Wednesday, December 5, 2012

Berteduh pada kasih Yang Satu




Bayu laut meyapa ku,
Keindahan yang indah ciptaan Tuhan,
Pokok yang seiring mengikut angin,
Aku rasa kedamaian.

Senja kian menyapa,
Aku mula merasa tidak selesa,
Berjalan ku pulang,
Ke tempat di mana asalku.

Berjalan,
Aku keseorangan,
Aku resah gelisah,
Dimana kah ku sekarang?
Aku dimana?
Tiada siapa yang dapat mendengar jeritanku.

Aku dimamah kegelapan,
Badan ku rasa sejuk,
Tiada siapa yang ingin membantu,
Manusia kiri dan kanan,
Hanya mentertawakan kebodohanku.

Aku puas berjalan,
Namun tiada tempat yang indah lagi aku temui,
Kini aku dalam kesesatan,
Mancari jalan pulang.

Tiba ku di persimpangan,
Satunya terang,
Satunya gelap,
Dalam hatiku berkata,
Yang manakah harus aku tujui??
Yang gelap @ yang terang??
Aku dalam kegelapan....
Mestilah aku inginkan cahaya...
Untuk memanduku jalan pulang...

Ku redah jalan yang terang,
Namun banyak cabarannya,
Aku berjumpa nafsu, 
Riak,takbur, ujub, sombong,
Semua perkara yang boleh menyakiti ku.

Demi kasih yang Satu,
Aku perlu kembali ke jalan pulang,
Demi kasih yang Satu,
Aku perlu meredah semua ini,
Demi kasih yang Satu,
Kerana kasih-Nya kekal abadi.

Kasih di sekelilingku ada,
Tetapi sementara,
Hanya menenangkan ku seketika,
Sayang tidak selamanya.

Ku hanya dapat berteduh pada kasih YANG SATU,
Rendangnya pohon kasih Yang Satu.......
Membawaku menuju ke syurga hakiki.....




Thursday, October 18, 2012

Sayangmu Sahabat dan Kawan


Hari tak ada kelas tapi ada tanggungjawab lain yang perlu aku buat. 
Tiba-tiba sahaja aku teringat pada kawan-kawan aku. 
Apa khabar agaknya mereka???
lama dah tak nampak sebab dah lama tak keluar bersama-sama 
dan pergi ke kelas bersama-sama. 

Ada seorang kawan yang bila marah
 kat aku dia suka cakap 'sepak laju2 kang....' 
hehehe...lawak kan....
lepas tu ada kawan aku yang cakap 'su memang macam tu'....
itu semuanya hanya gurauan.
 Tiada maksud apa2...

persahabatan memang indah 
sekiranya sahabat itu menerima baik dan buruk kawannya.....
ada seorang kawan yang aku kenal sejak dari tingkatan 1.
 Walaupun dia agak popular dan ramai kawan yang lain 
tapi dia tetap ingat kawan dia yang seorang ini.
 Aku bersyukur kerana dikurniakan kawan dan sahabat 
yang benar-benar memahami aku dan menerima seapa adanya.

 Aku mula memahami kehidupan aku. 
Kawan dan sahabat... 
aku percaya akan pertalian itu 
walaupun satu masa dahulu aku tidak percaya akan pertalian itu.....

pernah satu ketika semasa di sekolah menengah, 
saat aku mendapat tempat yang keempat dalam kelas,
 ramai yang nak berkawan dengan aku....
tetapi apabila berjalan aku masih lagi keseorangan....
ramai yang menganggap aku budak 'skema'
 tapi sebenarnya mereka tersilap 
kerana apabila aku berhadapan dengan sahabatku...
mereka sahaja yang tahu perangai sebenar aku dan menerima aku sebaiknya. 

Pernah satu ketika aku bergaduh dengan sahabat baikku....
kami tak bergaduh mulut tetapi bergaduh secara diam. 
kami tak menyuarakan tapi faham sendiri-sendiri.....
selepas tiga hari akhirnya ......
aku yang memulakan perbicaraan dulu.

 Aku ingin mengucapkan terima kasih 
kepada semua yang sudi berkawan dan bersahabat dengan ku.
 Walaupun ada kekurangannya pada diri aku 
tapi mereka menerima aku seadanya.  
Aku juga ingin meminta maaf 
kepada sesiapa kawan atau sahabat aku yang aku sakitkan hatinya 
atau tidak langsung menghubungi mereka, 
maafkan aku. 

Aku tak mahu menjadi sahabat atau kawan
 yang hanya memerlukan kawan atau sahabatnya 
disaat kesusahan dan meninggalkan mereka di saat aku senang.
 Terima kasih. 
Aku tak dapat nak balas balik jasa korang semua. 
Aku tak mengharapkan perhatian tetapi aku harap 
mereka menjadi sahabtku dan 
kawanku dunia dan akhirat. 

Nina aku merinduimu dan aku harap kita jumpa di sana. 

Wednesday, December 7, 2011

Sahabatku



Sahabat,
Dengarlah kata nadiku yang lara ini,
Pedih, sedih  melanda dihatiku,
Kerana tidak bersua denganmu,
Dalam seharian yang berjalan ini.

Sahabat,
Ikatan yang kukuh terjalin atas kerna-Nya,
Suka, duka, tawa, dan derita,
Semuanya melanda di hati kita,
Saat dugaan datang menjelma,
Janganlah kau rebah di dataran takdir,
Kerana segala ada hikmahnya.

Sahabat,
Jika sunyi tiada berteman,
Temulah aku di rahsia kamar hatimu,
Yang sunyi tanpa kehadiranmu,
Yang gelap dikala kau meniup lilin-lilin yang menerangi,
Jalan di hadapanmu.

Sahabat,
Bukan rupamu yang ku pinta,
Bukan kesempurnaan yang kucari,
Tapi keikhlasan hatimu yang menarikku,
Untukku meneruskan langkah,
Mendekati dirimu.

Sahabat,
Maafkan diriku sekiranya tidak sempurna,
Dan menepati ciri-ciri teman yang mu cari,
Yang tidak selalu menemani disisimu,
Yang tiada di kala kau kesusahan,
Dalam keadaan derita dan duka.

Sahabat,
Hidup tidak selalunya indah,
Di kala badai melanda,
Janganlah kau hanyut di bawa arus yang gelora,
Peganglah erat tanganku,
Agar kau selamat tika bersamaku.

Sahabat,
Bukanlah kita yang menetukan pertemuan kita,
Tetapi Dia yang menentukanNya,
Seandainya tidak lagi kita berjumpa,
Janganlah kau titiskan air mata,
Kerana aku yakin kita akan bertemu jua.

Sahabat,
Saat berpisah lepaskanlah ku pergi,
Bersama takdirNya tanpa kecewa,
Yakinlah akan persahabatan kita,
Sahabat dunia dan akhirat janji kita,
Insya-Allah.....dengan izinNya,
Kita akan berjumpa lagi.

Sunday, November 27, 2011

Hakikat Sebuah Persahabatan


Aku tidak berapa mempercayai persahabatan apabila sahabat-sahabatku semasa di sekolah rendah dahulu tidak pernah telefon atau bertanya khabar setelah aku berpindah rumah. Selalu juga aku menelafon mereka sekali-sekala untuk bertanya tentang keadaan mereka. Aku mempercayai mereka sebagai seorang sahabat yang benar-benar rapat. Namun persahabatan kami memang terhenti setakat itu sahaja. Mungkin satu hari nanti aku akan berjumpa mereka semula. Mungkin ketika mereka sudah mempunyai keluarga nanti. Persahabatan aku bermula semula setelah ditinggalkan oleh sahabat yang lama. Dahulu aku pernah mempunyai seorang sahabat yang mana orangnya sangat baik, sopan, ayu, sangat menjaga aurat. Perkenalan bermula apabila kami memasuki asrama yang sama semasa di tingkatan 1. Dia sangat baik dan dia berasal dari negeri Jelapang Padi. Kami berkawan baik dengan dua orang lagi sahabat. Namun seorang dari sahabat kami telah pun berjauh dari kami kerana dia mempunyai kumpulan yang baru tapi masih berkawan seperti biasa. Aku, dia dan seorang lagi kawan telah menjalani kehidupan dengan sebaiknya di asrama. Kami menjadi kawan rapat. Pergi mandi, pergi basuh baju, gosok baju dan makan pun bersama-sama. Dia lebih rapat dengan kawan yang seorang lagi tetapi aku tidak megambil kisah kerana dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa. Persahabatan bukanlah satu ikatan yang boleh mengongkong sahabat kita atau mengawal apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka bergaul. Persahabatan adalah satu ikatan yang sangat baik sekiranya kita mengajak sahabat kita melakukan sesuatu perkara yang baik dan saling nasihat menasihati. Semasa cuti, dia seringkali menghantar mesage dan lagu untuk aku dengar di dalam telefon. Aku menggunakan handset mak aku untuk sentiasa mengikuti dia kerana pada ketika itu aku dan dia masih belum mempunyai telefon bimbit dan telefon rumah aku pula sudah tiada. Semua perkara mengenai dia aku tahu. Kesedihan dan masalah yang dia hadapi aku selami dengan baik-baik dan menjadi penemannya di asrama setelah kawan kami yang seorang lagi berpindah sekolah. Dia ada penyakit ketika tingkatan dua. Seringkali juga aku menemani dia untuk ke klinik pada waktu petang untuk mengambil suntikan untuk penyakitnya. Setelah berada di tingkatan 3, aku melihat perubahannya secara baik dan dia bertambah sihat. Dia sudah mula berkawan dengan budak-budak asrama yang lain. Kami tidak pernah sama kelas dan dia pula merupakan salah seorang pelajar yang sangat pintar di sekolah kami. Kadangkala, aku merasa malu kerana aku tidak sehebat dia tetapi aku bangga mempunyai kawan seperti dia. Kadangkala kami bergaduh dalam diam tanpa di sangka tetapi aku akan memulakan penyambungan semula dengan menegur dia. Persahabatan kami memang seronok. Semasa dia di tingkatan empat, aku mula risau akan persahabatan kami kerana dia sudah memegang jawatan. Tetapi aku gagahi jua dengan mempercayai persahabatan kami. Aku selalu juga pergi ke dorm dia untuk makan bersama ketika baru balik dari lepas cuti. Kami makan bersama-sama. Semasa di tingkatan 5, aku perasan bahawa badan dia mula menjdi kurus semula. Aku tahu penyakit dia datang semula iaitu barah paru-paru berair kerana dia sudah mula seringkali batuk. Aku perasan bahawa dia mula semakin rapat dengan aku. Dia sering mengajak aku menemaninya tidur kerana dia ada rasa tidak selesa tidur berseorangan. Aku masih ingat lagi semasa kami ada kem. Keadaan di situ sangat menakutkan aku menyebabkan aku taku nak tidur katil atas. Aku meminta untuk tidur si sebelah dia dan dia sudah pun terlena. Namun aku tidak dapat melelapkan mata lalu dia memegang tangan aku dan dalam keadaan begitu aku sangat rasa selamat. Kami semua tidur dengan nyenyak. Masa kem bahasa di bilik kuliah mula kami duduk bersama-sama. Aku pelik apabila dia tidak suka aku mengambil gambarnya. Kami menghabiskan masa di asrama pada tahun akhir itu dengan sebaik-baiknya. Semasa hari terakhir kami di asrama, keadaan dia semakin teruk dan semua orang yang berada di dewan peperiksaan memapahnya berjalan dan kecuali aku. Semasa di dewan makan, aku dapat makan bersama-samanya di dewan makan dan pada hari itu kami maka ikan keli masak sambal belada. Dia tak mahu makan dan aku kata dia perlu menjamah sedikit. Dia mengikut nasihat aku untuk makan sedikit walaupun dia tidak mahu kerana aku mahu dia sihat. Setelah itu, dia bergegas pulang dan keluarganya sudah pun hadir di asrama itu untuk mengambil dia. Aku tahu setelah dia balik, dia akan terus menuju ke hospital untuk mendapat rawatan. Setelah lima hari aku berada di rumah, aku mendapat panggilan telefon dan pada ketika itu aku ingat pada hari Jumaat dan lima hari setelah peperiksaan SPM. Kawan aku mengatakan bahawa dia telah meninggal dunia.Jenazahnya akan dibawa ke Kedah pada malam itu juga untuk dikebumikan. Mungkin di sebelah kubur adiknya. Aku tidak sempat bertemu atau menziarahi pusaranya. Setelah pemergian dia, aku dapat meraskan kehilangan yang begitu besar dalam hidup aku. Aku teringat akan cerita kegemaran dia dan telefon bimbit seperti terdengar mesage suara masuk seperti dia sentiasa menghantar pada aku semasa ditingkatan 3. Dia selalu bersandar pada bahuku atau baring pada pehaku apabila dia kepenatan dan kini aku tidak merasainya lagi. Tetapi sebelum dia pergi, semasa hari lahirku dia menghadiahkan aku sekeping kad buatan tangannya sendiri untuk dijadikan kenangan dia untukku. Pernah aku dapat menelefon ibunya. Semasa itu aku sudah mendapat tawaran matrikulasi dan ibunya berkata bahawa dia pun telah mendapat matrikulasi yang sama denganku. Jika dia masih ada persahabatan kami akan terus berkekalan sehinggalah kami berkerja. Mungkin. Tetapi sekarang dia sudah tiada disisiku dan moga dia ditempat dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin...      



Friday, October 7, 2011

Destinasi Cinta-Mestica


 Mengingkap tirai hati,
Mengintai keampunan,
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan.

Tiap jejak nan bertapak,
Debu kejahilan,
Akan ku jirus dengan madu keimanan.

Tak ternilai air mata dengan permata,
Yang bisa memadamkan api neraka,
Andai benar air mengalir dari nasuhan nurani,
Takkan berpaling pada palsu duniawi.

Destinasi cinta yang kucari,
Sebenarnya terlalu hampir,
Hanya kabur kerana dosa,
Di dalam hati....

Telah ku redah daerah cinta,
Yang lahir dari wajah yang hampa,
Tiada tenang ku temui,
Hanya kecewa....menyelubungi.

Oh gelintar segenap maya,
Dambakan sebutir hakikat,
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat,
Moga dapat ku berteduh,
Di rendang kasihMu.

Namun ranjaunya takkan sunyi,
Selago denyut nadi belum berhenti,
Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah yang bernama hati.

Lestarikan wali kalbuku oh Tuhanku,
Leraikan aku dari pautan nafsu,
Biarpun sukar bagiku melaman redha-Mu,
Namun kasihku mengharap ampunan-Mu,
Wahai Tuhanku.....Ya Allah.