Sunday, November 27, 2011

Hakikat Sebuah Persahabatan


Aku tidak berapa mempercayai persahabatan apabila sahabat-sahabatku semasa di sekolah rendah dahulu tidak pernah telefon atau bertanya khabar setelah aku berpindah rumah. Selalu juga aku menelafon mereka sekali-sekala untuk bertanya tentang keadaan mereka. Aku mempercayai mereka sebagai seorang sahabat yang benar-benar rapat. Namun persahabatan kami memang terhenti setakat itu sahaja. Mungkin satu hari nanti aku akan berjumpa mereka semula. Mungkin ketika mereka sudah mempunyai keluarga nanti. Persahabatan aku bermula semula setelah ditinggalkan oleh sahabat yang lama. Dahulu aku pernah mempunyai seorang sahabat yang mana orangnya sangat baik, sopan, ayu, sangat menjaga aurat. Perkenalan bermula apabila kami memasuki asrama yang sama semasa di tingkatan 1. Dia sangat baik dan dia berasal dari negeri Jelapang Padi. Kami berkawan baik dengan dua orang lagi sahabat. Namun seorang dari sahabat kami telah pun berjauh dari kami kerana dia mempunyai kumpulan yang baru tapi masih berkawan seperti biasa. Aku, dia dan seorang lagi kawan telah menjalani kehidupan dengan sebaiknya di asrama. Kami menjadi kawan rapat. Pergi mandi, pergi basuh baju, gosok baju dan makan pun bersama-sama. Dia lebih rapat dengan kawan yang seorang lagi tetapi aku tidak megambil kisah kerana dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa. Persahabatan bukanlah satu ikatan yang boleh mengongkong sahabat kita atau mengawal apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka bergaul. Persahabatan adalah satu ikatan yang sangat baik sekiranya kita mengajak sahabat kita melakukan sesuatu perkara yang baik dan saling nasihat menasihati. Semasa cuti, dia seringkali menghantar mesage dan lagu untuk aku dengar di dalam telefon. Aku menggunakan handset mak aku untuk sentiasa mengikuti dia kerana pada ketika itu aku dan dia masih belum mempunyai telefon bimbit dan telefon rumah aku pula sudah tiada. Semua perkara mengenai dia aku tahu. Kesedihan dan masalah yang dia hadapi aku selami dengan baik-baik dan menjadi penemannya di asrama setelah kawan kami yang seorang lagi berpindah sekolah. Dia ada penyakit ketika tingkatan dua. Seringkali juga aku menemani dia untuk ke klinik pada waktu petang untuk mengambil suntikan untuk penyakitnya. Setelah berada di tingkatan 3, aku melihat perubahannya secara baik dan dia bertambah sihat. Dia sudah mula berkawan dengan budak-budak asrama yang lain. Kami tidak pernah sama kelas dan dia pula merupakan salah seorang pelajar yang sangat pintar di sekolah kami. Kadangkala, aku merasa malu kerana aku tidak sehebat dia tetapi aku bangga mempunyai kawan seperti dia. Kadangkala kami bergaduh dalam diam tanpa di sangka tetapi aku akan memulakan penyambungan semula dengan menegur dia. Persahabatan kami memang seronok. Semasa dia di tingkatan empat, aku mula risau akan persahabatan kami kerana dia sudah memegang jawatan. Tetapi aku gagahi jua dengan mempercayai persahabatan kami. Aku selalu juga pergi ke dorm dia untuk makan bersama ketika baru balik dari lepas cuti. Kami makan bersama-sama. Semasa di tingkatan 5, aku perasan bahawa badan dia mula menjdi kurus semula. Aku tahu penyakit dia datang semula iaitu barah paru-paru berair kerana dia sudah mula seringkali batuk. Aku perasan bahawa dia mula semakin rapat dengan aku. Dia sering mengajak aku menemaninya tidur kerana dia ada rasa tidak selesa tidur berseorangan. Aku masih ingat lagi semasa kami ada kem. Keadaan di situ sangat menakutkan aku menyebabkan aku taku nak tidur katil atas. Aku meminta untuk tidur si sebelah dia dan dia sudah pun terlena. Namun aku tidak dapat melelapkan mata lalu dia memegang tangan aku dan dalam keadaan begitu aku sangat rasa selamat. Kami semua tidur dengan nyenyak. Masa kem bahasa di bilik kuliah mula kami duduk bersama-sama. Aku pelik apabila dia tidak suka aku mengambil gambarnya. Kami menghabiskan masa di asrama pada tahun akhir itu dengan sebaik-baiknya. Semasa hari terakhir kami di asrama, keadaan dia semakin teruk dan semua orang yang berada di dewan peperiksaan memapahnya berjalan dan kecuali aku. Semasa di dewan makan, aku dapat makan bersama-samanya di dewan makan dan pada hari itu kami maka ikan keli masak sambal belada. Dia tak mahu makan dan aku kata dia perlu menjamah sedikit. Dia mengikut nasihat aku untuk makan sedikit walaupun dia tidak mahu kerana aku mahu dia sihat. Setelah itu, dia bergegas pulang dan keluarganya sudah pun hadir di asrama itu untuk mengambil dia. Aku tahu setelah dia balik, dia akan terus menuju ke hospital untuk mendapat rawatan. Setelah lima hari aku berada di rumah, aku mendapat panggilan telefon dan pada ketika itu aku ingat pada hari Jumaat dan lima hari setelah peperiksaan SPM. Kawan aku mengatakan bahawa dia telah meninggal dunia.Jenazahnya akan dibawa ke Kedah pada malam itu juga untuk dikebumikan. Mungkin di sebelah kubur adiknya. Aku tidak sempat bertemu atau menziarahi pusaranya. Setelah pemergian dia, aku dapat meraskan kehilangan yang begitu besar dalam hidup aku. Aku teringat akan cerita kegemaran dia dan telefon bimbit seperti terdengar mesage suara masuk seperti dia sentiasa menghantar pada aku semasa ditingkatan 3. Dia selalu bersandar pada bahuku atau baring pada pehaku apabila dia kepenatan dan kini aku tidak merasainya lagi. Tetapi sebelum dia pergi, semasa hari lahirku dia menghadiahkan aku sekeping kad buatan tangannya sendiri untuk dijadikan kenangan dia untukku. Pernah aku dapat menelefon ibunya. Semasa itu aku sudah mendapat tawaran matrikulasi dan ibunya berkata bahawa dia pun telah mendapat matrikulasi yang sama denganku. Jika dia masih ada persahabatan kami akan terus berkekalan sehinggalah kami berkerja. Mungkin. Tetapi sekarang dia sudah tiada disisiku dan moga dia ditempat dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin...