Tuesday, January 11, 2011

Indahnya Dugaan Ilahi

Setiap manusia pasti mengalami masalah yang banyak dalam sehari...Kadangkala ada yang melucukan dan kadangkala ada yang menyedihkan. Setipa masalah adalah merupakan satu dugaan daripada Allah tetapi mungkin juga satu pembalasan keatas kesalahan pada masa yang lalu. Indahnya jika setiap masalah yang kita alami menjadi penghapus dosa kita. Dan indahnya Setiap masalah yang mendatang merupakan dugaan yang memberi hikmah selepas kita menghadapinya.Pada hari ini, aku rasa sungguh gembira kerana setiap perkara yang aku hadapi seolah-olah aku merasa senang dan tenang adakalanya susah tetapi aku masih lagi gembira. Alhamdulillah sesungguhnya mencintai Allah adalah lebih indah daripada segala-galanya.Kini aku mendahagakan cinta Tuhanku yang memberi sinar harapan untuk aku meneruskan hidup dalam dunia yang fana dan penuh pancaroba ini. Setiap kali aku solat hajat pasti aku berhajat agar aku mati selepas aku menyelesaikan urusan aku di dunia dan urusan aku dengan Tuhanku agar aku dapat pergi dan kembali kepada-Nya dalam keadaan suci dan bersih daripada dosa, aku memohon agar aku dapat menghantar ayahanda dan bondaku ke Makkah apabila tiba masa aku bekerja, aku berhajat agar impian ayahanda dan bondaku untuk melihat aku menjadi seorang guru akan tercapai, aku berharap aku membetulkan niatku ketika berada di universiti ini dan terakhir aku berhajat agar aku melupakan orang yang telah aku sayangi sebelum ini. Hari ini aku hampir terjatuh di hadapan surau lelaki mungkin aku telah mengumpat seseorang yang baik. Itulah balasannya. Tetapi hari ini ketika aku memasuki kelas bahasa inggeris madam sentiasa senyum di hadapanku mungkin itulah hikmahnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Setiap orang pasti ada kelemah dan juga kelebihan. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur yang kita mempunyai suara sesungguhnya kita dapat membaca Al-Quran walaupun suara kita serak ataupun sengau kerana adakah kita fikir bagaimana dengan orang yang bisu???bagaimana dia membaca Al-Quran tanpa suara. Seorang yang buta bagaimanakah mereka dapat melihat ayat2 Al-Quran yang diturunkan oleh Allah???Pernahkanh kita yang sempurna dari segi pancaindera ini terfikir??Sesungguhnya Allah itu Maha sempurna. Setiap yang dijadikan pada kita pasti ada hikmahnya. Walaupu kita ini sombong dan terlalu sedikit bersyukur kepadaNya....pernahkah Dia menahan rezeki turun daripada langit???Malahan Dia memberi kita lagi peluang untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikannya. Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk tetapi mereka berpaling daripadanya:
                                        Dan setiap kali suatu tanda dari tanda-tanda (kebesaran)
                                        Tuhan datang kepada mereka, mereka selalu berpaling
                                         darinya.
                                                                                           (Surah Yassin: ayat 46)

No comments:

Post a Comment