Monday, April 1, 2013

Diamku Seribu Bahasa, Hanya Tersenyum Duka



Diamku seribu bahasa,
Makna dan tafsiran tiada terkata,
Hanya manusia yang cuba menduga,
Mangapa diriku terdiam seribu bahasa.

Diriku yakin,
Segala tafsiran yang dilontarkan manusia,
Semuanya salah dan tidak berasas,
Kerana bukanlah mereka yang mencipta diriku.

Diamku seribu bahasa,
Penuh dengan lontaran andaian,
Mungkinkah husnuzon????
Jika ya, mungkin ianya benar.

Diamku seribu bahasa,
Penuh dengan lontaran andaian,
Mungkinkah berbaik sangka???
Alhamdulillah ku ucapkan.

Diamku seribu bahasa,
Mungkin hati seorang ibu,
Dapat membaca hatiku,
Dengan kuasa-Nya,
Kerana Dialah yang menciptaku,
Untuk berada di dunia yang sementara ini.