Friday, November 20, 2015

Dunia

Dunia.......
Saat tiba masanya kau akan berakhir jua......
Aku kini seperti mengejarmu....
Tanpa mempedulikan bahawa......
Kau akan diakhiri jua.....

Dunia......
Kau telah dicipta oleh-Nya......
Yang Maha Berkuasa......
Telah ditetapkan ujian untuk kami......
Sebagai manusia.....khalifahnya di muka bumi ini.....

Dunia.....
Telah kami diberi tanggungjawab.....
Untuk menjagamu.....
Tetapi dengan tangan-tangan kami....
Kau telah makin musnah.....

Dunia....
Ramai kuasa besar ingin meneroka....
Memiliki segala sumbermu dengan tamaknya....
Sehingga sanggup membunuh manusia yang tidak berdosa.....
Seolah-oleh menoreh isimu....
Seperti menoreh dan menghancurkan tubuh yang tidak berdosa....

Dunia....
Aku telah leka dengan kecantikanmu.....
Kini aku sedar bahawa aku bukan hidup untukmu....
Tetapi....aku hidup untuk akhirat.....

Dunia....
Walaupun hanya sementara....
Kau adalah tempat ujian bagi manusia....
Untuk diuji oleh Allah....
Yang mana benar-benar memegang janji-Nya....
Sesungguhnya....ada kalanya......
Aku memungkiri juga janji itu......





Luasnya Rahmat Allah (Hadis Nabawi)
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya Allah SWT menciptakan rahmat pada hari penciptaannya sebanyak seratus rahmat, maka dipeganglah di sisi-Nya sembilan puluh sembilan dan Dia turunkan satu rahmat untuk seluruh mahluk-Nya. Sekiranya orang-orang kafir mengetahui semua rahmat di sisi Allah, nescaya mereka tidak akan berputus asa untuk memperoleh syurga, dan sekiranya orang-orang mukmin mengetahui  semua seksa yang ada di sisi Allah, nescaya ia tidak akan merasa aman dari neraka'." (Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No. Hadis 6469, 1400 H: 185-186).


One Side Love !!!!!!! (Akhir)

Semeter tujuh berakhir dengan begitu sahaja. Mia kini berada di semester lapan dan tidak dapat duduk di kolej. Selepas semester enam yang lalu, FG telah mengetahui siapa Mia dan dia telah memblock FB Mia daripada FBnya. Mia dah tahu FG membencinya dan sangat-sangat membencinya.

   Semester ini, Mia duduk dirumah sewa bersama Kamilah, Maisara dan tiga lagi kawan rumah yang lain. Mia tahu bahawa FG masih lagi berada di kolej dan dia bekerja di pejabat kolej. Mia tidak sanggup lagi berhadapan dengan one side love nya. Mia langsung tidak bermesej atau apa-apa sahaja pada FG. Sepanjang semester dia cuba mengfokuskan pada kerja akhir semesternya. Hatinya masih ada lagi pada FG tetapi dia cuba mengenepikannya.

   Bulan berganti bulan, akhirnya semester sudah ingin berakhir. Kerja tesisnya juga sudah siap dibukukannya dan dihantar pada pensyarah. Hati Mia tidak senang kerana dia rasa bahawa dia telah mengganggu hidup FG dan dia langsung tidak layak untuk FG.

   Pada suatu malam, dalam keadaan Mia yang tidak sihat dan selsema, Mia telah menghantar mesej terakhirnya pada FG.

           "Assalammualaikum. Maaf kerana saya telah mengganggu saudara selama ini...... saya tahu saya telah banyak buat dosa pada saudara....maafkan segala dosa saya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga saudara berjumpa dengan orang yang dapat menjadi peneman dan bahagia di dunia dan akhirat. Saya akhiri mesej ini dengan..Assalammualaikum........"

   Mia menekan tanda send dan Mia berasa lega. Mia meletakkan telefonnya di sebelah bantalnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mesejnya telah dibalas.

           "Saya terima maaf saudari tapi bolehkah saya berjumpa dengan saudari? Saudari boleh bawa teman untuk menemani saudari...."

   Mia terkejut dengan pertanyaan FG. Kenapa dia nak jumpa aku? Aku dah nak akhirkan semua ini. Kenapa? kenapa? Kepala Mia bertambah pening. Dia tidak tahu nak jawab apa.

            "Maaf saya tak nak jumpa saudara. Saya hanya ingin meminta maaf sahaja...."

   Mia membalas lagi. Bunyi mesej masuk lagi.

            "Betul saudari tak nak jumpa saya....nanti saudari akan menyesal kalau tak jumpa saya...."

   Mia rasa serba salah dan dia memang teringin berjumpa dengan FG di akhir semester ini. Tetapi entah kenapa hatinya menolak? Hatinya dirasakan tidak selesa. Mia takut FG akan cakap yang bukan-bukan jika mereka berjumpa. Mia sayang pada FG tapi mungkin ini peluang atau kata akhir dan amaran terakhir untuk dia daripada FG? Mia tak tahu. Mia menjawab mesej.

            "Saya takkan menyesal. Saudara jangan risau. Saya takkan ganggu saudara lagi..."

   Mia cuba mengeraskan hatinya. Dia bimbang juga hatinya menyesal satu hari nanti. Mesej masuk lagi.

            "Saudari jangan cakap saya tak nak berjumpa dengan saudari. Baiklah kalau itu keputusan saudari. Tetapi saudari jangan menyesal...."

   Mia membaca mesej tersebut. Air matanya menitik. Hatinya rasa kesal. Tetapi dia takut untuk berjumpa dengan FG. Dengan nada mesejnya yang sebegitu. Itulah pengakhiran mesejnya dengan FG. Tiada lagi peluang untuk dirinya dan ianya telah terbukti apabila nombor FG telah ditukar olehnya. Mia tiada lagi peluang kali kedua. Dia telah mensia-siakan peluang keduanya. Tapi sayangnya hatinya tidak terbuka lagi pada mana-mana lelaki. Hatinya masih setia. Menunggu dan menunggu. Sendainya FG berkahwin maka dia akan pasrah dan mendoakan FG bahagia bersama dengan pasangannya. Aminnnn.......





One Side Love !!!!!!

Semester keenam bermula. Mia masih lagi mendapat kolej dan FG sudah berada di semester akhir dan inilah masanya Mia rasakan untuk dia berterus terang pada FG bahawa siapa dirinya sebenarnya. Tetapi Mia tiada kekuatan. Kelemahannya sentiasa mengingatkan dia untuk tidak mendekati FG. Kini Mia berada di semester enam, banyak kerja yang telah diberi oleh pensyarah untuk disiapkannya termasuklah tesis bab 1, 2 dan 3. Semuanya perlu disiapkannya sebelum menghadapi semester hadapan iaitu praktikal.

   Pada satu hari, sedang Mia menyiapkan kerja di bilik kawannya di tingkat empat. Mia telah bermesej dengan FG disaat tiba-tiba dia teringat FG. Pada kali ini, FG bertanya untuk berjumpa dengan Mia di kafeteria dan dia cuba meneka siapakah gadis yang selalu mengganggu di telefon bimbitnya. Mia tidak dapat berjumpa dengan FG kerana kerjanya perlu dihantar pada keesokan paginya pada pensyarah.

   Kali ini FG sangat berkeras pada Mia. Apabila diminta meneka, hampir betul segala sangkaan FG padanya. Jadi benarlah FG mengenalinya tetapi hanya buat tidak tahu pada diri Mia. Mia berterus terang pada FG tentang dirinya. Dia merupakan pelajar jurusan psikologi dan fakulti kemanusiaan. Kemudian FG langsung tidak membalas mesej Mia semula. Mia pernah menyatakan bahawa dia menyukai FG tetapi FG tidak langsung memahami kata cinta daripada Mia.



Sejak daripada hari itu, Mia cuba mengelak ketika berjumpa dengan FG. Saat itu jugalah Allah sentiasa mempertemukan kelibat FG di hadapan Mia. Mia tidak berharap dan dia tidak mahu berharap. Mia cuba menjaga perasaannya. Segala yang dia perlu luahkan, sudah diluahkannya.

   Mia sentiasa berfikir bahawa Maisara juga menyukai FG. Hati dia sentiasa diketuk dengan kenyataan itu kerana Maisara selalu tahu akan perkembangan FG dan selalu menceritakannya kepada Mia. Tetapi Mia cuba dan sentiasa berfikiran positif untuk Maisara. Mia tahu Maisara takkan sembunyi tentang itu pada Mia.

   Mia selalu terfikir bahawa senadainya Maisara ditakdirkan untuk FG dia redha kerana dia mengenali sikap Maisara yang mempunyai ciri-ciri seorang isteri yang solehah. Tetapi setiap kali Mia cakap begitu pada Maisara, Maisara pasti akan marah dan dia cakap tidak mungkin dia akan bersama dengan FG.

   Semester hampir berakhir. Mia tahu FG bekerja di pejabat kolej tetapi dia tak mahu dikatakan tergila sangat pada FG jadi dia mengawal akan tingkah lakunya. Hari terakhir berada di kolej sudah tiba. Sudah tiba Mia berpisah dengan kawan-kawannya dan lelaki yang disukainya semenjak dari semester satu. Maisara, Kamilah dan rakan rumah mereka memberikan kunci pada Mia untuk dipulangkan pada pejabat kolej kerana mereka pulang awal. Sebelum pejabat buka lagi, mereka sudah pulang.

   Kini Mia terpaksa menempuhi pejabat untuk memulangkan sebuku kunci yang digenggamnya. Dia kini berada di hadapan pejabat. Niat hatinya untuk tidak berjumpa dengan FG. Dia hanya ingin memulangkan kunci. Itu sahaja. Mia pergi ke kaunter pejabat, semakin dekat semakin dia nampak kelibat kepala. Tolonglah jangan FG! Tolonglah jangan FG! Hati Mia semakin kuat berdebar.

   "Assalammualaikum." Mia bersuara selepas dilihat kelibat itu tiada.

   "Waalaikumussalam." kedengaran suara lelaki menjawab semula salamnya.

   Ya, Allah! FG benar-benar berada di hadapan matanya. Lelaki yang menjawab salamnya adalah FG. Hatinya berdebar setelah lima semester, inilah kali pertama dia bercakap semula berhadapan dengan FG.

   "Nak apa ye?" FG bertanya pada Mia.

   Mia menenangkan hatinya agar tidak gagap dan meneruskan senyuman. Walaupun mukanya kini dirasakan panas dan merah.

   "Saya nak pulangkan kuncilah." Mia menjawab.

   FG kemudian memberikan buku pemulangan kunci untuk penghuni kolej. Muka FG langsung tidak senyum pada Mia. Mungkin dia tahu bahawa inilah gadis yang telah mengganggu hidupnya. Mia sudah siap menanda pada nama rakan-rakannya. Mia meletakkan kunci di kaunter dan bercakap terima kasih pada FG. Itulah pengakhiran semester yang terindah buat Mia.

 

Tuesday, November 17, 2015

One Side Love !!!!!

Semester ketiga bermula. Nama panggilannya juga berbeza buat Mia dan Maisara. FG itulah panggilan terbarunya. Hanya Mia dan Maisara sahaja tahu apa-apa yang telah dibualkan bersama. Mia mula mencuba memujuk hatinya. Dia ingin membuktikan pada FG bahawa dia juga boleh menjadi seorang ahli yang terbaik. Buka sahaja semester baru, pengambilan mengambil ahli baru bermula. Mia mencuba meminta kelab kemanusiaan. Dia tahu bahawa dirinya memang tidak layak kerana confident levelnye terlalu rendah berbanding sahabatnya yang lain.

   Mia mendapat panggilan daripada pengerusi kelab dan dia telah berjaya memasuki kelab tersebut. Mia bekerja dan terus bekerja sebagai ahli. Mungkin itulah yang FG tidak nampak pada dia. Tetapi sayangnya FG sudah pun meletakkan jawatannya sebagai pengurusi kelab sukan. Dia tiada lagi dalam senarai kolej.

   Maisara juga begitu. Dia sudah berhenti darpada menjadi ahli dalam kelab-kelab yang berada di kolej. Mia diberitahu oleh Maisara bahawa dia ingin menumpukan pembelajarannya. Mia tetap menghabiskan masa bersama Maisara dan Kamilah. Manakala Irdyna pula sudah sibuk kerana dia telah menjadi pengerusi kelab kesenian.


Mia mula membiasakan diri dengan aktiviti kelabnya dan sehinggalah dia dapat melupakan FG sedikit demi sedikit. Mia berusaha untuk melupakan FG sebab itulah dia menyibukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti yang ada.

   Maisara tidak berhenti menceritakan kisah FG pada Mia. Tentang FB nya, tentang aktiviti FG dalam FB. FG selalu mengupdate segala kisahnya di kolej. Dia masih lagi berada di dalam kolej dan dia berhak kerana dia merupakan mantan dalan salah satu kelab dalam kolej. Banyak perkara FG yang Mia tahu daripada Maisara. Perangainya, keadaannya, apa-apa yang telah dilakukan, resultnya dan sebagainya.

   Mia salalu menganggap dia selalu ternampak dan bertembung dan FG mungkin mereka berjodoh. Jadi Mia tidak langsung dapat melupakan FG walaupun dia sibuk. Kerana FG sentiasa ada di mana dia dan Maisara ada. Pelbagai cara Mia buat untuk menjadi kawan FG. Mesej di FB dan mesej di telefon. Dia tiada kudrat untuk berhadapan dengan FG sendiri kerana dia tahu FG merupakan pelajar yang cemerlang dalam hidupnya. Pernah dia dikatakan mendapat 4 flat. Wow! Memang hebat. Siapalah Mia untuk mendekatinya.

   Mia pernah menghantar semula sajak yang FG pernah beri padanya kepada dia semula dan FG pasti bertanya siapakah dirinya? FG tak kenal aku ke? Mia berfikir sendirian. Sajak itu Mia rasakan istimewa kerana sajak itu seperti hanya diberi kepada dirinya seorang. Siapakah FG sangkakan dia sebenarnya? Adakah seseorang yang pernah menjadi ahli kelabnya? Pelbagai soalan bermain dalam benak kepala Mia. Mia pening dan keliru.



Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Mia kini berada di semester lima dan dia masih lagi berada dalam organisasi kolej sebagai ahli kelab yang lain pula. Mia bukan tidak setia tetapi hati Mia telah diketuk oleh seorang lelaki yang menjadi ahli kelabnya juga. Sekali pandang Mia tertarik dengan sikapnya. Rupa-rupanya dia satu kos dengan Maisara.

   Lelaki itu sentiasa memberikan senyuman padanya dan mengambil berat tentang dirinya. Mia tidak mahu berharap pada awalnya. Tetapi lelaki tersebut selalu menolongnya dan memberikan komitmen dalam pekerjaan kelab. Mia rasa dihargai buat pertama kalinya oleh seorang lelaki. Sikapnya tidak seperti FG. Mia senang dengan sikap lelaki tersebut sampai satu masa Mia rasa dirinya jatuh cinta buat kali kedua.

   Mia pernah berchating dengan kawan kelabnya itu di dalam FB. Banyak rahsia yang Mia tahu tentang lelaki tersebut. Warna kesukaannya dan dia berasal daripada mana. Bukan sebab latar belakangnya menyebabkan Mia jatuh cinta tetapi kerana sikapnya.

   Mia pernah meluahkan rasa hatinya pada lelaki tersbut di dalam mesej tetapi lelaki tersebut bukan menolaknya cuma dia tidak mahu memberikan harapan pada Mia. Mia faham dan dia cuba untuk mengenepikan perasaan yang dia rasa terhadap lelaki itu. Selepas itu, kelabnya ada membuat makan-makan di bilik rehat. Mungkin Allah mahu menunjukkan sesuatu pada Mia. Semasa ingin mengambil gambar kenangan untuk semester lima, entah kenapa nama perempuan itu dipanggil untuk bantu mengambil gambar.

   Mia kenal dengan perempuan itu, dia merupakan housemate Mia. Seorang pengerusi dari kelab lain. Lelaki itu malu-malu dengan kehadiran perempuan tersbut. Manakala perempuan itu juga malu-malu apabila disebut namanya di hadapan lelaki itu. Mia tidak mahu berfikiran negatif. Tetapi balik sahaja daripada perjumpaan, Mia membuka laman FB dan dia melihat lelaki tersebut sentiasa like pada page FB perempuan tersebut dan kini Mia mula memahami.

   Siapa yang tidak suka dengan perempuan yang cantik dan lembut sebegitu? Mia merendahkan rasa dirinya lagi dengan memandang dirinya di hadapan cermin. Bukanlah Mia tidak bersyukur tetapi kini Mia tahu bahawa lelaki lebih memandang kecantikan. Pandangan Mia pada lelaki kini berubah. Hatinya hancur bagai dilumat dengan tumbukan lesum batu.

Saturday, November 7, 2015

One Side Love !!!!

Semester kedua bermula. Mia cuba mengfokuskan dirinya dengan kelab fasilitator di universiti. Hanya dengan menyibukkan dirinya dengan perkara lain, perasaannya pada Mr. A cuba dilupakannya. Mia dan Kamilah telah bercadang memasuki kelab itu dari semester lepas. Kini mereka sedang sibuk dengan program yang dijalankan oleh kelab tersebut.

    Mia kini jauh penempatan daripada Kamilah dan Maisara. Lebih kurang sebelah rumah. Tetapi roomate Mia masih sama iaitu Irdyna. Irdyna dan Maisara sibuk dengan aktiviti kolej. Manakala Mia dan Kamilah pula sibuk dengan aktiviti di kolej. Pergi ke sekolah membuat program dan berbagai lagi.

   Pertengahan semester kedua semakin hampir. Aktiviti kolej semakin rancak dengan program besar-besaran dan hari sukan antara kolej juga semakin hampir. Mia melihat jadualnya agak lapang sedikit. Jadi dia menyertai aktiviti sukan lempar cakera serta perbarisan untuk kolej. Lagipun siapa-siapa yang menyertai akan dapat sticker college dan itu yang penting untuk memastikan mereka masih lagi boleh menjadi penghuni kolej tersebut.

   Sepanjang perjalanan program, mata Mia sentiasa ternampak Mr. A di hadapannya. Perasaan yang cuba dilupakan telah kembali sedia ada. Mia cuba mengawal perasaannya agar tidak terbawa-bawa.
Maisara yang melihat gelagat Mia terus menegurnya.

   "Mia, awak cari siapa?cari dia ye...."Maisara mengusik Mia.

   "Tak de lah. Buat apa cari dia....dia kan sibuk. Hahahaha..." Mia memanjangkan lagi sakatan Maisara.

   Maisara dan Mia memang rapat. Mia selesa berceritakan masalahnya kepada Maisara dan Maisara pula sentiasa menjadi pendengar setia buat Mia. Mia sentiasa selesa dengan Maisara. Maisara tak pernah buat hati Mia sakit. Maisara juga sentiasa menceritakan sikap Mr. A yang pelik. Tetapi yang peliknya Mia masih lagi menyukai Mr. A walaupun ada kekurangan pada dirinya.



Semasa perbarisan akhir untuk sukan, Mr. A kelihatan agak tekanan. Mungkin kerana kolej mereka telah mendapat tempat ketiga dari empat kolej yang bertanding. Jadi perbarisan mereka telah dimarah. Pertama kali dalam hidup, Mia melihat Mr. A marah sebegitu. Selama ini dia melihat Mr. A sentiasa tersenyum dan peramah.

   Namun begitu Mia cuba membenci kekurangan yang ada pada Mr. A. Dia cuba mencari kekurangan pada Mr. A agar dia dapat melupakan Mr. A dengan cepat. Segala cara untuk Mia melupakan Mr. A telah beroperasi. Lupakan dia Mia...lupakan dia.....Itulah yang sering bermain dalam hati Mia.

One Side Love !!!

Mia terasa bahawa dirinya telah jatuh cinta pada pengerusi kelab tersebut. Semakin lama semakin mendalam. Rasa cinta yang sangat indah yang tidak pernah Mia rasa selama ini. Hari pembelajaran berjalan seperti biasa dan Mia cuba menjalani kehidupannya seperti biasa. Hari berganti hari......keputusan untuk sesiapa sahaja yang berjaya menjadi ahli kelab akhirnya keluar. Kami boleh melihat keputusan di hadapan bilik pertemuan jawatan kuasa tertinggi semua kelab. Maisara, Kamilah dan Mia berjalan mendekati kelab tersebut usai sahaja mereka makan bersama. Irdyna pula sudah melihat keputusannya dan dia berjaya menyertai kelab yang dia inginkan. Manakala Mia terasa semakin berdebar-debar. Kalau aku berjaya masuk kelab tu....mesti aku akan jumpa Mr. A setiap hari.

   Mia, Maisarah dan Kamilah meneliti kertas yang terpampang di hadapan pintu. Jari mereka bergabung di kertas tersebut mencari nama masing-masing.

   "Nama Maisara adalah." Kamilah bersuara.

   Mia mencari namanya. Tetapi tidak satu pun menyerupai namanya. Kamilah juga begitu. Dalam tiga orang tu, hanya Maisara seorang sahaja berjaya. Mia sedih. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Namun Mia menyembunyikan wajahnya untuk berasa gembira bahawa Maisara berjaya. Mia dan Kamilah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan hati mereka.

   Mereka meneliti lagi kertas tersebut.

   'Kepada sesiapa yang berjaya menyertai kelab-kelab tersebut, sila berkumpul di bilik kelab masing-masing pada pukul 10.30 malam ini. '

   Mia memandang Maisara sambil memandang jam yang berada di pergelangan tangannya. Lagi 15 minit hendak pukul 10.30.

   "Jom kita naik. Saya nak ambil buku nota dekat atas. Kejap lagi ada perjumpaan." Maisara bersuara.

  Mereka bertiga menaiki lif menuju ke atas. Sepanjang menunggu sampai ke tingkat empat, Mia berfikir. Mungkin aku tak terpilih sebab aku tak banyak bercakap kot.....mungkin jugak sebab aku tak tahu nama dia masa temu duga? Banyak perkara bermain di fikiran Mia. Dia bukan mahu jumpa Mr. A selalu tetapi dia ingin bermain sukan-sukan yang diminatinya. Itu sahaja niatnya. Tetapi rezeki tidak menyebelahinya.



Pada mulanya perasaan Mia pada Mr. A sangat nipis. Terlalu nipis. Tetapi dia selau bertembung dengan Mr. A disisinya dan di hadapan matanya, di perpustakaan dan usikan rakan-rakannya dan lalu menyebabkan perasaanya semakin terisi dengan Mr. A. Disebabkan facebook semakin galak digunakan, Mia telah menggunakannya untuk mengenali Mr. A dengan lebih dekat. Setiap kali di taip pada chat Mr. A.....Mr. A pasti balas bila dia ada mood untuk membalasnya.

   Sampai satu masa, Mr. A telah menghadiahkan sajak pada Mia. Tetapi dia tak tahu bahawa Mia adalah budak yang pernah ditemu duganya. Sajak yang bertajuk 'Nakhoda' telah menyebabkan Mia merasakan dirinya dihargai oleh Mr. A. Mia tidak berani berterus terang dengan Mr. A kerana dia tahu dia memang tidak layak berjumpa atau berkawan di dalam kampus. Mr. A sangat pandai. Dia dua tahun tua dari Mia.

   Cinta Mia pada Mr. A tidak pernah padam. Bulan berganti bulan. Mr. A sudah jarang online kerana sibuk dengan kerja yang diberikan oleh pihak kolej. Dia semakin jarang berbual dengan Mr. A di facebook. Final exam semakin dekat. Mia cuba memberi fokus sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal di hadapinya.

   Sebelum-sebelum ini, Mia ada juga mengikuti Maisara bertugas di Gym sebab dia ingin bermain ping pong. Mia selalu nampak Mr. A memberi signal positive pada Maisara. Kadang kala hatinya ada cemburu pada Maisara. Tetapi Maisara adalah sahabat dunia akhiratnya dan dia tidak kisah akan perkara yang berlaku di hadapan matanya.

   Setiap kali semester habis pasti Mia berkata pada dirinya sendiri. Aku tidak layak untuk dia. Terlalu banyak perkara yang aku tidak sama dengan Mr. A. Mia mula cuba melupakan Mr. A.