Sunday, June 16, 2013

LEMAS DALAM DOSA


Matahari terbit di sebelah timur. Angin sepoi-sepoi bahasa bersama deruan ombak yang mengunjungi pantai
di barat itu. Kelihatan seorang gadis duduk menghadap melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang begitu
indah. Kehadiran seorang sahabat di sisinya cukup menggembirakannya walaupun mungkin dia terpaksa berpisah andai ajal menjemputnya dahulu. Percutian yang indah ini menjadi 1001 kenangan untuk diri gadis tersebut sebelum dirinya menemui kekasih yang abadi.
   
    "Khoirun, awak tak nak pergi sarapan?"
 
    "Awak pergilah dulu. Kejap lagi saya sampai. Rasa rindu pulak dengan tempat ni."
 
    "Ok. Jangan lupa cepat tau. Saya tunggu awak dekat lobi. Kejap lagi kita dah nak balik."
   
     Khoirun Jannah hanya membalas senyuma kepada Asma Qhadijah yang sudah lama menjadi sahabat baiknya daripada sekolah. Mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan bercuti di tempat-tempat yang ingin Khoirun inginkan. Asma berlalu pergi setelah faham akan maksud isyarat Khoirun. Khoirun memandang pantai yang jauh hingga tiada penghujungnya. Dia mengimbas kembali segala apa-apa yang telah dia lakukan ketika dia sudah mumaiz (berakal). Boleh memikir perkara yang baik dan perkara yang buruk. Hidupnya dahulu penuh dengan dengan didikan agama ketika di sekolah menengah. Ibu dan ayahnya bangga kerana mempunyai anak yang seperti dia. Dia belajar menutup aurat, memakai tudung labuh, beribadah, solat jemaah dan perkara yang berkaitan dengan agama Islam telah dia pelajari.
 
     Semasa habis sahaja khatam mengaji di sekolah itu. Dia mula berubah, mencari dirinya sendiri. Walaupun dia cuba untuk mengekalkan dirinya seperti di sekolah dahulu, pelbagai dugaan yang dia hadapi. Sedikit demi sedikit dia tinggalkan apa-apa yang telah dipelajarinya di sekolah menengah dahulu. Cabaran dunia teknologi, multimedia dan moden. Meracuni fikirannya satu persatu. Dia tahu apa yang dilakukannya salah tetapi dia masih mengulangi kesalahan yang sama. Dia cuba berubah. Kawan dan sahabtnya ramai cuba membantu dia untuk berubah dengan mengajak mendengar ceramah agama dan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah.
     
       "Nama saya Chua. Saya nak bertanya sesuatu. Bolehkah orang bukan Islam menyebut Assalammualaikum?"
   
        Pertanyaan yang pertama yang telah dikemukakan oleh seorang yang mualaf semasa dia di universiti dulu. Pelajar tersebut merupakan orang mualaf dan dia terus bertanya kepada Khoirun apabila dia mendapat tahu bahawa Khoirun merupakan pelajar bekas sekolah agama. Dia masih ingat dia dapat menjawab tetapi masih ragu-ragu dengan jawapan yang telah diberi. Kadang-kadang dia berasa malu dengan pelajar lelaki tersebut kerana dia merupakan seorang yang bukan Islam pada ketika dahulu tetapi lebih bernas akan segala ucapannya mengenai Islam. Hadis, Al-Quran, semuanya dia tahu lebih daripada Khoirun. Setiap kali berselisih pasti Khoirun tidak mampu mengangkat mukanya memandang Chua. Seorang yang baru masuk Islam, dia seolah-olah seperti bayi yang baru lahir kedunia. Tanpa sebarang dosa dan seperti kain putih yang tiada satu kekotoran pun pada dirinya. Alangkah indahnya.
     
          Khoirun sudah lama meninggalkan Al-Quran tetapi alhamdulillah saat dia mula terbuka ingin membacanya, dia masih boleh membacanya. Lidahnya masih belum kaku untuk mengucap syahadah. Saat pertama kali membuka semula, air mata Khoirun mengalir. Rasa syahudu kerana Al-Quran yang pernah menjadi peneman hatinya telah ditinggalkannya sekian lama. Pada saat itu setelah dia sekejap berubah baik kemudiam buruk balik. Setelah berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama. Dia rasa sangat lemas hidup dalam dosa. Asma yang telah menjadi kawan baiknya, sangat membantu dirinya untuk berubah. Perkara yang paling tidak dapat dilupakannya. Apabila dia membaca tafsiran Al-Quran yang bermaksud:   
                
"Kamu (umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik." (Surah Ali Imran :ayat 110)
     
        Aku telah dipilih menjadi orang Islam sejak ku dilahirkan. Mengapakah aku masih tidak mahu berubah? Detik hati Khoirun. Sedangkan orang yang bukan Islam hanya orang-orang yang tertentu sahaja telah diberi hidayah dengan izin Allah.
       
        Setelah beberapa minggu berlalu, dia mula merasakan dirinya perlu berubah tetapi dirinya selalu bertangguh. Esoklah saya nak berubah. Lusa lah saya nak berubah. Tetapi tiada perubahan yang mampu Khoirun lakukan sehingga satu masa dia telah ditimpa satu dugaan yang besar. Dia menghidap barah hati dan dalam peringkat yang kritikal. Hanya 50:50 sahaja peluangnya untuk hidup. Pada ketika itu dia seudah pun hendak menamatkan tahun akhirnya. Setiap malam dirasakannya seola-oleh tidak mampu berjumpa keesokan harinya.
       
          Tetapi dia tidak meyerah. Dia mula berubah dengan didikan dan asuhan yang dia cuba terima untuk berubah. Cuma kadangkala mungkin semua tidak mahu berapa mendekatinya kerana dia seorang yang pendiam dan dari riak wajahnya ramai yang melabelkan dirinya 'skema'. Sudah menjadi budak baik. Tetapi kesalahannya mungkin ada yang menyebabkan dirinya kadangkala merasa terpinggir. Dia tidak mampu rasanya untuk berumahtangga. Kerana dia tahu dalam keadaan dirinya yang sangat kekurangan dari segi agama. Mampukah dia melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Mampukah dia menjadi isteri dan hamba Allah yang mampu bawa keluarganya menuju jalan ke syurga?Persolan yang terlalu banyak sehingga dia berasa kasihan kepada bakal suaminya.
       
            Kini dua tahun berlalu dan dirinya mash lagi bernyawa. Dia mengucap syukur kerana Allah telah memberi peluang untuk dia hidup dan menebus segala kesalahan yang telah dia lakukan. Insya-Allah. Dia dan Asma sudah meluangkan masa 3 hari di Pulau Pangkor itu.Indah, nyaman akan ciptaan Tuhan ini. Bisik hatinya sendirian. Matanya terus dan menerus memandang keindahan yang berada dihadapan matanya.
       
          "Mana lah Khoirun ni. Kata nak makan sama-sama. Tak mengapalah aku pergi tengok dia."

          Asma melangkah dan melihat Khoirun sedang bersandar di pokok yang menjadi tempat berehat mereka untuk melihat keindahan alam. Asma melabuhkan dirinya disisi Khoirun. Dilihatnya Khoirun sedang lena tidur dengan senyuman manis yang mampu menunjukkan sahabatnya dalam keadaan gembira. Khoirun mimpi indah agaknya. Detik hati Asma. Dia melihat perubahan kawannya sangat baik. Tudung labuh yang menutupi tubuh, sarung tangan, sarung kaki sudah menjadi pakaian rutin sahabatnya. Dia bersandar di bahu Khoirun dan menutup mata sementara menunggu sahabatnya membuka mata dan terkejut melihat dirinya disisi sahabat baiknya.
       
           Asma mengangkat kepala dan melihat wajah Khoirun. Dia memegang tangan Khoirun dan cuba mengejutkan sahabat baiknya.
       
           "Khoirun kata nak makan. Jom". Asma kaku apabila dirasakan tangan sahabatnya sejuk. Dia mula meletakkan tangannya berdekatan dengan hidung Khoirun. Tiada nafas yang berlaku. Tangan Khoirun longlai dan disitu terdapat gambar keluarga dan rakannya. Di belakangnya tertulis.

          "Kaulah sahabatku dunia dan akhirat. Moga berjumpa kita di sana seandainya takdir hanya setakat ini buat ku di dunia yang penuh fana ini." 
         
         Asma menitiskan air mata membaca dan melihat gambar mereka semasa sekolah dahulu. InnalillahwaInnailaihirojiun. Allah lebih sayangkan dia. Mungkin sudah tiba masanya untuk Khoirun pergi.
         
         Alhamdulillah. Jenazah Khoirun sudah dikebumikan. Moga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Doa dalam hati Asma.