika tidak mahu saya adakan kuiz hari ni!!!". Lantas kelas yang bising tadi terus menjadi senyap. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut melainkan bunyi kipas dan keadaan luar sahaja yang menjadi  irama. Anas perasan bahawa lelaki yang di sebelah Cikgu Maizah tadi tersenyum. Pelik. Dia tak takut ke dengan Cikgu Maizah. Detik hati Anas lagi. Cikgu Maizah menyuruh lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Assalammualaikum. Nama saya Adha Hakimi Bin Haris. Boleh panggil saya Kimi.Jika mahu lebih rapat rlagi panggilah saya Hakh." Terang lagi pelajar baru tersebut sambil memandang kearah aku. Aku rasa dia tak pandang aku kot sebab sebelah aku ni Sri lagi cantik. Detik hati Anas. Kemudian kelas berjalan seperti biasa dan tempat duduk Hakimi adalah di belakang Anas.
Anas tidaklah secantik mana tetapi dia sangat popular dikalangan lelaki dengan perangai sombongnya atau lebih dikatakan tiada perasaan terhadap lelaki. Anas memang tekun belajar jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar perempuan lain di dalam kelas itu. Anas ni juga boleh dikenali sebagai pelajar yang rajin kerana suka membersihkan kelas di awal pagi yang buta itu.
Pada suatu pagi, Anas memasuki kelas pada awal pagi dan seperti biasa ingin mengemas kelas. Tiba-tiba dia ternampak seorang pelajar sedang tidur. Anas yang hendak mengemas kelas seperti biasa terasa terganggu. Namun, dia meneruskan niatnya juga seperti biasa walaupun adanya kehadiran seseorang. Sedang asyik dan terleka mengemas, Anas terasa ada seseorang yang memerhatikannya. Pada mulanya dia buat tidak endah tapi hatinya mahu pusing atau mencari kelibat yang sedang memandangnya. Anas berpusing dan melihat tempat yang pelajar tadi tidur namun tiada kelibat manusia lagi di situ. Berdebar-debar hati dirasanya. Dia terasa ada kelibat di belakangnya lalu pusing dan dilihatnya Hakimi yang sedang berdiri di tepi pintu kelas sambil melihatnya.
Anas yang melihat keadaan itu lantas meneruskan kerjanya kerana dia memang tidak biasa bergaul dengan pelajar lelaki di dalam kelasnya. Hakimi yang berdiri di tepi pintu hanya diam membisu dan berpaling setelah mendapati Sri, kawan kepada Anas di belakangnya. Sri memberi isyarat kepada Hakimi untuk mengikutinya meskipun dia tidak menegur Anas yang sedang mengemas kelas. Apatah lagi untuk membantunya.
Matahari kian menaik dan hari sudah pun terang menerangi alam. Semua pelajar telah menghadiri ke kelas masing-masing. Anas mengambil tempat duduknya. Dia melihat Hakimi dan Sri belum lagi memasuki kelas. Tidak lama kemudian Sri dan Hakimi memasuki kelas. Pelajar yang perasan akan kehadiran mereka terus berbisik-bisik dan mula menyatakan Hakimi dan Sri telah bertunang disebabkan oleh keluarga sejak mereka kecil lagi. Bertuahlah Sri dapat orang yang disayanginya. Detik hati Anas. Habisnya kelas, Anas pulang ke rumah menaiki motor. Ketika ke tempat letak motor Anas melihat ada sepucuk surat di dalam bakul motornya. Di atasnya tertulis 'Cinta yang tidak kesampaian'.
Setiap hari Anas memang membuka laman blognya dan ada seorang pengikut blognya yang tidak dikenali. Tetapi orang tersebut memang selalu memberi komen dan mengikuti blognya. Tidak tahulah pula jantinanya sama ada lelaki atau perempuan. Dia cuma membalas chat atau komen yang tertera pada blognya. Pada kali ini, Anas menulis blognya tentang 'cinta yang tidak kesampaian'. Sebenarnya Anas terdetik menulis balas surat tersebut kerana penulisnya menyatakan di dalam surat tersebut, 'Sila balasnya di dalam laman blogmu'. Anas hanya menuruti kerana ada satu soalan yang tertulis di dalam surat tersebut iaitu "Apakah kita akan bahagia bersama orang yang tidak dikenali?".

Cinta Yang Sebenarnya

Cinta yang sebenarnya....
Adalah cinta kepada Ilahi yang kekal abadi...
Cinta kepada Rasul....
Cinta kepada kitab iaitu Al-Quran...
Cinta kepada agama...Islam...

Kemudian cinta sesama manusia...
Ibu, Ayah dan keluarga...
Cinta kepada teman...
Cinta sesama saudara....
Jika tanpa hadirnya 'cinta'..
Dunia sudah lama huru-hara...
Jadi janganlah risau wahai saudara @ saudari...
Meskipun kita tidak mencintai seseorang itu...
Namun ia akan hadir atas kuasa-Nya...
Sesungguhnya Dia telah menetapkan yang terbaik....
Untuk hamba-Nya...

Sebab itu ramai orang kata...
'Cinta' boleh dipupuk...
Tapi carilah cinta yang 'halal'..
Yakinlah kepada Allah...
Itu adalah pendapat saya....
Dari: Hamba Allah

Anas memberhentikan penulisan blognya. Sebenarnya Anas sudah menyukai seseorang dan tipulah sekiranya dia tidak menyukai seseorang kerana suka kepada seseorang adalah fitrah bagi seorang manusia. Tetapi orang yang disukainya adalah rahsia. Tiada seorang pun yang dapat ketahuinya.
Hakimi yang membaca blog Anas mula memahami. Dia tidak akan meluahkan isi hati kepada Anas kerana dia tahu Anas pasti tidak akan menerima cintanya. Dia bangga kerana mempunyai kawan blog seperti Anas. Dia tahu Anas tidak mengetahui bahawa dialah salah seorang kawan blog Anas. Dia tahu bahawa sekiranya Anas menerima pun dia tiada lagi peluang kerana dia sudah mempunyai tunang iaitu Sri. Tunang secara rasmi belum tetapi tunang yang dipilih oleh keluarganya sejak kecil lagi. Sebenarnya, Hakimi pindah ke sekolah itu pun kerana di desak oleh ayah dan ibunya untuk lebih mendekati tunangnya. Namun sebab sebenarnya adalah dia ingin mengenali seorang gadis yang bernama Anas. Hakimi terpikat akan kata-kata yang ditulis oleh Anas di dalam blog. Kini dia mengenali Anas.

10 Tahun Kemudian...

"Assalammualaikum", Hakimi melangkah masuk rumahnya. Dia dapat mendengar riang ketawa isterinya bersama anak-anaknya. Kini Hakimi sudah berkahwin dan bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat yang agak terkenal. Dia mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang bernama Nur Annajah Muslimah dan seorang lagi bernama Amirul Mukminin. 
"Waalaikumussalam".Najah dan Amirul mendapatkan ayahnya di muka pintu sambil menjawab salam. Seorang wanita yang berada di sofa terus mendapatkan suaminya di muka pintu. Menyalami dan membawa masuk beg yang dibimbit oleh suaminya tadi. Kemudian semua melangkah masuk ke dalam rumah. 
"Nur sayang, boleh tolong abang angkat anak-anak kita ke bilik mereka?", Hakimi meminta pertolongan isterinya kerana Najah dan Amirul sudah pun terlena di sofa ketika sedang menonton tv bersama-sama Hakim. Mereka berdua bersama-sama meletakkan anaknya di atas tilam. Isterinya yang berdiri di tepi pintu sedang leka melihat suaminya membelai Najah dan Amirul. Rasa bahagia menerjah di hati isterinya.
"Abang, bahagia Anas melihat anak-anak kita", Anas meluahkan isi hatinya kepada suaminya. Hakimi pergi mendapatkan isterinya lalu memeluk isterinya.
"Abang bahagia Anas bahagia. Cinta boleh dipupuk dan cinta itu dari-Nya. Tiada siapa yang dapat melawan takdir-Nya. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Terima kasih atas tulisan Nur yang memberikan abang jawapan yang terbaik", Hakim membalas kata-kata isterinya dengan lembut dan penuh makna.
Sebenarnya, pada lima tahun yang lalu. Sri kawan kepada Anas telah pun mengalami kemalangan jalan raya ketika bergegas pulang ke rumah setelah mendapat tahu berita kematian ibu dan ayahnya. Tetapi ajal telah menunggu Sri. Jadi dia pulang ke Ilahi bersama ibu dan ayahnya. Setahun selepas kematian Sri dan keluarganya, Hakimi melanjutkan pelajaran ke universiti. Tetapi dia telah terjumpa Anas di sana. Jodoh mereka panjang. Anas tidak putus-putus berdoa agar dia dipertemukan dengan Hakimi dan sekiranya dipertemukan Hakimi sudah berpunya, dia redha. 
Namun, dia mendapat tahu bahawa dirinya telah dilamar dan lamaran itu daripada Adha Hakimi bin Haris untuk Nur Annas bin Zahid.

TAMAT


Thursday, October 20, 2011

Hati Ini

Apabila tibanya masa aku termenung, aku akan mula menyendiri dan memikir apa yang telah aku lakukan dalam hidup aku ini???Dosa??Pahala???Aku pun tak tahu yang mana banyak aku kumpul selama 20 tahun aku hidup di dunia ini. Selama 20 tahun aku hidup aku rasa banyak dosa yang telah aku lakukan. Kenapa semua memandang aku bahawa aku ini budak yang baik???Aku rasa aku terlalu jahat sehingga berlindung di sebali hijabku. Keluarga, kawan, semua menganggap bahawa aku ini budak yang baik. Rasa sedih sentiasa bermain di hatiku. Sedih kerana tidak dapat mengawal diri aku dari melakukan dosa. Dosa yang hanya Allah sahaja yang tahu. Kadangkala aku ingat bahawa apa yang telah aku lakukan adalah dosa dan kadangkala aku lupa sehingga mehanyutkan diriku dengan dosa yang dijanjikan neraka. Setiap orang yang melakukan dosa pasti akan merasa bahangnya api neraka. Betapa dahsyatnya api neraka itu. Ia telah meyala sejak daripada zaman Nabi Adam lagi. Wahai diri ku ini. Tidakkah kau takut akan azab dan seksaan yang sedang menunggumu apabila engkau melakukan dosa???Tidakkah kau takut akan Tuhan yang Maha Kuasa ??yang boleh menurunkan bala padamu pada bila-bila masa atas segala kesalahan yang telah engkau lakukan. Astaghfirullahalazim....Beristighfarlah, bertaubatlah kepada Tuhanmu yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat............

Friday, October 7, 2011

Destinasi Cinta-Mestica


 Mengingkap tirai hati,
Mengintai keampunan,
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan.

Tiap jejak nan bertapak,
Debu kejahilan,
Akan ku jirus dengan madu keimanan.

Tak ternilai air mata dengan permata,
Yang bisa memadamkan api neraka,
Andai benar air mengalir dari nasuhan nurani,
Takkan berpaling pada palsu duniawi.

Destinasi cinta yang kucari,
Sebenarnya terlalu hampir,
Hanya kabur kerana dosa,
Di dalam hati....

Telah ku redah daerah cinta,
Yang lahir dari wajah yang hampa,
Tiada tenang ku temui,
Hanya kecewa....menyelubungi.

Oh gelintar segenap maya,
Dambakan sebutir hakikat,
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat,
Moga dapat ku berteduh,
Di rendang kasihMu.

Namun ranjaunya takkan sunyi,
Selago denyut nadi belum berhenti,
Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah yang bernama hati.

Lestarikan wali kalbuku oh Tuhanku,
Leraikan aku dari pautan nafsu,
Biarpun sukar bagiku melaman redha-Mu,
Namun kasihku mengharap ampunan-Mu,
Wahai Tuhanku.....Ya Allah.