Thursday, May 30, 2013

Ketuk Pintu Hatiku


Dalam perjalanan,
Aku menuntut sebuah janji,
Aku menuntut kebahagiaan,
Aku menuntut kasih sayang,
Aku menuntut cinta manusia,
Aku menuntut kebaikan manusia,
Aku mahukan kebaikan dibalas,
Aku meminta diriku dilihat,
Aku meminta diriku ditegur,
Aku meminta diriku mempunyai kawan,
teman dan sahabat.

Fikiran ku menjengah kembali,
Apa yang aku tuntut?
Sebuah janji yang aku tak pernah lakukan,
Tetapi aku mahukannya.

Aku terlalu memilih jalan hidup,
Seolah jalan yang diberi terlalu banyak,
Sedangkan jalan yang kekal hanya dua,
Syurga atau neraka?

Aku mahukan janji,
Tapi aku jarang menepati janjiku,
Aku inginkan kabahagiaan,
Tetapi aku tidak pernah memberi kebahagiaan kepada orang lain,
Aku mahukan kasih sayang,
Kasih sayang kepada-Nya tidak aku berikan,
Kasih sayangku kepada agama, Rasul tidak aku persembahkan,
Kasih sayang kepada kedua ibu bapaku tidak aku hiraukan,
Kasih sayang kepada saudara seislamku tidak aku hulurkan.

Aku mahukan cinta manusia,
Tetapi cinta kepada-Nya tidak aku letakkan pada 
tempat yang pertama dalam hatiku.
Aku menuntut kebaikan manusia,
Adakah aku ini istimewa?
Adakah aku ini sempurna?
Adakah aku melakukan sesuatu hanya
ingin mendapat sesuatu yang lebih baik daripada manusia?
Sedangkan Dia yang berhak memiliki segala-galanya.

Aku mahukan kebaikan dibalas,
Maka sebenarnya dalam diriku
mempunyai sifat tidak ikhlas.
Aku mahukan diriku dilihat,
Maka aku mempunyai sifat riak, takbur, ujub dan sombong.
Aku mahu diriku ditegur,
Sedangkan ibu dan bapaku tegur tidak ku endah,
Mengapa pada kawan kau boleh menunjukkan diri kau hebat,
Sedangkan di belakang kau hanya manusia yang penuh dengan dosa.

Aku meminta diriku mempunyai sahabat, kawan dan teman,
kenapa meminta?
Sedangkan kau tidak setia pada-Nya,
Bagaimana mungkin kau setia pada teman
yang diberiNya?
Sedangkan kau suka menyakiti diri,
Bagaimana mungkin kau tidak menyakiti sahabat dan temanmu?

Ya Allah terlalu banyak yang aku minta,
Sedangkan aku tidak layak memiliknya,
Tetapi Kau memberikan kepadaku juga,
Supaya aku tabah menjalani hari-hariku,
Sebelum saat tibanya masa aku pergi menghadapMu.

Ya Allah lindungilah hatiku,
Daripada sifat riak, takbur, ujub, sombong,
Dan sifat-sifat yang Engkau murkai,
Sesungguhnya bawalah aku kejalan yang Engkau rahmati,
Janganlah aku terpesong dari jalan yang sebenar-benarnya,
Aku bimbang aku pulang kepadaMu,
Dalam keadaan yang penuh dosa dan nista,
Sesungguhnya aku hambaMu yang penuh dengan khilafnya.



p/s: kita memamg tidak dapat lari daripada dosa dan tidak rasa bersyukur kepadanya. Peringatlah dan ketuklah pintu hatiku agar sedar bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan aku yang sangat sementara.



Sunday, May 19, 2013

Hati

Assalammualaikum. Pada malam ni mungkin diselangi dengan rasa yang pernah aku rasakan dulu. Memang pahit tetapi kepahitan aku memang tiada siapa yang tahu. Memang senang nak marah orang...kutuk...maki hamun seseorang sahabat hanya kerana kesilapan kecilnya. Kesilapan aku juga kerana aku tidak ingat kerana terlalu leka menyiapkan proposal yang bakal dihantar pada minggu ni. Aku tak nak mengambil kesempatan kepada kawan yang baik dengan aku hanya disebabkan aku tahu akan kelemahannya. Penat memikir tentang sahabat yang tidak pernah tahu kesalahan dia pada diri aku tetapi hanya ingat akan kesalahanku pada dirinya. Aku tahu kawan dia ramai tetapi janganlah buat aku macam ni. Aku tak ramai kawan pun sebab mereka fikir aku mungkin terlalu tidak berguna. Luahan perasaan tidak berani aku lontarkan pada laman yang memburukkan dia kerana dia masih sahabat aku. Walaupun dia SUMPAH akan benci aku. Aku memang tak layak berkawan dengan dia. Disebabkan kawan, aku tak berani untuk menyakiti hati kawan cuma kadangkala mungkin aku ada kesilapan dalam berbicara dan perlakuan aku memang banyak kelemahannya. Aku rasa lebih elok aku bersendirian daripada menyakiti hati kawan. Aku rela daripada kehilangan kawan. Aku minta maaf dan ampun kepada semua kawan dan sahabat yang mengenali aku. Kenangan aku dengan kawan tak pernah aku lupa. Cuma mungkin kehadiranku tidaklah begitu bermakna, jadi mungkin mereka mudah untuk melupakan aku. Jodoh, pertemua, takdir, semuanya di tangan Tuhan. Aku tahu semuanya mesti ada hikmahnya.Nasihat ku buat kawan. Jangan sesekali hina kawan di hadapannya kerana hati manusia amat susah menahan akan kemarahan dan tomahan yang menyakitkan. Jangan sesekali buat kawan menangis tetapi biarlah anda yang menangis. Sahabat adalah satu ikatan yang paling bahagia pernah aku miliki dan aku miliki sekarang.Jangan jadi macam saya. Ingat ya.....

Saturday, May 11, 2013

Di Mata Fizikal Kurang, Di Mata Hati Bahagia


Assalammualaikum....alhamdulillah....setelah sekian lama akhirnya hati ku lembut untuk menjejakkan kaki ke dalam tempat yang penuh dengan kedamaian kasih-Nya. Orang yang menyampaikan ilmu pada malam ini sangat memberi aku ruang untuk berfikir sejenak. Izinkan saya berkongsi apa-apa yang telah saya fikirkan ketika itu. Aku terfikir apabila penceramah itu berkata bahawa salah seorang seniwan yang telah mendapat jalan kembali kepada-Nya dengan berfikir sejenak. Dia berkata bahawa lelaki tersebut telah solat di masjid dan setiap kali habisnya solat berjemaah pastinya ada orang yang akan membaca kitab. Cuba teka apakah yang dicakap oleh pembaca kitab tersebut??Ia adalah berkaitan dengan kematian. Tiba-tiba lelaki tersebut terfikir bahawa sekiranya dia mati dalam keadaan begini. Dalam keadaan yang masih belum sempurna di mata Tuhan. Lantas dia mula mendekatkan dirinya dengan majlis-majlis ilmu. Dia berusaha untuk mencari hidayah. Setelah aku berfikir. Fikiran ku dikuatkan lagi dengan cerita tambahan daripada penceramah itu. Seniwati yang telah berubah dan baru balik daripada umrah. memang benar dia berubah setelah balik daripada umrah. Tetapi bukannya sebab dia pergi umrah dia berubah. Penceramah itu bagitahu bahawa solat wajib ada lima waktu dan setiap lima waktu tu pasti solat jenazah akan dilakukan kerana sentiasa ada orang meninggal di sana. Pada satu masa, wanita tersebut telah ternampak salah satu jenazah adalah seorang budak dan tiba-tiba hatinya berkata, "kesiannya budak itu, muda-muda lagi dah meninggal. Sedangkan aku???Kalau lah aku mati ketika ini...apalah nasibku??". Sesaat dan sejenak dia berfikir dan dari situlah dia mula berubah kerana takut akan mati. Banyak sebenarnya kisah mengenai kematian telah dikongsi oleh sahabat-sahabat kita di 'facebook' dan tak lupa juga di media massa yang menunjukkan tentang kematian seseorang 'Tanah Kubur' di Astro, setiap hari jumaat Al-Kulliyah di TV3. Banyak sebenarnya, kadangkala kita yang tak nak berfikir, kita yang tak nak cari hidayah. Nak tak nak semuanya dari kita. Saya ni bukanlah baik sangat. Kadangkala ada ceramah agama saya tak pergi, cerita kat tv tentang agama saya tukar. Saya harap saya dapat berubah dan pada pembaca blog saya juga......Mana yang dah berubah teruskan beristiqamah sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu. Mana yang belum lagi marilah bersama-sama kita berubah ke jalan untuk mendekati-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, cuma kita yang menjauhkan diri daripada-Nya. Di facebook saya terbaca tentang seorang askar yang bukan beragama Islam telah terbuka hatinya untuk memasuki agama Islam hanya kerana dia mencuba gerak-geri rakannya yang beragama Islam sedang bersolat. Beliau berkata bahawa selepas melakukan gerak-geri itu hatinya terasa tenang. Ingat hidayah perlu dicari dan kadangkala tak perlu cari Allah akan bagi tanpa diminta. Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Minta maaf jika saya termasuk hal peribadi. Lepas balik daripada tempat itu, saya mendapat panggilan daripada keluarga saya. Bila menatap wajah kedua ibu bapa, terasa titis air mata mengalir. Walaupun kami dalam kekurangan di mata fizikal, tetapi alhamdulillah....bahagia masih terasa. Moga bahagia ini hingga ke syurga. Aminnnnn. Doakan saya berubah kerana Allah. Terima kasih :)......


Thursday, May 9, 2013

Terbaik

Assalammualaikum. Penulisan blog pada kali ini lebih kepada hati. Hati seorang kawan yang merindui kawannya. Tapi sayang kawannya kini langsung tidak mahu bercakap dengan dia kerana sesuatu ucapan yang bahaya jika ditafsirkan. 'Cinta', bahaya kalau cinta itu berdasarkan nafsu kerana cinta berdasarkan nafu hanya akan kekal sekejap sahaja. Contohnya, jika seorang gadis itu cantik dan dia berkahwin dengan gadis tersebut kerana cantik tetapi bukan kerana ahlaknya, maka bila gadis tersebut sudah tua dan kecantikannya hilang dalam sekelip mata, lelaki tersebut akan tinggalkan dia. Kerana kecantikan yang dirinya cari tetapi bukan hati yang tulus dan ikhlas yang mencintai gadis tersebut.
Ini hanya pendapat saya, bolehkah kita menerbitkan istilah lelaki dan perempuan boleh berkawan lama??Hati perempuan mudah terusik sebenarnya. Walaupun lelaki itu tiada perasaan pada perempuan tersebut berabad tahun lamanya namun tanpa disedari sahabat yang dia berkawan lama sudah lama menyukainya. Apabila berlaku permasalahan hati. Mungkin ucapan yang tidak sepatutnya telah terkeluar daripada lisan perempuan tersebut. kemudian persahabatan dan kenangan yang telah lama tercipta, terbuang begitu sahaja dan si lelaki mula menjauhkan diri tanpa bertanya sebab. Perempuan mula hilang kata dan sering terkenang lelaki tersebut. Siapa yang bersalah???di sini tiada siapa yang bersalah sebenarnya.
Seandainya jika berlaku situasi seperti ini dan perempuan tersebut susah untuk melupakan lelaki tersebut, hanya ada satu cara sahaja iaitu dekatkan diri dengan Tuhan. Dia lebih Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Bukan senang untuk melupakan seseorang yang kita cintai dan sayangi. Kadangkala terdengar lagu kumpulan ST12 tu ada betulnya. Lirik yang saya tertarik di sini ialah 'satu jam saja....ku telah bisa mencintai kamu dihatiku namun bagiku melupakanmu untuk seumur hidupku...'. Seumur hidup tu sampai bila???itu yang kita tak tahu. Kerana jodoh, ajal dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
Melalui pengalaman orang yang terdekat dengan saya. Dia sudah mempunyai teman lelaki sejak dari sekolah menengah dan dia sanggup menunggu lelaki tersebut selama 5 tahun lamanya tetapi akhirnya lelaki itu minta putus kerana sudah ada yang lain berkenan di hati. Bukanlah di sini saya ingin menceritakan keburukan lelaki tetapi disini saya tekankan bahawa tak semestinya orang yang anda suka itu menjadi jodoh anda. Tak semestinya orang yang selalu mengucapkan kata-kata manis, madah-madah akan menjadi jodoh anda. Tetapi jodoh anda adalah pada takdir.
Sedalam mana pun cinta, ia tidak boleh lawan dengan takdir. Perempuan tersebut, alhamdulillah telah berjaya melupakan lelaki tersebut dengan mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Memang banyak dugaan tetapi itulah yang terbaik. Hati sangat sakit kerana menanggung perasaan. Tapi janganlah menyalahkan takdir kerana semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Bila disebut hikmahnya?? janganlah pernah terlintas, apa hikmahnya? kerana Tuhan itu lebih mengetahui yang terbaik untuk dirinya dan diri kita.
Perempuan yang mencintai sahabatnya lelaki itu, memaksa dirinya untuk melupakan lelaki tersebut, menjauhkan diri dan apabila nampak, hanya boleh lihat dari jauh sahaja. Itulah jalan yang terbaik untuk dirinya dan lelaki tersebut kerana lelaki tersebut tidak pernah menyayanginya lebih daripada itu. Sekian.




Tuesday, May 7, 2013

Manusia

Aku hanya manusia, 
Yang dilahirkan dibumi sebagai khalifah,
Mengurus dunia yang Dia cipta dengan sebaik-baiknya.

Aku hanya manusia,
Penuh dengan dosa dan khilafnya,
Kerana aku manusia,
Kau mesti berhati-hati memilih aku,
Dalam persahabtan yang suci.

Aku hanya manusia,
Mempunyai jantina, perasaan,
Nafsu, desakan dan pelbagai,
Kau kena berhati-hati denganku,
Kerana bukan semua manusia,
Boleh dipercayai.

Aku hanya manusia,
Diberi akal untuk berfikir,
Tetapi kadangkala,
Fikiranku akan dirasuk oleh nafsu,
Yang bermahkota di hati sejak azali.

Aku hanya manusia,
Dicipta oleh-Nya dari segumpal tanah,
Setitik air mani yang hina,
Itulah asalnya aku datang.

Aku hanya manusia........