Friday, February 24, 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah


Kelas di dalam tingkatan 5S sangat bising sehingga mengganggu kelas-kelas yang lain. Zuraini Aiman, pelajar 5S, pelajar lelaki di dalam kelas itu memang tidak mengenali dia apatah lagi mengetahui mengenai dirinya. Dia dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Namun dia sangat keras kepala daripada kecil. Semua apa-apa yang ahli keluarganya suruh dia lakukan, dia memang tidak endahkannya. Tambahan, apabila di suruh melakukan sesuatu, dia sangat pemalas. Tetapi sejak dia memasuki sekolah ini, dia berubah sedikit demi sedikit. Dia mula cuba mengenali Tuhan dan dia cuba mengikuti segala kehendak keluarganya kerana bagi diri dia, dia terasa sangat menyesal dengan perbuatannya terhadap keluarganya dahulu. Apabila mencapai umur 13 tahun, dia cuba menjauhi dirinya daripada lelaki kerana dia takut dia terlalu mengharap kepada sahabat lelaki. Sehinggalah dia mencapai umurnya 17 tahun sekarang. Dia duduk termenung dan belajar. Aktiviti hariannya di asrama sudah menjadi biasa buat dirinya. Pagi pergi ke sekolah, balik solat kemudian pergi prep petang, musolla, solat, prep malam, pagi bangun pukul 4 pagi sebab untuk mengelakkan berebut bilik air.
Selama hidup di sekolah itu,dia tidak pernah aktif dalam bidang apa-apa kerana di sekolah itu agak terkongkong. Pelajar perempuan tak boleh masuk itulah, masuk inilah. Akhir sekali dia dapat memasuki salah satu permainan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah iaitu bola tampar dan catur. Kawannya ada tiga orang yang sangat rapat dengan dia iaitu, Nina, Nora dan Yamin. Mereka sangat rapat dengan dia, sehinggakan kalau boleh tiap-tiap hari dia mahu bersama dengan rakannya. Namun, semua manusia ada kerja masing-masing. Jadi, luang  bersama kawan hanya pada sabtu dan ahad. 
Dia mendapat peningkatan pembelajaran apabila dia memasuki tingkatan 2. Semasa di tingkatan satu dia mengalami tekanan darah rendah, mungkin kerana kurang makan sebab tahun pertama memasuki sekolah, makanan di dewan makan tidak berapa enak untuknya. Jadi badannya menjadi kurus. Setiap kali memasuki kelas dia tidur kerana tiap-tiap hari dirinya merasakan keletihan. Setiap cikgu yang memasuki kelasnya juga tidak memarahinya apabila mendapati dia sedang tidur di meja belakang kerana setiap hari mukanya pucat, selsema dan tidak bermaya. Setiap hari di sekolah dan asrama dirasakan terseksa buat dirinya. Tetapi dia dapat bertahan kerana ibu bapanya. Semasa di tingkatan satu, setiap kali keluar keputusan peperiksaan atau ujian sangat teruk, daripada sembilan subjek, hanya tiga sahaja yang lulus. Dia mula merasakan dirinya sudah hampir dengan kegagalan. Namun, dia berusaha untuk naik dan belajar bersama kawannya nora. 
Semasa di tingkatan dua, mata pelajarannya semua naik dan dia semakin dikenali oleh rakannya yang lain. Semasa di tingkatan 3, dia mula berjaya dan bercita-cita mendapat 9A. Namun hajatnya tidak kesampaian kerana mungkin tiada rezekinya. 
Semasa di tingkatan 4, dia terpaksa memilih bidang sastera kerana bidang sains hanya boleh diambil oleh pelajar yang mendapat 6A dan ke atas sahaja daripada PMR. Dia ingin keluar daripada sekolah itu kerana ingin mengambil bidang sains dan cita-citanya sebenar adalah menjadi seorang ahli astronomi tetapi kerana ibunya dia sanggup mengambil sastera dan akaun. Dia tidak berminat pada mulanya tetapi dia cuba belajar dan akhirnya dia menukar cita-citanya daripada seorang astronomi kepada akauntan. 
Dia meneruskan pelajarannya dan akhirnya dia mendapat keputusan yang bagus dalam SPM.
Kini dia mendapat memasuki matrik dan mengambil bidang akaun. Pada semester pertama, pointernya boleh dikatakan selamat dan baik. Semasa di semester 2, dia agak bermain-main dalam pelajarannya dan pointernya pun jatuh dan kesedihan dia pun bermula kembali. Cita-citanya untur bergelar akauntan hancur musnah. Ibu bapanya menyuruh dia menjadi seorang ahli matematik. Lantas dia terfikir mangambil perakaunan dan matematik adalah pilihan kedua untuk memenuhi permintaan bapanya. Keputusan universiti telah pun keluar. Dia berjaya memasuki universiti tersebut tetapi jurusan yang ditawarkan adalah matematik. Dia pun meneruskan sahaja kerana dia terfikir akan niat ibu bapanya dan dia tiada pilihan lain. Semasa di semester 4 ini dia mula berfikir banyak berfikir. Adakah keputusan dia adalah betul selama ini???Dalam kehidupan sehariannya??Adakah dia ikhlas selama ini, atau hendak membalas budi??Adakah dia bertanggungjawab ke atas segala yang dia masuki selama ini??Sekarang dia keliru antara kehidupan dirinya yang lebih penting atau kehidupan orang lain. Antara keputusan yang baik atau yang buruk. Menjaga hati orang lain atau menjaga hati sendiri. Dia masih lagi keliru. Dua kali memasuki bilik kauseling cukup mengajar dia untuk tidak mengulangi apa-apa yang diniatnya di dalam hati dulu. Membunuh diri bukanlah penyelasaian yang terbaik. Mengelar tangan atau terjun bangunan bukanlah keputusan yang baik. Menyakiti hati orang yang disayangi bukanlah satu keputusan yang baik. 
Jadi keputusan yang dia hidup sekarang ini. Adalah kerana Allah, kerana agama, keluarga dan hati orang lain. Dia tidak bernafas dalam dirinya lagi. Cita-citanya memang tidak dapat dicapai tetapi keredhaan ibu bapa dan menjaga hati orang lain lagi bahagia buat dirinya. Oleh kerana itu, dia tidak dapat melihat orang di sampingnya bermuram atau sedih. Apabila itu berlaku, dia akan menggembirakan orang yang di sampingnya sehingga orang yang berada di sampingnya tidak bersedih atau hilang harapan terhadap dirinya. Apabila dia tidak dapat     menjalankan tanggungjawabnya, dia berasa susah hati dan bersalah. Apabila disuruh melakukan sesuatu, dia tidak dapat melakukan dengan baik, dia akan sedih sehingga tidak dapat melelapkan mata walaupun sedikit. Keputusan yang dibuat melibatkan hati orang di sampingnya, akan menjadi berat dan dia mula bertambah keliru. Kini, dia redha dengan apa yang berlaku di sekelilingnya, mungkin inilah balasan terhadap dosanya dahulu atau ujian buat dirinya. Kita memang bloh merancang tetapi Tuhan yang menentuka segala-galanya. Sebagai manusia kita hanya hamba-Nya dan setiap manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa kerana adanya nafsu dan syaitan. Jadi, berwaspadalah hidup di dunia. Malahan walaupun sedikit riak boleh meruntuhkan segunung pahala yang telah dikumpul. Ingatlah itu.
  




SMILEY

When the sun rise,
The smile will be start,
Smile like to be happy the people,
Around you,
While your hearts is broken inside.

Nothing can stop your smile,
Until the sunset come,
You can stop and start to cry,
Only Allah know about it,
Don't shy to cry in front Allah, 
Because Allah know all about He create.

Tomorrow,
When sun rise again,
The role play will start,
And it will not end,
Until you die.....