Friday, May 30, 2014

HATI INI UNTUKMU 11

10 Tahun Kemudian

Aina membuka telekung setelah habis solat isyak bersama suaminya, Yusoff. Dia pergi ke arah Yusoff dan menyalami suaminya dengan penuh rasa bahagia. Ciuman di dahi Yusoff hadiahkan buat Aina. Aina tersenyum. Anaknya, Hakim, Balqis dan Farisha jalan menyalami umi dan abahnya. Farisha yang paling kecil berumur 5 tahun duduk dipangkuan Aina setelah memastikan tiada lagi kerja yang uminya buat.                     

"Farisha nak apa, sayang?" Aina bertanya kepada Farisha sambil membuka telekung kecil anak gadisnya.

"Fari....Fari...sha....nak...nak..makan...lapar." Betah anak kecilnya satu persatu.

Yusoff dari kejauhan melihat Aina melayan anak-anak mereka. Tiada disangka sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Aina. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Detik hati Yusoff.
Hakim mendekati Yusoff.

"Abah. Besok abah nak ajak kita pergi bercutikan. Nak pergi mana ye??"

Hakim yang merupakan anak sulungnya sudah berumur 9 tahun memang pantang kalau bila dikatakan pasal jalan. Memang serupa perangainya seperti Hakim, bekas buah hati isterinya. 

"Ye Hakim. Besok kita pergi jalan-jalan ke Pulau Pangkor. Tapi...."

"Tapi apa?..."

"...sebelum tu kita pergi kubur arwah papa Hakim....Hakim tak rindu dengan papa?"

"Rindu...." Hakim memberikan senyuman padaYusoff.

Hakim memeluk Yusoff kerana terasa rindunya pada arwah papanya. Aina mendukung Farisha dan membawa Balqis yang berumur 7 tahun bersamanya kemeja makan. Yusoff pula membawa Hakim ke meja makan. Aina berlalu ke dapur. 

"Sayang masak apa hari ni?" Yusoff memeluk Aina daripada belakang.

"Saya masak makanan kegemaran abanglah. Abang kan suka makanan western." Aina meneruskan kerjanya walaupun diganggu Yusoff.

Yusoff melepaskan pelukannya dan berlalu. Aina yang merasakan kehilangan Yusoff terus memalingkan badannya ke belakang.

"Abang.....boleh tolong saya tak?" dengan gayanya yang manja.

"Ye sayang. Sayang nak apa?"

"Tolong bawakan pinggan ke depan. Cepat jugak kita makan nanti."

"Ok. Untuk sayang. Apa saja abang sanggup buat." Yusoff mengambil perkakas untuk makan. Balqis dan Farisha dibiarkan pada Hakim sahaja untuk menjaganya.

Aina memerhatikan gelagat Yusoff yang selalu menggembirakan hati dia daripada sekolah dahulu sehinggalah sekarang. Dia memang seorang yang setia. Tersentuh hati Aina. Aina meletakkan lauk dan nasi di atas meja. Yusoff memanggil anak-anak mereka ke meja makan. Aina mendapatkan Farisha. Mereka sekeluarga makan dengan penuh bahagia. Yusoff yang selalu hanya ada pada hujung minggu menambahkan keeratan hubungan mereka ketika berjauhan.


Aina leka membasuh pinggan dan mengemas dapur sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Anak-anak dibiarkan tinggal bersama Yusoff untuk menonton televisyen. Tambah-tambah lagi Hakim  yang sangat rapat dan menggemari apa-apa yang abahnya buat. Aina mengeringkan tangan dia dan berlalu ke ruang tamu. Keadaan sungguh sunyi dan kelihatan empat beranak sudah lena di sofa. Dia mendekati sofa selangkah demi selangkah. Melihat keadaan yang seperti itu entah kenapa hati Aina berasa sayu dengan Hakim yang lena di peha suaminya. Tidak sanggup dirasakan untuk mengejut Yusoff. Aina mengusap rambut Yusoff perlahan-lahan.

"Abang..bangun bang. Dah pukul 12.30 ni." Aina mengejut Yusoff dengan suara yang perlahan agar anak-anak mereka tidak terkejut. Hm...penat agaknya. Aina ingin berlalu mengambil selimut. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang.

"Sayang. Nak tinggalkan abang dengan anak-anak je ke?" Yusoff membuka matanya dan menghadiahkan senyuman nakal pada Aina. 

"Abang ni. Buat saya terkejut je tau. Abang bawalah Hakim masuk bilik biar saya jagakan Balqis dan Farisha." Aina meminta Yusoff menghantar Hakim ke bilik anak  bujangnya sendiri. Yusoff mengangguk dan mengangkat Hakim.

Terakhir sekali, Aina mengangkat Farisha dan Yusoff mengangkat Balqis. Selepas meletakkan mereka, Aina berlalu pergi ke bilik mereka. Yusoff mengekori Aina selepas menutup pintu bilik anak mereka. Saat Yusoff melangkah masuk bilik, dia terkejut melihat Aina yang duduk dibirai katil sambil menatap gambar perkahwinan. Melihat Aina yang mengesatkan air mata menyebabkan Yusoff berasa pilu. Dia mendekati Aina dan memegang tangan Aina.

"Sayang...kenapa ni?" Yusoff berhadapan dengan Aina.

Aina tidak memberi respon. Dia hanya memegang gambar ditangannya dengan erat.

"Sayang rindukan dia ke?"Yusoff bertanya lagi.

Kali ini Aina mengangkat muka dan mengangguk. Yusoff mengesat air mata Aina. Dia berasa pilu dengan kesedihan Aina dan merangkul Aina dalam dakapan. 

"Sayang...jangan diam. Buat abang risau je."Yusoff mengusap kepala Aina.

"Saya rindu dengan dia abang. Bila saya tengok Hakim, saya rasa rindu sangat pada dia."

"Kalau macam tu...esok kita jumpa dia ye."

Aina hanya diam. Dia berasa sangat selesa dalam dakapan Yusoff yang sehingga kini setia menjadi suaminya. Yusoff juga terdiam. Ini membuatkan Aina mengingat kembali kisah 10 tahun dahulu.

Tuesday, May 6, 2014

HATI INI UNTUKMU 10

Semakin dekat langkahnya mendekati lelaki tersebut, semakin dia dapat melihat jelas wajah lelaki tersebut. Ya Allah, Hakim! Hati Aina berdegup kencang. Kenapa dia ada di sini pula? Agaknya dia nampak tak aku keluar dari kedai baju pengantin tadi? Banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya. Dia sekarang betul-betul berdiri di hadapan Hakim.

Hakim memulakan bicaranya.

“Aina buat apa di sini?”

 Aina cuba mengawal mimik wajahnya untuk tidak nampak dia tidak selesa dengan kehadiran Hakim. Kejutan bertemu dengan Hakim semula seperti dirasakan tahap kuasa yamaha. Perlu kawal Aina. Perlu kawal. Detik hati Aina.

“Saja jalan-jalan kat sini. Tengok-tengok barang kejap.” Aina memaniskan muka

“Aina rasa tak selesa ke? Muka pucat semacam je?”

“Em….tak adalah.”

“Tadi Hakim nampak Aina baru keluar dari kedai Butik Baju Pengantin….”

“Aah……saja tengok…baju pengantin dalam tu semuanya cantik-cantik.”
Aina jawab bersahaja. Dia tahu kalau dia Nampak gelabah pasti Hakim akan member seribu satu pertanyaan.

“Owh…”

Hakim Nampak berpuas hati dengan jawapan Aina.

“Kalau macam tu jom makan sama-sama. Lagipun tak lama lagi Hakim akan pergi luar Negara.”

Kenapa dengan pak cik ni? Nak ajak makan-makan pulak! Kalau Yusoff Nampak macam mana? Hati Aina tak menentu.

“Aina?”

“Ye….boleh je tapi sekejap je tau.”

Aina dan Hakim berjalan menuju ke arah restoran yang berdekatan. Mereka duduk berdua seperti mana keadaan semasa mereka di sekolah rendah dulu. Masing-masing ketawa. Teringat zaman mereka semasa sekolah dahulu tapi begitu juga kata-kata maaf yang terbit setelah bertahun-tahun tidak jumpa. Sedang mereka leka berbual, tanpa disedari ada mata yang sedang memerhati gelagat mereka. Orang yang sedang memerhati itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam segala tingkah laku mesra Hakim dan Aina.
Usai sahaja makan, Hakim mengeluarkan sepucuk surat yang berada di dalam poketnya. Dia memberikan surat tersebut pada Aina. Aina membuka surat tersebut. Hakim meminta diri sebelum Aina membuka surat itu. Hakim berlalu pergi tanpa menoleh pada Aina lagi. Surat yang diterimanya seolah-olah sudah dimamah usia kerana kepingannya dilihat sedikit kekuningan.

Assalammualaikum…..
Buat Aina Suhana. Apa khabar sahabat? Mungkin…..tidak. Apa khabar kekasih? Mungkin juga tidak. Susah untuk ditafsirkan maksud sebenar hubungan kita. Hari ni aku bakal membuat keputusan besar dalam hidup. Menunggu kelibatmu yang tidak kunjung tiba membuatkan aku yakin bahawa keputusan  ini betul. Menjadikan pengganti lain untuk menjadi suri dalam hidupku mungkin sudah termaktub. Menunggu kau berdua dewasa. Akhirnya aku merasakan bahawa Isha adalah kekasih yang sesuai untuk menggantikanmu. Tetapi aku ternampak kelibatmu semasa aku berada di luar negara. Aku bertanya-tanya. Benarkah engkau yang ku lihat? Sebelum aku membuat keputusan terakhir, aku berniat untuk melupakanmu. Alhamdulillah. Mungkin ini takdirku… aku mencintai Isha selepas itu. Tersangat sayang dan tersangat cinta.
                                                                                                                        Yang Benar,
                                                                                                                        Hakim (2003)

Aina menyambung bacaannya. Di belakangnya tersimpan surat baru. Aina membuka dan membacanya.

Assalammualaikum…

Setelah kehilangan Isha, dalam mengenang kembali kisah lama. Aku terserempak dengan kau, Aina. Masih tidak berubah tetapi entah kenapa kecantikan kau makin menyerlah dan mampu membuat kumbang-kumbang yang berada di sekelilingmu ingin menjadikan kemanisanmu sebagai miliknya. Mungkin akulah salah satu kumbangnya. Terasa seperti jatuh cinta buat kali kedua. Tetapi bagaimana? Kerana Ia bakal dimiliki oleh seseorang yang pernah menggantikan tempat ku sehingga kini. Aku tahu kau bakal menjadi milik Yusoff. Tak perlu sembunyi dan tidak perlu menyembunyikannya. Bukankah aku sebagai seorang teman sepermainanmu seronok melihat sahabatnya bahagia. Semoga bahagia ke anak cucu. Walaupun waktu majlis kahwin nanti aku tidak dapat hadir. Aku doakan kamu berdua bahagia. Salam terakhir. Mungkin selepas ini aku takkan dapat jumpamu lagi. Aina.

Aina terkedu dan air matanya mengalir. Saat dia mengangkat muka, Hakim sudah tiada. Tiada buat kali kedua dan selama-lamanya. Hakim membawa diri ke luar negara. Cinta yang mereka berdua cipta akhirnya menjadi satu penghujung yang sudah ditakdirkan.

Thursday, May 1, 2014

HATI INI UNTUKMU 9

Yusoff memberhentikan keretanya di bahagian perhentian bas berdekatan dengan sekolah tersebut. Dia mengambil seorang gadis yang telah lama menunggu kedatangannya. Yusoff membuka pintu kereta dan gadis tersebut melabukan dirinya di tempat duduk bersebelahan dengan tempat pemandu.
“Dah lama Aina tunggu Yusoff??”

Hakim membuka pintu kereta yang dipakirnya di hadapan sekolah. Setelah setangah jam berjalan di dalam kawasan sekolah tersebut, dia mengambil keputusan untuk pergi ke destinasi yang seterusnya sebelum dia mula bekerja pada keesokan harinya. Dia mula menghidupkan enjin kereta dan mula bergerak.

               Angin sepoi-sepoi bahasa mengiringi langkah Hakim dalam masa sejam lebih dia membawa kereta, akhirnya tiba di sebuah persimpangan yang tertulis di papan tandanya, ‘Tanah Perkuburan Islam’. Perjalanan yang dilaluinya diisi dengan melupakan kenangannya bersama Aina dan Farisha. Hakim berjalan mendekati pusara yang masih merah dan terpacak dua papan nisan  yang dibuat sementara. Disitu dia meluangkan masanya dengan manghadiahkan Yaasin dan Al-Fatihah buat arwah Farisha. Moga dia tenang disisi-Nya. Doa Hakim di dalam hati-Nya.

“Hakim yakin yang Isha akan jadi isteri yang baik buat Hakim?”

“Isha adalah yang terbaik…..”

“Hakim, boleh tak jangan main-main pasal kahwin?! Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan iklas.”

“Saya yakin yang saya sudah jatuh cinta pada awak, Isha.”

“Saya tak yakin yang awak dah melupakan Aina..”

“Saya memang mencintai Aina tapi itu kisah lalu, Isha. Kita bina kenangan baru pula…..please….please…Isha……”



“Hakim…..Hakim…..” Puan Laila mengejutkan Hakim yang sedang tidur.
Hakim bangun. Dia mengesatkan kedua-dua belah matanya seperti kanak-kanak yang baru bangun tidur.

“Mama…..Kenapa ma?”

“Kau asyik panggil nama Isha je. Buat mama risau.” Puan Laila menunjukkan kerisauannya pada anak tunggalnya itu.

“Ye ke mama?”

“Ye ke…ye ke….pergi bangun mandi. Tu lah lain kali bali dari kubur, terus je basuh kaki. Ni tak? Main tidur je…hai…” mengeluh Puan Laila dibuatnya. Rasa risau bercampur simpati pada anaknya yang seorang tu.

Hakim hanya menuruti kata mamanya. Dia sudah redha dengan pemergian Farisha.Cutinya yang di ambil selama tiga minggu daripada papanya, cukup untuk dia menenangkan fikirannya. Puan Laila melihat Hakim berlalu ke bilik air. Dia tahu bahawa dia sebagai seorang ibu, dia perlu memberikan semangat kepada anaknya untuk meneruskan hidup.



Jam menunjukkan 6.30 pagi. Aina yang sedang bersiap memikirkan warna baju yang ingin dipakainya hari ini. Kerjayanya sebagai seorang guru sekolah menengah membuatkan dia menitikberatkan penampilannya. Warna boleh memberikan tarikan kepada pelajar untuk belajar.Setelah lima minit menghasikan masa menghadap baju, akhirnya Aina memilih baju yang berwarna hijau pokok pisang dan selendang yang sedondon dengan warna baju tersebut.Warna baju yang cantik, menyerlahkan lagi warna kulitnya yang sawa matang. Badannya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi menyebabkan dia nampak tiada beza daripada pelajarnya. Sedang sibuk bersiap, telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat pada skrin telefonnya tercatit nama Yusoff. Yusoff menghantar mesej pada Aina.

‘Assalammualaikum. Hari ini Yusoff tak dapat nak teman Aina pergi tengok baju pengantin. Ada hal di pejabat. Maaf ye Aina.’

Aina membalas mesej Yusoff.

‘Wsalam. Taka pa. Saya tahu awak selalu busy. Tapi sebagai tunang, saya mintak sangat-sangat awak datang rumah saya malam ni. Papa nak jumpa J

Yusoff yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja, terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Lepas mesej di baca, dia terus balas.

‘Ok sayang. Ni yang buat I bertambah sayang kat you. You always understand me. LOL, Yusoff J

Aina yang sedang menaiki kereta, membaca pesanan ringkas Yusoff. Dia tersenyum sendirian. Yusoff memang selalu memberi rasa gembira padanya. Dia membalas mesej Yusoff.

‘Sayaang You pada I biarlah kurang sayang you pada Allah ye. Kita masih ada jarak dan belum lagi bergelar sebagai suami isteri. Hehe….tapi terima kasih atas pujian tu J. Assalammualaikum.’

Yusoff faham maksud Aina. Sebelum mereka bertunang lagi, Aina sudah memberikan syarat:
1.      Jangan mesej atau telefon kalau tiada benda yang penting.
2.      Jaga hubungan. Jangan terlalu melebih-lebih.
3.      Bercinta selepas kahwin.

Yusoff masih ingat lagi. Dia sebenarnya agak susah nak menerima peraturan yang telah ditetapkan oleh Aina. Tapi sebelum ini mereka terputus hubungan dua tahu kerana Aina berpindah dari rumah lamanya dahulu dan Yuosff pula belajar di luar negara. Dengan izin-Nya, Yusoff dan Aina bertemu semula di lapangan terbang. Waktu itu Aina ingin menghantar ayahnya pergi ke UK dan secara tak sengaja dia terlanggar bahu Aina sewaktu mereka berselisih. Dari situlah Yusoff meneruskan hubungannya dengan Aina. Dia terus menghantar rombongan meminang, sejurus sahaja bapa Aina pulang. Hidupnya yang lama di UK untu belajar, menyebabkan dia sudah terbiasa dengan pergaulan dengan kawan-kawan wanitanya.

Sejurus nak bertunang, ada syarat. Tapi Yusoff cuba menerima dan dia memang tidak mahu melepaskan Aina lagi. Nak bertemu semula pun mengambil masa yang lama. Tapi entah kenapa dia semakin biasa dengan sikap Aina. Yusoff mengakhiri pesanan ringkasnya bersama Aina.

‘Wsalam w.b.t.’

Perjalanannya untuk ke tempat kerja diteruskan dengan niat segala urusannya di permudahkan oleh-Nya.
Aina sedang leka menanda buku-buku pelajarnya. Sebagai seorang guru, ia bukanlah mudah tetapi menjadi lebih mudah apabila pelajar mudah faham dan memberikan kerjasama yang baik kepada guru.

Jam ditangannya menunujukkan pukul 2.40 petang. Sudah tiba waktu balik dan dia perlu menguruskan soal perkahwinannya dengan Yusoff  pula selepas ini. Yusoff telah memberinya alamat butik sebelum itu. Butik Safura yang perjalanannya memakan masa selama 40 minit untuk ke sana. Selangkah sahaja kakinya memasuki butik tersebut, di rasakan kepalanya semakin berserabut. Terlalu banyak baju pengantin yang cantik-cantik, sulaman dan jahitannya sangat kemas. Diikutkan hati, memang semua menjadi pilihannya. Nak suruh papa teman, jangan haraplah! Nanti tak pasal-pasal bajunya menjadi kombinasi warna yang pelik. Nak ajak Aiman, dia pula berada di universiti. Detik hati Aina. Sharifah Aiman merupakan adik kepada Yusoff yang sekarang sibuk menghabiskan tahun akhirnya dalam ijazah kedoktoran.

Selama berjam-jam duduk dalam butik itu, akhirnya warna kombinasi putih dan biru menjadi pilihannya. Yusoff, Aiman serta mak mertuanya memberikan persetujuan setelah melihat gambar yang dihantar oleh Aina. Belah perempuan bertemakan putih biru dan belah lelaki pula bertemakan putih hijau. Masa untuk memilih warna dulu pun menjadi serabut.


Aina melangkah keluar setelah urusannya di kedai tersebut selesai. Perut dia terasa sangat lapar. Rasa boleh memuatkan seekor lembu dirasakannya. Memilih pakaian dirasakan seperti menjawab peperiksaan. Aina melihat sekeliling untuk mencari kedai makan yang terdekat. Nasi ayam berempah. Tiba-tiba Aina rasa nak memakannya. Dia perlu ke seberang jalan untuk mencari menu petangnya. Dalam ke seberang jalan, dia ternampak seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam beserta baju kemeja putih. Lelaki tersebut melambaikan tangan ke arahnya.