Wednesday, December 7, 2011

Sahabatku



Sahabat,
Dengarlah kata nadiku yang lara ini,
Pedih, sedih  melanda dihatiku,
Kerana tidak bersua denganmu,
Dalam seharian yang berjalan ini.

Sahabat,
Ikatan yang kukuh terjalin atas kerna-Nya,
Suka, duka, tawa, dan derita,
Semuanya melanda di hati kita,
Saat dugaan datang menjelma,
Janganlah kau rebah di dataran takdir,
Kerana segala ada hikmahnya.

Sahabat,
Jika sunyi tiada berteman,
Temulah aku di rahsia kamar hatimu,
Yang sunyi tanpa kehadiranmu,
Yang gelap dikala kau meniup lilin-lilin yang menerangi,
Jalan di hadapanmu.

Sahabat,
Bukan rupamu yang ku pinta,
Bukan kesempurnaan yang kucari,
Tapi keikhlasan hatimu yang menarikku,
Untukku meneruskan langkah,
Mendekati dirimu.

Sahabat,
Maafkan diriku sekiranya tidak sempurna,
Dan menepati ciri-ciri teman yang mu cari,
Yang tidak selalu menemani disisimu,
Yang tiada di kala kau kesusahan,
Dalam keadaan derita dan duka.

Sahabat,
Hidup tidak selalunya indah,
Di kala badai melanda,
Janganlah kau hanyut di bawa arus yang gelora,
Peganglah erat tanganku,
Agar kau selamat tika bersamaku.

Sahabat,
Bukanlah kita yang menetukan pertemuan kita,
Tetapi Dia yang menentukanNya,
Seandainya tidak lagi kita berjumpa,
Janganlah kau titiskan air mata,
Kerana aku yakin kita akan bertemu jua.

Sahabat,
Saat berpisah lepaskanlah ku pergi,
Bersama takdirNya tanpa kecewa,
Yakinlah akan persahabatan kita,
Sahabat dunia dan akhirat janji kita,
Insya-Allah.....dengan izinNya,
Kita akan berjumpa lagi.